Murahnya air mataku saat dapat mengunyah buah ini.
.
Ada teman-teman dan ahli keluargaku yang sudah hilang deria bau dan rasanya. Nak makan pun tak lalu! Sebak mengenangkan kepayahan mereka yang sekasut denganku.
.
Pada setiap gigitan buah mangga ini, ada rasa tawar, manis dan kelat dalam satu masa. Nikmatnya!
.
Rasanya sama seperti kisah suami-isteri.
.
Ada tawar-kelat-manis, bercampur baur sepanjang perhubungan.
.
Bila seorang cedera, seorang lagi tolong balut lukanya, jagakan dia sampai sembuh. Bila seorang jatuh, yang seorang lagi bantu hulurkan tangan supaya dapat dipimpin semula.
.
Bila seorang bersedih, seorang lagi jalankan tugasnya menggembirakan pasangannya. Bila seorang mula lewa, seorang lagi mula sedarkannya. Bila bergembira, sama-sama turut berbahagia.
.
Tambah manis hubungan bila sama-sama berebut kejar pahala menggembirakan pasangan.
.
Lumrahlah jika ada pelbagai rasa dalam sesebuah tempoh perhubungan. Itulah caranya nak memahami personaliti pasangan.
.
Kalau tak gaduh-mesra-manja macam mana nak tahu tahap sabar dan melatah pasangan? Masa ni la nak tengok bagaimana ‘hijaunya’ pasangan. Eh!
.
Bila tak berborak dan berbincang, mana nak tahu hati dan fikiran pasangan. Komunikasi dua hala tu sangat penting. Pasangan yang halal inilah yang sepatutnya tak ada jarak komunikasi. Jadi tempat tumpuan dan tempat meleraikan kekusutan.
.
Kadang-kadang, kulitnya nampak buruk di luar, tetapi sebenarnya, bila dikupas, molek saja buah di dalam.
.
Kalau kita tak kupas, tak belek betul-betul, boleh jadi terbuang macam tu saja dek kerana rupa luarannya.
.
Macam tu juga nak kenali hati dan budi pasangan. Kena hati-hati nak menjaganya. Dibaja, disiram, dibalut. Nanti InsyaAllah moleklah isi di dalamnya.
.
Kerana mangga masak ranum ini, aku tahu Allah sedang mendidik hati seorang isteri.
.
Di sebalik setiap potongan buah mangga ini, ada pahala mengalir deras buatnya kerana berusaha menjaga kebajikanku ketika ini.
alhamdulillah dalam dunia yang semakin tak keruan ini, kita masih dapat bertukar salam & mendoakan kebaikan satu sama lain. ada banyak perkara yang ingin saya perkatakan tentang kesedihan. terutamanya yang mendasari bicara-bicara yang awak sering paparkan....
Awak.
Ya. Awak yang tengah baca ni.
Saya tahu,jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan.
Ada tangisan yang tersembunyi.
Ada harapan yang terlukis terang.
Namun di situ,
awak memilih untuk senyum.
awak bertahan dalam diam.
awak yakin dengan doa.
Tapi saya percaya di sebaliknya,
Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti.
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya.Hanya untuk DIA.
sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.
kerana hatimu teguh bersama Pencipta.
=)
Bukankah ini suatu dugaan
Dari Tuhan yang Pengasih Penyayang
Kita sekadar dapat merencana
Hanyalah Dia yang menentukannya
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". [QS 39:10]
Titis air mata jangan dipersia
Curahkan hanya kepada Yang Esa
Semoga hidup kan lebih sempurna
Sinar bahagia pasti menjelma
Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara); yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya. [QS 39:23]
Suburkanlah iman di hati
Selalu menginsafi diri sendiri
Tiap ujian pembuka jalan
Untuk kembali kepada Tuhan
rujukan: Surah az-Zumar
edited lyric: Dugaan Kasih
0 notes
Statistics
We looked inside some of the posts by
rubiatuladdawiyah
and here's what we found interesting.
Average Info
Notes Per Post
53K
Likes Per Post
23K
Reblog Per Post
30K
Reply Per Post
0
Time Between Posts
6 months
Number of Posts By Type
Photo
4
Text
7
Link
1
Quote
3
Audio
2
Explore Tagged Posts
Fun Fact
In Q3 of 2020, 31% of US users access the Tumblr app daily.