Kita hamba Allah yang lemah, yang tiada apa-apa daya melainkan setiap perbuatan kita hanyalah dengan izin Allah. Maka janganlah kita sombong berbangga diri.
Berserah sepenuhnya hati kamu kepada ALLAH dan ALLAH will send the right person to take care of it for you. Beriman kepada Allah. ALLAH is the best creator.
Disaat kita melihat sesiapa pun khususnya orang yg kita cintai melakukan kemaksiatan, pertama sekali yang perlu kita hadirkan adalah KESEDARAN DI HATI KITA. Apa yang ada dihatimu. Nasihat itu perkara terakhir yang kita lakukan. Jangan terburu-buru untuk menasihati tetapi tengok hatimu sendiri. Sudahkah kau menitiskan air mata melihat orang yang kau cintai/kenali melakukan kemaksiatan. Jika tiada rasa ini, akibatnya buruk juga nanti.
Tanda kesempurnaan imanmu adalah saat engkau melihat orang yang engkau cintai melakukan kemaksiatan dan engkau menangis bahkan tidak mampu tidur. Mohonlah kepada Allah supaya Allah mengampuninya.
Kemudian, berusahalah untuk menutup aibnya jika engkau orang yang beriman. Kalau itu kesalahan yang kalau diketahui orang boleh merendahkan dia, maka tutuplah aibnya. Jangan menyebarkannya. Kalau ada orang yang menyebarkan kesalahannya, itu urusannya.
" Tanda ketulusanmu kepada Allah adalah di saat engkau mampu menyembunyikan kebaikanmu dari mata manusia dan tanda ketulusanmu dengan saudaramu adalah di saat engkau mampu menyembunyikan kesalahan dan kekurangannya di mata manusia."
Ketika Imam As-Syafie pergi ke Mesir untuk berjumpa guru beliau Imam Malik, meminta untuk didoakan;
Kemudian kata Imam Malik, "Kamu telah tersalah alamat datang ke sini dan minta untuk didoakan oleh aku!"
Imam As-Syafie bertanya, "Kenapa?"
Imam Malik menjawab: "Di rumah kamu ada seorang yang doanya 100,000 kali ganda daripada aku!"
Imam As-Syafie bertanya, "Siapakah itu?"
Maka jawab Imam Malik: "Ibu kamu! Doa ibu itu tidak ada hijab antara dia dengan Allah SWT!"
Amat bertuah bagi mereka yang masih ada ibu! Alhamdulilah; jika anda masih ada ibu dan bapa, kasihlah dan jaga mereka seperti mereka menjaga dan kasih kepada kita semasa kita kecil dahulu.
Hadiahkan Al-Fatihah kepada kedua-dua ibu bapa kita sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggalkan kita.
Orang sabar ni sebenarnya orang yang menang. Nampak je dia diam tak balas setiap amarah, tohmahan dan hinaan. Tapi dalam diam, dia mengadu minta Allah uruskan.
Inilah yang di kata kan, kalah dalam menang. Dia mungkin nampak kalah di mata manusia, tapi sebenarnya dia menang di sisi Allah.
Tempat orang yang merasakan dirinya kotor itu adalah MASJID. Masjid merupakan tempat mensucikan diri. Jadi selalulah luangkan masa untuk ke masjid. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang mensucikan diri mereka. #DakwahSampaiAkhirKalam #CintaiAlQuran
IBLIS & SYAITAN . Dalam sebuah hadis sahih daripada Safiyah r.a. dijelaskan bahawa Rasulallah s.a.w. ada bersabda: Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) . Apabila jin-jin ini memasuki ke dalam badan manusia, ia selalunya berada di dalam otak dan di tulang belakang (spinal cord) berdekatan dengan urat saraf kita. Melalui otak dan urat saraf, jin ini akan dapat mempengaruhi pemikiran dan emosi pesakit itu. . Sebab itu kalau seseorang itu menghidap sakit ganguan sihir atau ganguan jin, fikiran dan emosi mereka terganggu, dan kadang-kala "anxiety level" mereka sangat tinggi. Bila fikiran mereka terganggu ia akan mengakibatkan seseorang itu mendapat sakit tekanan jiwa atau "depression". . Selain dari itu gangguan kepada urat saraf ini juga mengakibatkan rasa sakit kepada bahagian pinggang, otot-otot, tengkuk, bahu, sendi-sendi, rahim, perut dan kadang kala mengganggu sistem pernafasan seseorang itu. . Semoga Bermanfaat. Sebarkan 💕 . #DakwahSampaiAkhirKalam #CintaiAlQuran
0 notes
Statistics
We looked inside some of the posts by
dakwahnotes
and here's what we found interesting.
Average Info
Notes Per Post
5
Likes Per Post
5
Reblog Per Post
0
Reply Per Post
0
Time Between Posts
3 days
Number of Posts By Type
Text
15
Video
1
Photo
1
Explore Tagged Posts
Fun Fact
130K people were victims of a chain letter scam that affected Tumblr in May 2011.