Tumgik
hokalohnews · 6 years
Text
Haqiem Rusli Rampas Mic ? Ini Respon peserta ICSYVM
Isu & Kontroversi
Penyanyi Tergantung Sepi ini sekali lagi dikatakan buat perangai dan bertindak kurang ajar apabila telah merampas mikrofon dari peserta I Can See Your Voice Malaysia. Walaupun Haqiem Rusli telah menjawab berhubung insiden tersebut, namun masih ada pihak kurang berpuas hati.
Peserta rancangan tersebut, Syamsul Nordin respon terhadap isu ini melalui panggilan telefon. Dia juga tinggalkan pesanan buat netizen yang selalu kecam Haqiem Rusli. Pesanan apa tu?
Sementara itu, Haqiem Rusli juga memberi respon terhadap kenyataan yang telah dibuat Syamsul Nordin itu. Malah, dia menyifatkan netizen keterlaluan menilai dirinya dan menyarankan netizen untuk berdepan dengannya sekiranya masih tidak berpuas hati.
Sumber: Senang Terhibur
2 notes · View notes
hokalohnews · 6 years
Text
Wujud pusat pemulihan LGBT – Wanita UMNO Pahang
TEMERLOH: Wanita UMNO Pahang mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat pemulihan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai usaha membawa mereka kembali ke pangkal jalan.
Ketuanya, Datuk Siti Hajar Mubin optimis kerajaan mampu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membantu golongan itu kerana hukum Islam tidak boleh dikompromi.
Wanita UMNO Pahang menolak sekeras-kerasnya cadangan kumpulan penyokong LGBT supaya golongan itu diiktiraf bagi memudahkan mereka mendapat pembelaan dan dapat memperjuangkan hak mereka yang didakwa sebagai hak kebebasan manusia.
“LGBT ialah satu kumpulan yang membentuk satu badan bebas di luar negara untuk membantu dan memperjuangkan golongan yang mengalami kecelaruan gender.
“Kumpulan ini telah mencabar kedaulatan undang-undang negara dan Islam sebagai agama persekutuan seperti mahu memansuhkan pengharaman liwat dan seks songsang, katanya pada sidang media selepas menghadiri program Sukarelawan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita Islam dan Parti Politik Solidariti Tolak LGBT di Dewan UMNO Temerloh di sini, hari ini.
“Usaha ini dilihat semakin berhasil apabila suara dan permintaan mereka mendapat perhatian dan layanan atas dasar menyantuni golongan transgender… pengiktirafan ini bermakna menggalakkan ia berkembang dan tidak mustahil mereka akan menuntut perkara lain selepas ini,” katanya.
Siti Hajar berkata, Wanita UMNO tidak mendiskriminasikan golongan LGBT dan masih menghormati mereka, namun terdapat perkara yang tidak boleh dihalalkan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, yang juga Anggota Parlimen Temerloh, dan program sehari itu disertai 500 sukarelawan dari seluruh Pahang. — myBerita Hokaloh News
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id)) return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Oh Macam Itu Rupanya..
Semalam, tersebar satu foto fail notis muflis yang didakwa milik pelakon Elfira Loy. Walau bagaimanapun, menerusi status terbaru pelakon itu ianya hanyalah satu fitnah yang dianggap hanya ingin menjatuhkan dirinya.
Artikel Berkaitan : Tersebar Gambar Fail Notis Muflis Didakwa Miliknya, Ini Respon Elfira Loy
Namun, menerusi page Makcik Puaka seorang individu menjelaskan isu ini dan mengatakan pihak Elfira sudah menyelesaikan hutangnya pada Jumaat lepas sebelum diisytiharkan muflis.
Dalam perbualan antara pihak yang didakwa menghantar bukti ini, pihak Elfira sudah menjelaskan semua hitang pada hari dia sepatutnya diisytiharkan muflis. Dia turut memaklumkan kes ini sudah selesai dan tiada lagi isu Elfira muflis.
Sumber : Makcik Puaka
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Am : Felo Perdana beri peluang generasi muda pelajari cara pentadbiran negara – Dr Mahathir
Tumblr media
PUTRAJAYA, 17 Ogos (myBerita Hokaloh News) — Program Felo Perdana memberi peluang kepada generasi muda mempelajari cara-cara pentadbiran negara dan pengalaman menjadi pemimpin, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata 60 anak muda yang terpilih menyertai program itu dan akan ditempatkan bersama anggota kabinetnya diharap akan melahirkan pemimpin yang dapat membawa diri dengan sikap yang diperlukan bagi seorang pemerintah.
Dr Mahathir berkata walaupun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang membolehkan sesiapa sahaja menjadi pemimpin, namun kejayaan sistem itu hanya akan ditentukan oleh karektor seseorang pemimpin.
“Demokrasi tidak selalunya baik kalau dapat kepada pemimpin tidak baik, maka demokrasi turut menjadi tidak baik.
“Oleh itu, banyak benda perlu dipelajari oleh generasi muda yang mungkin akan menggantikan mereka yang sudah dewasa dan berpengalaman menjadi pemimpin,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan Felo Perdana kepada menteri-menteri kabinet di Perdana Putra, di sini hari ini.
Sambil menyebut nama Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang merupakan alumni Felo Perdana sebagai contoh, Dr Mahathir berkata program itu mungkin akan dapat melahirkan seorang lagi menteri muda.
“Inilah masanya bagi anak-anak muda Malaysia yang mempunyai aspirasi untuk terlibat secara langsung dalam kepimpinan negara,” katanya.
Seramai 60 graduan dan mahasiswa dari universiti dalam dan luar negara terpilih menyertai program itu tahun ini daripada 542 permohonan yang diterima oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Mereka adalah kumpulan keenam Felo Perdana yang akan ditempatkan bersama menteri-menteri kabinet selama enam minggu hingga tiga bulan bertujuan melahirkan belia yang dinamik, berdaya saing dan mempunyai pengalaman relevan berhubung sistem kabinet serta pelbagai aspek kepimpinan dan pentadbiran negara.
Graduan jurusan undang-undang dari Universiti Malaya, Leeroy Ting Kah Sing adalah antara peserta bertuah yang akan ditempatkan bersama Dr Mahathir sebagai mentor.
Anak muda berusia 24 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak itu berkata sebelum menamatkan pengajian pada bulan lepas, beliau pernah bertugas dengan Jawatankuasa Reformasi Institusi yang ditubuhkan Majlis Penasihat kerajaan bagi melaksanakan perubahan kepada institusi-institusi yang penting di negara ini.
“Saya akan menggunakan kesempatan ini untuk membantu kerajaan merealisasikan beberapa cadangan jawatankuasa itu yang telah diserahkan kepada kerajaan,” katanya.
Bagi Dayana Najwa Jainon, 23, yang akan ditempatkan bersama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata beliau teruja terpilih dalam kumpulan pertama Felo Perdana di bawah kerajaan baharu.
“Jadi saya mahu melihat dan melibatkan diri secara langsung dalam pelaksanaan polisi kerajaan baharu dan jika boleh menyampaikan maklumat mengenai polisi baharu ini kepada generasi saya,” katanya.
Pelajar tahun ketiga jurusan Pentadbiran Perniagaan di Monash University Malaysia, Y. Laveenyah Preetha yang akan ditempatkan bersama Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata peluang itu tidak hadir dengan mudah terutamanya bagi mereka yang masih belum menamatkan pengajian sepertinya.
“Saya sangat teruja ditempatkan bersama beliau (Muhyiddin) lebih-lebih lagi beliau mempunyai pengalaman yang sangat lama dalam pentadbiran kerajaan, jadi saya tahu ia menjadi pengalaman yang sangat berguna bagi saya,” katanya.
— myBerita Hokaloh News
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
BNM: Pertumbuhan KDNK suku kedua 2018 merosot kepada 4.5%
KDNK negara tumbuh sebanyak 5.4% pada suku pertama dan jangkaan sederhana pakar ekonomi bagi suku kedua ialah pada 5.2%.
Gabenor BNM, Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata kemerosotan pertumbuhan disebabkan kejutan berkaitan komoditi dalam sektor perlombongan dan pertanian.
KUALA LUMPUR: Gangguan bekalan menyaksikan Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi perlahan bagi suku kedua 2018 pada 4.5% berbanding 5.8% tahun lepas, yang mana jauh lebih rendah daripada jangkaan ramai pakar ekonomi.
Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata kemerosotan pertumbuhan itu disebabkan kejutan berkaitan komoditi dalam sektor perlombongan dan pertanian.
“Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara tumbuh sebanyak 5.4% pada suku pertama dan jangkaan sederhana pakar ekonomi bagi suku kedua ialah pada 5.2%,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar sulung beliau selepas pelantikannya sebagai gabenor pada 22 Jun lepas, menggantikan Tan Sri Muhammad Ibrahim.
Bagaimanapun, Nor Shamsiah berkata sektor perkhidmatan dan perkilangan terus menjadi pemacu pertumbuhan, disokong oleh perbelanjaan kukuh pengguna susulan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sifar dan permintaan berterusan terhadap produk elektrik dan elektronik dan produk berkaitan pengguna.
“Pertumbuhan dalam sektor perlombongan menguncup disebabkan terutamanya gangguan bekalan yang tidak dijangka, manakala sektor pertanian mengalami kekangan pengeluaran dan keadaan cuaca yang buruk.
“Aktiviti sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan apabila kedua-dua pelaburan dan penggunaan swasta berkembang kukuh semasa suku kedua,” katanya.
window.fbAsyncInit=function() FB.init( appId:'170260162989134', xfbml:true, version:'v2.7' ); ;
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id))return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Rempuhan bas: Rapid Bus tubuh pasukan khas untuk tuntutan insurans
Tumblr media
KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn Bhd telah menubuhkan pasukan khas bagi mengendalikan tuntutan insurans susulan insiden yang membabitkan bas Rapid KL di AU2 Keramat malam tadi.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Mohd Azam Omar berkata pemilik kenderaan yang berhasrat untuk mengemukakan tuntutan boleh menghantar tuntutan mereka berserta dokumen berkaitan ke e-mel [email protected].
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi ini, Mohd Azam mengesahkan bas yang terbabit dalam insiden di Jalan Enggang AU2 Taman Keramat malam tadi adalah dalam keadaan baik semasa digunakan.
BACA: Bas rempuh tujuh kenderaan, pengguna Jalan Ampang saksi adegan mendebarkan
BACA: Pemandu bas rempuh kereta ditahan, sedang dirawat
“Berdasarkan laporan polis yang dibuat malam tadi, insiden berkenaan bermula apabila bas tersebut terlibat dalam satu kemalangan jalan raya kecil di Jalan Enggang AU2, di Taman Keramat.
“Kapten bas dilaporkan meneruskan perjalanan sambil dikejar oleh sekumpulan orang awam. Semasa dikejar bas tersebut dilaporkan melanggar beberapa kenderaan di sepanjang jalan sehingga tiba di susur keluar Jalan Ampang ke Lebuhraya MRR2 di mana kapten bas dilaporkan dipukul oleh beberapa orang awam,” menurut kenyataan itu lagi.
Mohd Azam berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan polis dan pihak berkuasa berkaitan dalam siasatan kes tersebut.
“Kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi sementara menunggu keputusan siasatan rasmi pihak polis,” kata Mohd Azam.
Tambahnya, pemandu bas tersebut masih menerima rawatan di hospital dan tiada orang awam yang dilaporkan cedera semasa kejadian tersebut.
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id)) return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
‘Pemandu Bas Terpaksa Selamatkan Diri Selepas..’ – Saksi Kongsi Kisah Sebenar Kejadian Langgar Lari?
Isu & Kontroversi
Semalam viral apabila kejadian kejar mengejar antara pemandu bas dan mangsa langgar lari. Paling teruk apabila pemandu bas langgar hampir 20 biji kereta sewaktu melarikan diri. Walau bagaimanapun, pihak Rapid KL sudah memohon maaf dan harap kes dapat disiasat dengan baik. Menurutnya pekerja ini seorang yang baik.
Artikel Berkaitan : ‘Kapten Bas Itu Sudah Berkhidmat Selama 2 Tahun & Mempunyai Rekod Perkhidmatan Yang Baik’
Terbaru, seorang saksi kejadian berkongsi kisah sebenar kejadian itu. Kejadian yang berlaku itu didakwa hanya dirakam separuh oleh mangsa itu tapi sebaliknya adalah lain.
Sumber : Adinda Qilla
The following two tabs change content below.
Shafika
Content Champion at Rev Asia Berhad
I’m not fat, I’m just easy to see
!function(f,b,e,v,n,t,s)if(f.fbq)return;n=f.fbq=function()n.callMethod? n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments); if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version='2.0'; n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0; t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0]; s.parentNode.insertBefore(t,s)(window,document,'script', 'https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js'); fbq('init', '144731276146410'); fbq('track', 'PageView');window.fbAsyncInit=function() FB.init( appId:'1719337811688768', xfbml:true, version:'v2.6' ); ;
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id))return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Ekonomi : Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal mampan pada masa depan: BNM
Tumblr media
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus. KUALA LUMPUR,17 Ogos (myBerita Hokaloh News) – Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal mampan pada masa depan disokong terutamanya oleh aktiviti sektor swasta, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Keadaan pasaran pekerja yang positif dan pengembangan kapasiti pengeluaran masing-masing akan terus menyokong penggunaan swasta dan pelaburan yang teguh, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata asas-asas makroekonomi Malaysia terus teguh, lantas menyediakan penampan yang diperlukan untuk menguruskan secara berkesan kemungkinan kejutan terhadap ekonomi.
BNM hari ini mengumumkan pertumbuhan ekonomi yang lebih sederhana dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.5 peratus pada suku kedua (S-2) 2018 berikutan gangguan bekalan manakala aktiviti sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara.
Menurut kenyataan itu meskipun inflasi keseluruhan diunjurkan sederhana, namun takat penurunannya akan bergantung pada kesan pindahan berikutan perubahan dasar cukai penggunaan.
Inflasi asas, yang tidak mengambil kira kesan perubahan dasar cukai penggunaan, dijangka kekal stabil secara relatif pada suku-suku akan datang melalui sokongan perbelanjaan sektor swasta yang mampan.
Sementara itu inflasi keseluruhan pada S-2 menurun kepada 1.3 peratus (S-1 2018: 1.8 peratus), mencerminkan terutamanya kesan daripada pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berkadar sifar.
Bagaimanapun impak pelaksanaan GST berkadar sifar ini telah diiimbangi inflasi pengangkutan yang lebih tinggi.
Namun, langkah menetapkan harga runcit Petrol RON95 sejak 22 Mac, 2018, telah membantu membendung inflasi bahan api daripada terus meningkat pada suku tersebut.
Dalam kenyataan itu, BNM mengumumkan paparan dua artikel, pertama ‘Perbezaan antara Prestasi Ekonomi dengan Sentimen Orang Ramai’ – menilai perbezaan antara prestasi ekonomi yang kukuh dengan pandangan segelintir rakyat Malaysia yang kurang optimistik memgenai prestasi tersebut.
Kedua – ‘Mentransformasikan Telefon Mudah Alih Menjadi E-Dompet di Malaysia’ – menghuraikan pencapaian bank dalam usaha mempercepat perpindahan kepada e-pembayaran.
— myBerita Hokaloh News
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Tindakan kumpulan degil bina sekatan memalukan, kata tok batin Orang Asli
Ketua Kampung Pos Bihai, Awin Pedik menganggarkan kumpulan yang menyokong dan mendirikan sekatan di Gua Musang kurang 10% daripada keseluruhan kira-kira 15,000 masyarakat Orang Asli di Gua Musang.
Awin Pedik berkata, tidak salah sekumpulan kecil Orang Asli itu mahu mendirikan sekatan untuk menuntut hak mereka, tetapi ia perlu dilakukan melalui saluran dan cara betul.
PUTRAJAYA: Empat tok batin atau ketua kampung yang mewakili masyarakat Orang Asli di Gua Musang meminta Tun Dr Mahathir Mohamad campur tangan menyelesaikan isu sekatan yang dibina sekumpulan kecil Orang Asli di daerah itu bagi menghalang tanah adat mereka diceroboh pihak luar.
Ketua Kampung Pos Bihai, Awin Pedik menyifatkan tindakan sekumpulan kecil Orang Asli mendirikan sekatan di Gua Musang bagi menghalang aktiviti pertanian di tanah adat mereka, memalukan dan melanggar undang-undang.
Beliau menganggarkan kumpulan yang menyokong dan mendirikan sekatan itu kurang 10% daripada keseluruhan kira-kira 15,000 masyarakat Orang Asli di Gua Musang.
“Yang buat sekatan ini adalah segelintir Orang Asli saja terdiri daripada generasi muda yang belakang mereka ada sokongan NGO yang ada kepentingan, tapi saya tidak tahu apa kepentingannya,” katanya selepas menyerahkan memorandum kepada pegawai perdana menteri di Perdana Putra, hari ini.
“Kami sudah cakap banyak kali dengan mereka berhenti buat ‘blockade’ sebab itu bukan cara yang betul, tapi mereka degil tak dengar, mereka dengar cakap NGO.
“Kami tidak mahu ada lagi sekatan, kami nak kehidupan kami kembali macam biasa dan pihak yang melakukan aktiviti perladangan bebas melakukan kerja mereka, selagi tidak bertentangan dengan undang-undang.”
Pada 10 Ogos lalu, kira-kira 200 Orang Asli dari Gua Musang berkumpul di Putrajaya meminta bantuan Dr Mahathir mewartakan tanah adat mereka, selepas kerajaan Kelantan gagal berbuat demikian.
Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan, Nik Mohd Syafiq Dendi Abdullah dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan menyelesaikan isu tanah adat Orang Asli, selepas pertemuan pada 2013.
Dr Mahathir kemudiannya berjanji akan berbincang dengan kerajaan Kelantan untuk mencari penyelesaian terhadap isu pencerobohan tanah adat Orang Asli di Gua Musang.
Awin berkata, pihaknya tidak memihak kepada syarikat perladangan atau kumpulan Orang Asli tertentu, sebaliknya mereka menuntut keamanan dan mengelakkan ketegangan antara sekumpulan kecil Orang Asli serta pihak luar, termasuk pengusaha ladang.
“Saya secara peribadi merayu kepada NGO berhenti mengganggu Orang Asli, biarkan tok batin menyelesaikan isu dan mengemukakan masalah kepada kerajaan menggunakan saluran betul.”
Tiada istilah tanah adat
Awin berkata, Kelantan tiada tanah adat seperti dituntut segelintir Orang Asli, yang wujud ialah tanah saka atau pusaka yang ditinggalkan nenek moyang.
“Kumpulan itu kata nak minta tanah adat, tiada tanah adat di Kelantan. Dalam budaya kami, hanya ada tanah saka, tanah warisan.
“Tanah adat di Sabah dan Sarawak sahaja ada, tiada di Semenanjung,” katanya sambil menambah tanah saka ialah kawasan hutan yang diusahakan nenek moyang mereka dengan aktiviti pertanian dan diteruskan generasi sekarang.
Pada 11 Ogos lalu, Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan yang dilantik sebagai peguam kerajaan Kelantan untuk menyelesaikan isu itu berkata, undang-undang tanah Kelantan tidak mempunyai istilah tanah adat seperti yang dituntut Orang Asli dari Gua Musang.
“Di Kelantan tidak wujud tanah adat untuk Orang Asli, tidak pernah ada dalam undang-undang tanah Kelantan dan tak pernah digazetkan (tanah adat Orang Asli).
“Masalah sekarang (ialah) kawasan kerajaan negeri yang menjadi kawasan balak diberi kebenaran dan permit pembalakan oleh Jabatan Perhutanan,” katanya sambil menambah tanah adat yang dituntut itu ialah milik “mutlak” kerajaan Kelantan.
Guna cara betul tuntut hak
Awin berkata, tidak salah kumpulan Orang Asli itu mahu mendirikan sekatan untuk menuntut hak mereka, tetapi ia perlu dilakukan melalui saluran dan cara betul.
“Yang buat demo muka sama, kumpulan sama, tujuannya bagus tapi cara tak betul dalam menuntut hak.
“Tok batin kita ada lebih 70 orang dan hanya 2, 3 orang sahaja bermasalah bersama kumpulan buat ‘blockade’. Yang buat itu ramai orang muda, mereka bertindak emosi, tak tahu apa-apa, bila bercakap nampak bagus, mereka guna media untuk tujuan mensensaikan berita.”
Beliau yang menjadi tok batin lebih 20 tahun, bimbang pihak berkuasa tidak mengambil tindakan mengawal kumpulan mendirikan sekatan itu.
Awin tidak menolak kemungkinan Orang Asli itu dibayar untuk mendirikan sekatan.
“Mungkin mereka dibayar…makanan NGO bagi, minyak petrol mereka bagi.
“Isteri mereka (kumpulan bina sekatan) bekerja dan dapatkan wang daripada hasil projek ladang, tapi suami-suami ini buat ‘blockade’ lawan.
“Makan guna duit isteri yang buat kerja di ladang, ini salah. Sepatutnya suami yang bagi bini makan, ini terbalik dah,” katanya sambil menambah aktiviti perladangan itu tidak mengancam kedudukan Orang Asli.
Terdahulu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd Harun berjanji akan berbincang dengan kerajaan Kelantan untuk mewartakan tanah adat Orang Asli di seluruh negara bagi menjamin hak golongan itu terhadap pemilikan tanah mereka.
Katanya, langkah itu akan melibatkan pindaan undang-undang sedia ada, sebelum kawasan berstatus tanah adat dapat diwartakan atas nama Orang Asli.
window.fbAsyncInit=function() FB.init( appId:'170260162989134', xfbml:true, version:'v2.7' ); ;
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id))return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
‘Diajak ‘Main Rogol-Rogol’, Pengakuan Budak Darjah 2 Akan Buat Anda Terkejut
Isu & Kontroversi
Tidak dinafikan, cabaran mendidik anak zaman sekarang sangatlah mencabar berbanding dahulu. Dengan kecanggihan teknologi, tidak hairanlah kalau budak sekarang lebih tahu segalanya hanya di hujung jari.
Seperti perkongsian wanita apabila seorang budak 8 tahun mengadu kawannya ajak main rogol-rogol. Walaupun ini bukan pertama kali kes sebegini berlaku, nampaknya perkara ini terus menjadi biasa kalau tidak ditangani dari sekarang.
  Sumber : Zeeda Aziz
The following two tabs change content below.
I’m not fat, I’m just easy to see
!function(f,b,e,v,n,t,s)if(f.fbq)return;n=f.fbq=function()n.callMethod? n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments); if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version='2.0'; n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0; t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0]; s.parentNode.insertBefore(t,s)(window,document,'script', 'https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js'); fbq('init', '144731276146410'); fbq('track', 'PageView');window.fbAsyncInit=function() FB.init( appId:'1719337811688768', xfbml:true, version:'v2.6' ); ;
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id))return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Am : SPR tambah 29 lagi saluran mengundi bagi PRK DUN Balakong
BANGI, 17 Ogos (myBerita Hokaloh News) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah 29 saluran mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong, pada 8 Sept ini.
Pegawai pengurus PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman berkata penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan saluran mengundi di 17 pusat mengundi ialah 129 berbanding 100 saluran mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Penambahan ini bertujuan memberi keselesaan kepada pengundi yang akan hadir mengundi selain mengelakkan tempoh menunggu yang panjang.
“Kita juga dapat memberi peluang bagi lebih ramai pengundi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka,” katanya pada sesi taklimat kepada petugas media di Pusat Penamaan Calon PRK DUN Balakong, Dewan Utama Demense, Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat di sini hari ini. 
Katanya, waktu mengundi turut dilanjutkan sehingga 5.30 petang pada 8 Sept bagi menggalakkan orang ramai pergi mengundi.
Rosli berkata setakat hari ini, persediaan bagi menghadapi PRK DUN Balakong berada pada tahap 70 peratus dengan baki persiapan bagi dokumentasi maklumat…..
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Dr M lalui 100 hari dengan risiko KDNK meningkat
Peralihan politik selepas PRU meninggalkan kesan pada ekonomi suku tahun lepas tetapi permintaan domestik masih kuat.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki 100 hari pentadbiran dengan risiko terhadap ekonomi meningkat.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang dengan perlahan selama lebih 1 tahun pada suku tahun kedua, lebihan akaun semasa mengecil dan mata wang berdepan tekanan ketika keadaan kucar-kacir pasaran memuncul memburuk.
Isi utama
KDNK naik 4.5% pada suku tahun kedua dari tahun lalu, kata Bank Negara hari ini, lebih rendah daripada 5.4% yang dicapai dalam 3 bulan sebelumnya dan tersasar daripada 5.2% yang dianggarkan dalam satu tinjauan Bloomberg.
Lebihan akaun semasa mengecil kepada RM3.9 bilion daripada RM15 bilion dalam suku tahun pertama.
Selepas kemenangan mengejut pada Mei, Dr Mahathir segera melaksanakan janji membanteras rasuah, mengkaji semula projek yang didanai China dan memansuhkan cukai kepenggunaan. Beliau membatalkan dan menangguhkan projek prasarana yang disokong China termasuk Laluan Kereta Api Pantai Timur bernilai RM20 bilion dan saluran-saluran paip ketika beliau cuba merundingkan terma-terma yang lebih baik.
Peralihan politik meninggalkan kesan pada ekonomi suku tahun lepas, dengan pelaburan sektor awam mengecut 9.8% dari tahun lepas, mengheret keseluruhan perbelanjaan kerajaan ke bawah sebanyak 1.4%.
Permintaan domestik kekal kuat dan dipastikan oleh penurunan kadar 6% GST selepas Dr Mahathir mengangkat sumpah. Kepenggunaan swasta meningkat 8% pada suku tahun lepas dari setahun lalu, manakala pelaburan melonjak 6.1%.
Gabenor Bank Negara Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, yang mengumumkan angka KDNK di taklimat media pertama sejak dinamakan ke jawatan itu pada Jun berkata, ekonomi mungkin akan berkembang kira-kira 5% tahun ini, lebih rendah daripada 5.5% hingga 6% yang diunjurkan kerajaan dulu.
Penurunan perbelanjaan sektor awam berkait dengan peralihan kerajaan dan dijangka sementara, katanya.
Kelembapan suku tahun lepas berlatarkan turun naik pasaran kewangan sejagat dan ketegangan perdagangan. Meskipun mata wang terlindung daripada kucar-kacir pasaran memuncul terburuk yang melanda negara seperti Indonesia dan India, minggu ini ringgit merosot paling rendah berbanding dolar dlm tempoh 8 bulan
Mata wang tidak banyak berubah pada 4.1045 berbanding dolar setakat 12.15 tengah hari tadi.
Nor Shamsiah berkata kesan langsung ketegangan perdagangan adalah minimum tetapi Malaysia akan terkesan jika ia meningkat kepada melibatkan lebih banyak negara dan barangan.
Gabenor memimpin penggubal dasar untuk mengekalkan kadar faedah penanda aras pada 3.25% bulan lepas, memanjangkan jeda sejak pihak berkuasa kewangan itu meningkatkan kos pinjaman pada Januari. Inflasi terkawal, menurun kepada 0.8% pada Jun, kadar paling perlahan sejak 2015.
  window.fbAsyncInit=function() FB.init( appId:'170260162989134', xfbml:true, version:'v2.7' ); ;
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id))return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
‘Panas Baran Tak Dapat Selesaikan Apa-Apa’ – Sharnaaz Komen Insiden Bas Langgar
August 17th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi
Masih hangat dengan isu pemandu bas RapidKL yang telah memandu secara berbahaya dan melanggar kira-kira 20 buah kereta di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Terdapat pelbagai versi cerita dari saksi kejadian yang melihat insiden tersebut. Termasuk pemandu bas ini dikejar dengan sekumpulan lelaki yang membawa samurai selepas pemandu itu melanggar gerai burger.
Artikel berkaitan: Saksi Tampil Ceritakan Situasi Bas RapidKL Langgar Lari
Pelakon Sharnaaz Ahmad turut mengalami pengalaman yang sama pada malam raya. Malah, pelakon ini menyarankan perbalahan sebegini perlu diselesaikan dengan cara baik supaya tidak melibatkan nyawa mana-mana pihak.
Sharnaaz Ahmad memberi respon terhadap tindakan sekumpulan lelaki yang mengejar pemandu bas RapidKL itu. Sekumpulan lelaki ini dipercayai turut membawa samurai mengejar pemandu tersebut. Insiden ini berlaku apabila pemandu bas Rapid berusia 32 tahun itu telah melanggar gerai burger sehingga hampir mengadai nyawa ibu dan bayi.
Sumber: Sharnaaz Ahmad
The following two tabs change content below.
Amat
@ammatlarbsib bukan nama sebenar
!function(f,b,e,v,n,t,s)if(f.fbq)return;n=f.fbq=function()n.callMethod? n.callMethod.apply(n,arguments):n.queue.push(arguments); if(!f._fbq)f._fbq=n;n.push=n;n.loaded=!0;n.version='2.0'; n.queue=[];t=b.createElement(e);t.async=!0; t.src=v;s=b.getElementsByTagName(e)[0]; s.parentNode.insertBefore(t,s)(window,document,'script', 'https://connect.facebook.net/en_US/fbevents.js'); fbq('init', '144731276146410'); fbq('track', 'PageView');window.fbAsyncInit=function() FB.init( appId:'1719337811688768', xfbml:true, version:'v2.6' ); ;
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id))return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Ekonomi : BNM semak semula KDNK 2018 kepada 5.0 peratus
Tumblr media
KUALA LUMPUR, 17 Ogos  (myBerita Hokaloh News) — Bank Negara Malaysia (BNM) menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun penuh Malaysia bagi 2018 kepada 5.0 peratus daripada 5.5-6.0 peratus yang dijangkakan sebelum ini berikutan gangguan pengeluaran minyak dan gas yang berlanjutan serta kekangan pengeluaran sektor pertanian.
Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, bagaimanapun berkata, pertumbuhan itu akan disokong oleh sentimen perniagaan, pengguna serta perbelanjaan pengguna yang kukuh berikutan kelepasan cukai dari Jun hingga Ogos serta pengembangan kapasiti pengeluaran perkilangan.
Beliau berkata demikian pada sidang media mengumumkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2018 di sini, hari ini.
Menurutnya, bersandarkan unjuran pertumbuhan 5.0 peratus itu, Nor Shamsiah percaya Malaysia akan terus menjadi antara ekonomi yang berkembang pesat di rantau ini.
Mengulas prospek pada 2019, Gabenor BNM itu berkata momentum pertumbuhan dijangka terus mampan, disokong oleh perkembangan perdagangan global yang kekal mantap, peningkatan pengeluaran komoditi serta persekitaran pasaran buruh yang lebih baik.
Selain itu, mengulas kesan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) terhadap inflasi negara, Nor Shamsiah berkata impaknya adalah lebih kecil berbanding Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Menurutnya, ini berikutan 52 peratus daripada kumpulan Indeks Harga Pengguna adalah tertakluk kepada GST manakala SST sebaliknya hanya meliputi 28 peratus barangan tersebut.
“Ini bermakna impaknya terhadap inflasi tidaklah sehebat yang kita lihat di bawah pelaksanaan rejim GST.
“Bagaimanapun, ini masih bergantung kepada sikap peniaga dari segi strategi penetapan harga dan bagaimana mereka mungkin melepaskan kos itu kepada pengguna,” katanya.
— myBerita Hokaloh News
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Malaysia perlu lebih banyak pakar neurologi – Dr Lee Boon Chye
KUALA LUMPUR: Para graduan jurusan perubatan digalakkan untuk memilih bidang pembedahan neurologi bagi memenuhi keperluan di negara ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye.
Beliau berkata, setakat ini, hanya terdapat 105 pakar dalam bidang tersebut di seluruh negara, dan kerajaan berharap agar dapat melihat pertambahan sekitar 40 hingga 50 lagi, tanpa menyebut tempoh masa yang jelas.
“Keperluan untuk perkhidmatan neurosurgical ini memang meningkat, dan sehingga hari ini kita masih tidak dapat memenuhi kesemua keperluan tersebut, dan kita mensasarkan supaya kalau boleh kita ada tambahan 40 hingga 50 neurosurgeon (pakar bedah saraf).
“Jadi kita harap kita boleh tambah, khususnya di kawasan di luar daripada Kuala Lumpur seperti Melaka, Seremban, dan Sibu, di tempat di mana ada kemalangan yang banyak , kecederaan trauma banyak berlaku di bahagian otak,” jelasnya kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Persekutuan Persatuan Neurologi 2018, di ibu negara, hari ini.
Dr Lee, yang juga ahli Parlimen Gopeng, berharap lebih ramai graduan perubatan dan doktor muda dapat memilih laluan sebagai pakar neurologi supaya khidmat mereka dapat diberikan di kawasan lain yang lebih memerlukan selain Kuala Lumpur.
Di masa akan datang, tambahnya lagi, kerajaan melihat nisbah yang ideal bagi pakar neurologi kepada masyarakat ialah 1:200,000.
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id)) return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
4,000 Jalur Gemilang hiasi Hulu Kinta
Kerja-kerja pemasangan bendera secara bergotong-royong membabitkan 50 golongan muda termasuk wanita yang juga penduduk setempat kawasan itu.
Kira-kira 4,000 Jalur Gemilang dipasang di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Hulu Kinta di sini menerusi Program Kibar Jalur Gemilang bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2018.
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad berkata pemasangan bendera pelbagai saiz itu juga bertujuan menyemarakkan semangat patriotik penduduk melalui Malaysia baharu pimpinan kerajaan Pakatan Harapan.
Kerja-kerja pemasangan bendera secara bergotong-royong membabitkan 50 golongan muda termasuk wanita yang juga penduduk setempat kawasan itu.
“Setiap kali pilihan raya umum kita lihat di kiri dan kanan jalan penuh bendera parti, jadi apa salahnya kita memasang Jalur Gemilang sempena bulan kebangsaan dan diharap ia menjadi contoh kepada Parlimen dan Dun di lain negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program berkenaan.
Beliau berkata kesemua bendera itu adalah hasil sumbangan pihaknya serta Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu, yang juga Anggota Parlimen Tambun.
window.fbAsyncInit=function() FB.init( appId:'170260162989134', xfbml:true, version:'v2.7' ); ;
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id))return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_US/sdk.js"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes
hokalohnews · 6 years
Text
Sabah mohon kuasa autonomi bidang pendidikan
Tumblr media
TAWAU: Sabah telah mengemukakan permintaan kepada kerajaan Persekutuan untuk diberikan kuasa autonomi bidang pendidikan dalam usaha memastikan pelaksanaan dan pembangunan bidang itu diuruskan lebih cekap di negeri ini, kata Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Datuk Yusof Yacob.
Beliau berkata perkara itu ada dibincangkan dengan Menteri Pendidikan Maszlee Malik dan permintaan itu disambut positif.
“Sabah perlu autonomi membuat keputusan sendiri (dalam bidang pendidikan), bukan untuk konfrontasi dengan pusat, tetapi supaya soal hak-hak Sabah boleh diurus dan ditunaikan dengan baik.
“Kami perlu kebanyakan keputusan itu dibuat di Sabah, dasar kita masih ikut seperti yang diputuskan Kementerian Pendidikan Malaysia sehingga 2035,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pejabat Pendidikan Daerah Tawau di sini, hari ini.
Berhubung lawatannya ke sebuah sekolah daif di Long Pasia, Sipitang, Yusof berkata bangunan baharu untuk sekolah itu telah dibina di bawah program teknologi sistem binaan berindustri (IBS) tetapi tidak menepati ciri kemudahan ditetapkan untuk sebuah sekolah.
“Ada bangunan asrama dibina tetapi tidak ada tandas serta bilik mandi, selain ada bangunan darjah dibina tetapi tiada bilik guru dan pentadbiran di sekolah itu.
“Ini antara sebab saya mahu kuasa autonomi untuk Sabah, kerana pegawai di sini lebih tahu dan meneliti sesuatu projek sehingga selesai, apabila sudah merancang, kita sendiri memutuskan di Sabah,” katanya.
Sementara itu, Yusof berkata kerajaan memperuntukan RM500 juta pada tahun ini untuk menaik taraf 120 sekolah daif di negeri ini menerusi kaedah IBS.
“Kita ada 700 sekolah daif di Sabah dan sekolah ini harap dapat dinaik taraf dalam tempoh lima tahun,” katanya.
— myBerita Hokaloh News
(function(d, s, id) var js, fjs=d.getElementsByTagName(s)[0]; if(d.getElementById(id)) return; js=d.createElement(s); js.id=id; js.src="http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); (document, 'script', 'facebook-jssdk'));
0 notes