Tumgik
danialabdulrahim · 4 years
Text
2 Alternatif Percuma Keyword Everywhere
Sebelum ni saya dapat komen daripada pembaca blog yang Keyword Everywhere dah berfungsi seperti sebelum ini.
Saya pelik apa yang berlaku pada Keyword Everywhere? Rupa-rupanya Keyword Everywhere dah tak keluarkan search volume pada keyword yang kita cari.
Tiada lagi search volume + CPC value
Sama juga di sidebar. No more search volume.
Jadi macam mana nak bagi keluarkan search volume? Nak tak nak kita terpaksa upgrade Keyword Everywhere dengan membeli credits.
Tumblr media
Nampaknya terpaksa kita mencari alternatif lain untuk Keyword Everywhere ini. Dan saya terjumpa 2 alternatif yang ramai orang guna iaitu…
Alternatif #1: WMS Everywhere
WMS Everywhere
Terima kasih kepada Tuan Azham Zanal sebab sudi kongsikan tool ini. Tool ini masih baru lagi dan kita boleh dapatkan ia di Chrome Extension.
Fungsinya sama juga seperti Keyword Everywhere, cuma kadang kala ada keyword yang tak naik search volume dan CPC. Mungkin sebab tool ini masih baru. Jadi berikan ia masa untuk perbaiki dari masa ke semasa.
Tumblr media Tumblr media
Ada Related Keywords
Tumblr media
Dan juga People Also Searched For
Alternatif #2: Keyword Surfer
Tumblr media
Keyword Surfer
Selepas sahaja Keyword Everywhere ada masalah dari segi search volume + CPC. Saya terus tukar ke Keyword Surfer oleh kerana Keyword Surfer lebih lama daripada WMS Keyword. Ia sama seperti Keyword Everywhere tetapi lain sedikit dari segi interface.
Tumblr media
Apa yang bezanya ialah pada bahagian sidebar.
Tumblr media
Kita boleh pilih location dan juga display berapa banyak keyword yang kita mahu per page
Tumblr media
Correclaction Charts
Dalam Correlation Charts ada 3 fungsi tambahan iaitu:
Traffic – Dalam bahagian Traffic Keyword Surfer memberi anggaran jumlah trafik bulanan web tersebut dapat.
Words – Words pula jumlah patah perkataan dalam web page tersebut.
Keywords – Jumlah exact keyword yang di-mention dalam web page tersebut.
Kesimpulan: Yang Mana Satu yang Terbaik?
Semuanya berbalik kepada diri sendiri, ciri yang mana yang kita mahu. Bagi saya selagi mana 2 alternatif ni berfungsi dengan baik, guna sahaja. Lama-kelamaan juga pasti akan ada perubahan kecil atau besar pada fungsi-fungsinya.
Bagi saya, saya lebih suka guna Keyword Surfer sebab lebih banyak fungsi yang diberikan. Walaupun begitu kita kena ingat. Data-data yang diberi bukanlah satu angka yang tepat sekadar anggaran. Kerana ia adalah tools yang percuma.
Jika kita mahu data yang lebih mendalam dan tepat, memang terpaksa guna Keyword Tools yang berbayar seperti Ahrefs, SEMrush, KWFinder dan lain-lain.
Jadi, yang mana menjadi pilihan anda? Komen di bawah.
Jika anda ada alternatif lain yang lebih baik juga boleh komen di bawah.
Jumpa lagi.
Article source here: 2 Alternatif Percuma Keyword Everywhere
0 notes
danialabdulrahim · 4 years
Text
2020
Tinggal beberapa hari lagi dah nak masuk tahun 2020.
Masa saya kecil, saya terfikir…
“Sempat ke saya sampai tahun 2020. Sempat ke saya tengok kereta terbang.”
Pejam, celik, pejam, celik dah nak sampai 2020. Daripada zaman Dr. Mahathir memerintah sehinggalah beliau memerintah semula. Lawak kalau difikirkan semula.
Macam-macam berlaku. Macam-macam yang saya belajar.
Tapi tahun ini banyak yang saya belajar dan banyak juga yang saya buat silap.
Setiap tahun saya boleh nampak corak keputusan yang saya buat dalam kehidupan saya.
Sangat menarik bila dilihatkan semula pattern tersebut.
Corak pertama ialah bila saya buat keputusan yang betul, ada kesan yang positif.
Corak yang kedua ialah saya buat keputusan yang terburu-buru mengikut emosi, ada kesan negatif.
Pengajarannya ialah nak tak nak saya kena terima yang bahawasanya bila buat keputusan berdasarkan emosi atau ketika beremosi selalunya membawa kepada kesan yang negatif dalam kehidupan.
Jadi apa perlu buat? Sebelum membuat keputusan, tenangkan fikiran dahulu. Ambil tempoh bertenang, barulah buat keputusan yang dikehendaki.
“See the essence.”
.
Setiap tahun kalau kita tidak berkembang maka kita akan mengecil. Jadi macam mana nak terus-menerus berkembang?
Saya tak pasti sama ada saya ini seorang yang bertuah atau tidak, bernasib baik atau tidak, pandai atau tidak.
Masa di sekolah menengah saya dah decide untuk tidak sambung belajar (bukan bermaksud berhenti belajar). Tetapi tidak memilih untuk sambung diploma atau apa-apa pengajian.
Kenapa saya memilih jalan tersebut? Sebab bagi saya, saya fikir;
“Adakah apa yang saya belajar nanti boleh digunakan terus? Ilmu yang saya ada itu evergreen atau boleh diajar kepada orang lain?”
Dalam bahasa lain, adakah bila saya sambung belajar pengetahuan atau kemahiran yang saya pelajari mempunyai permintaan yang tinggi?
Jika tidak, sia-sialah apa yang saya pelajari. Banyak buang duit, masa dan tenaga sahaja kalau benda yang dipelajari tidak boleh digunakan secara menyeluruh.
Jadi, saya memilih jalan untuk tidak sambung belajar dan belajar sendiri.
Buatkan diri sendiri lebih bernilai. Belajar apa yang tak akan berubah, dari dulu, kini dan akan datang. Sebab itulah orang yang akan mahukan dan perlukan sampai bila-bila.
.
Macam Mana Nak Jadi Manusia yang Bernilai?
Jadi problem solver. Penyelesaian masalah.
Lihat balik dalam sepanjang kehidupan kita. Adakah kita banyak minta tolong orang lain selesaikan masalah atau ramai orang datang kepada kita untuk selesaikan masalah.
Jika tak ramai yang datang kepada kita untuk selesaikan masalah maksudnya kemahiran dan pengetahuan yang ada itu belum cukup bernilai lagi.
Kadang-kadang, bukan diri kita tak valuable. Cuma tak ramai orang tahu yang kita boleh selesaikan masalah tersebut.
Berbalik semula kepada formula: Value X Leverage.
Kita dah ada value tapi tak ada leverage. Sangat susah untuk dapat result.
Jadi macam mana nak dapatkan leverage?
Kuncinya ialah manusia. Itu sahaja.
Sebagai contoh, ramai je penyayi kat luar sana yang power-power tapi tak ramai yang betul-betul berjaya.
Kenapa? Sebab mereka tak ada manager.
Apa tugas manager penyayi ni? Tugas manager sampaikan lagu penyayi kepada orang seramai yang boleh.
Itulah leverage.
Perbaiki kelemahan kita dengan kelebihan orang lain.
Belajar untuk intergrate kemahiran dan pengetahuan yang ada dengan kemahiran dan pengetahuan orang lain.
Itu kuncinya.
.
Tahun 2019 adalah tahun yang terbaik bagi saya.
Sangat tak sangka, saya bersama partner boleh develop bisnes dari zero sehingga 6 figure per month in 6 month.
Walaupun bukan bisnes sendiri sekadar develop bisnes orang lain, ia adalah satu pengalaman yang sangat best.
Walaupun sekejap, banyak yang saya belajar.
Dan seterusnya saya dapat kenal ramai orang yang hebat-hebat belaka.
Dulu lihat kat FB, beli panduan beliau. Sekarang diberi keizinan untuk berkongsi ilmu kepada beliau.
Saya sangat kagum dengan beliau, walaupun dah hebat, bantu bisnes orang generate sales juta-juta sebulan masih rendah diri dan tetap belajar lagi.
Dapat jumpa partner bisnes yang banyak tolong saya iaitu Izzad Saad. Terima kasih banyak-banyak atas segalanya.
Dan saya bersyukur dapat kenal Rich Schefren, yang banyak mengubah pemikiran saya tentang kehidupan dan bisnes.
Jika anda ada masa, carilah penulisan beliau. Banyak kita boleh belajar daripada apa yang beliau tulis.
Beliau juga merupakan anak didik Jay Abraham. Jadi sedikit sebanyak ada persamaan di situ.
.
Dan dikesempatan ini, saya nak ucapkan jutaan terima kasih yang banyak support saya sehingga kini.
Keluarga saya, rakan saya, mentor saya, pembaca blog saya. Tak dilupakan juga klien saya.
Banyak yang saya belajar daripada mereka semua.
Paling tak sangka ialah ada salah seorang klien boleh generate sales puluh ribu sebulan secara autopilot dengan website sahaja.
Ingatkan tak boleh, tapi boleh walaupun dalam niche yang agak susah orang nak percaya dan beli barang secara online.
Semuanya adalah berkat dan rezeki usaha masing-masing. Usaha lebih, jaga amal lebih, dapat lebih. Tiada rahsia.
Terima kasih sekali lagi.
Jumpa anda tahun hadapan.
~ Danial.
Article source here: 2020
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
Cara Buat Keyword Research untuk Cipta Konten yang Menghasilkan Pelawat Orgnik
Saya tengah stuck sebab saya tak tahu nak terbit konten apa lagi di blog DanialAbdulRahim.com.
Sebenarnya, bukan tak ada idea atau sibuk cuma apa yang menghalang saya untuk cipta konten baru ialah saya nak cipta sesuatu yang ramai orang cari dan baca.
Maksudnya cipta konten yang terus-menerus mendatang hasil. Buat kerja sekali dapat hasil berkali-kali.
Jadi, macam mana nak buat? Macam mana nak cipta konten yang orang cari?
Caranya kena buat SEO, sebagaimana saya tulis dalam artikel sebelum ini iaitu Apa Itu SEO.
Bila kita buat SEO sama ada untuk dapatkan pelawat organik dari Google mahupun jualan organik.
Perkara pertama ialah kita kena buat keyword research.
Jom kita mulakan.
Panduan Bagaimana Nak Buat Keyword Research
Tujuan buat keyword research adalah untuk:
Dapatkan idea konten apa nak buat
Tahu berapa banyak carian bulanan sesuatu keyword
Supaya kita cipta konten yang orang cari
Lantas jana jualan daripada konten yang dibina
Sebelum kita nak buat keyword research, kita mesti tahu apakah…
1) Niche Website
Atau dalam bahasa lain tahu apakah kategori blog/website yang dibuat.
Sebagai contoh blog saya tentang bisnes. Dan bisnes ini besar, sangat besar.
Dalam bisnes ada pecahannya lagi. Bisnes online, bisnes offline. Dan dalam setiap satu kategori boleh dipecahkan lagi.
Pengurusan bisnes online, pengurusan bisnes offline.
Marketing bisnes online, marketing bisnes offline.
Dan marketing pun boleh dipecahkan lagi dan lagi.
Boleh nampak?
Atau katakanlah ada blog tentang topik kesihatan. Topik kesihatan juga boleh dipecahkan lagi.
Pemakanan, senaman.
Dalam pemakanan ada makanan tambahan.
Dalam senaman ada peralatan senaman.
Jadi setiap satu kategori itu ada pecahan atau sub-topik masing-masing.
Sekarang apa kita nak buat? Tentukan kategori website atau blog secara spesifik.
Jadi untuk blog DanialAbdulRahim.com berdasarkan konten lepas, saya banyak fokus kepada:
Bisnes Online
Pembinaan Website atau Blog
SEO
Copywriting
Email Marketing
Dan lain-lain jika ada
Bila dah jelas apakah niche website, maka untuk buat keyword research jadi lebih mudah.
Tetapi andai kita tak tahu apakah niche atau kategori website boleh pergi ke Amazon dan lihat pada bahagian Department.
Atau boleh pergi ke Wikipedia untuk tentukan niche website.
Search sahaja topik dalam Amazon atau Wikipedia, pastikan memberikan sub-topik atau niche yang berkaitan atau lebih mendalam.
2) Dapatkan Idea Konten Berkaitan Sebanyak Mungkin
Di sini ada 2 cara untuk dapatkan idea konten sebanyak mungkin.
Cara yang pertama ialah cara manual kita brainstorm untuk dapatkan idea konten sebanyak mungkin dengan menggunakan 5W1H dan cara yang kedua kita boleh guna tools percuma untuk hasilkan idea yang lebih banyak.
Tumblr media
5W1H ialah:
Who (Siapa)
What (Apa, Definisi, Istilah, Contoh, Perumpamaan)
Where (Di Mana, Lokasi)
When (Bila, Pukul Berapa)
Why (Kenapa, Mengapa)
How (Bagaimana, Macam Mana, Cara, Tutorial, Panduan, Kursus)
Dan sambung setiap satu 5W1H dengan kategori.
Contoh: Pembinaan Website atau Blog.
Who Website/Blog > Mungkin kita boleh buat konten macam mana nak semak pemilik sesuatu website atau blog?
What Website/Blog > Apa itu website? Apa itu blog? Apa beza bebsite dengan blog? Apa lagi jenis website yang ada? Apa kelebihan dan kekurangan website?
Where Website/Blog> Di mana nak buat website atau blog? Di mana blog atau website disimpan?
Why Website/Blog > Kenapa blog? Kenapa website? Kenapa website lebih baik daripada social media?
How Website/Blog > Bagaimana nak buat blog atau website? Panduan website. Kursus website. Cara nak buat jualan daripada website. Tutorial buat website sendiri.
Dan lain-lain. Kita boleh generate banyak lagi idea. Itu baru satu kategori belum masuk sub-topik setiap satu kategori lagi.
Selalunya saya buat 5W1H ni dalam bentuk peta minda supaya senang saya nak tengok dan buat konten.
Cara manual ini bagus jika kita dah ada sedikit sebanyak pengatahuan dan pengalaman tentang sesuatu topik tetapi andai kita kosong dan langsung tak tahu tentang topik tersebut macam mana kita nak buat?
Nak tak nak terpaksa guna tool untuk generate idea yang releven dan berkualiti.
Tool pertama yang orang selalu guna ialah…
Google.
Google sahaja tentang topik tersebut.
Contoh: Buat website.
Scroll paling bawah untuk lihat carian berkaitan.
Tumblr media
Itu baru satu tool, antara tool lain yang kita boleh guna ialah AnswerThePublic.
Tumblr media
Cuma kekurangannya ia dalam English, tiada pilihan dalam Bahasa Melayu. Walaupun begitu kita boleh sahaja translate ke Bahasa Melayu guna Google Translate.
Selain itu kita juga boleh guna beberapa tool tambahan:
youautocompleteme.io
keywordfinder.io
keywordtool.io
Ubersuggest
Kebiasannya jika anda merupakan seorang Pro SEO majoriti akan menggunakan keyword tool berbayar seperti:
SEMrush
Ahrefs
KWFinder
Dan lain-lain.
Kelebihan guna tool berbayar ialah kita akan dapat data yang lebih cepat dan data yang lebih banyak. Sudah tentu kita akan dapat banyak ciri tambahan yang banyak memudahkan untuk buat keyword research.
Bonus: Cara untuk Gali Top Keyword Website Pesaing
Ini adalah trik yang diajar oleh Brian Dean dari Backlinko untuk kenal-pasti apakah top keyword daripada website pesaing.
Bila guna cara ini akan dapat lebih banyak keyword berkaitan yang kita tak pernah terfikir selama ini. Maksudnya dapat keyword-keyword yang rare tetapi tak ramai orang guna.
Sebelum kita nak gali, pastikan dahulu ada Gmail yang aktif dan akaun Google Ads.
Jadi caranya:
Pergi ke Google Keyword Planner (GKP) dan sign in Google Ads.
Pilih Discover new keywords.
Pilih tab START WITH A WEBSITE.
Dalam tu kita letak URL website pesaing kita, pilih Use only this page.
Contoh saya sambung sebelum ini, saya search keyword buat website. Dan dapat beberap top website yang ranking untuk keyword tersebut, apa yang saya buat ialah copy URL website tersebut dan letak di dalam kotak Enter a domain or a page to find keywords.
Akhir sekali klik GET RESULTS.
Maka anda dapat keyword-keyword lain yang berkaitan.
Tumblr media
Sekarang kita dah ada senarai keyword yang kita mahu buat konten dan untuk di-ranking, langkah seterusnya ialah kita nak tahu berapakah carian bulanan untuk sesuatu keyword supaya kita boleh anggar berapakah pelawat yang kita dapat bila kita buat konten tersebut.
3) Kenal-Pasti Carian Bulanan Sesuatu Keyword
Sebagaimana saya tulis dalam artikel SEO sebelum ini, jika kita berjaya ranking top 3 untuk sesuatu keyword maka kita akan dapat 50% daripada carian bulanan tersebut.
Contoh keyword: Buat website
Carian bulanan ada 5,000 orang cari. Jika kita konten yang kita buat berjaya ranking di tempat ketiga teratas maka kita akan dapat 50% daripada jumlah carian bulanan tersebut yakni 2,500 pelawat sebulan.
Sekarang, saya dah ada 10 keyword yang saya mahu buat konten untuk di-ranking dalam Google. Cuma tak pasti berapakah jumlah pelawat yang saya akan dapat bila buat konten tersebut.
Jadi, apa yang saya perlu buat untuk tahu carian bulanan untuk sesuatu keyword ialah:
Pergi ke Google Keyword Planner juga.
Masuk ke bahagian Get search volume and forecasts.
Masukkan keyword kita ke dalam kotak tersebut (Pastikan satu keyword satu baris).
Dan klik GET STARTED.
Dekat atas dia akan keluar summary macam ni:
Tumblr media
Impressions adalah jumlah carian bulanan. Dan kita boleh anggar 50% daripadanya boleh jadi pelawat ke website kita.
Sudah tentu ia bukan data yang tepat, sekadar anggaran. Mungkin kita hanya dapat 10% daripada impressions atau mungkin kurang. Seperti data di atas menunjukkan 600 klik bersamaan 600 pelawat daripada Google.
Poinnya di sini ialah bila kita buat keyword research kita nak tahu adakah keyword tersebut ada carian bulanan, jika tidak ada carian bulanan kita boleh skip keyword tersebut dan fokus kepada keyword yang mempunyai carian bulanan sahaja.
Jadi apa langkah seterusnya? Kita cipta konten yang mesra SEO untuk di-ranking.
Jika anda tidak tahu untuk cipta konten yang mesra SEO boleh dapatkan panduan SEO Algo Fixed. Di dalam panduan tersebut ada tunjuk cara untuk cipta artikel yang mesra SEO yakni senang nak ranking.
Dan terakhir sekali bila dah ada konten yang menghasilkan banyak pelawat organik, tangkap setiap pelawat untuk retargeting dengan FB Ads atau Google Display Ads dan tukarkan pelawat kepada pembeli jika kita ada jual produk atau servis.
Andai anda ada keyword tool yang lain daripada tool-tool di atas boleh kongsikan di ruang komen.
Article source here: Cara Buat Keyword Research untuk Cipta Konten yang Menghasilkan Pelawat Orgnik
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
Cara untuk Pengaruh Orang
Masa di Sungai Petani, saya sempat sertai bengkel Funnel yang dianjurkan oleh Tuan Zex Zharif.
Dalam kelas tersebut banyak sangat saya belajar.
Tentang fundamental marketing, tentang funnel dan bahagian paling penting ialah macam mana nak install believe sebab itulah kunci funnel.
Dalam kelas tersebut saya teringat beliau kongsikan cara untuk pengaruh orang.
Benda ni Tuan Zex Zhariff sendiri belajar daripada Frank Kern, beliau kata untuk pengaruh orang ada 3 cara atau peringkat.
Peringkat-1: Kita Kata Kita Hebat
Ramai orang bila nak suruh buat sesuatu atau pengaruh orang lain cara paling straightforward adalah dengan beri tahu buat sesuatu.
Contohnya:
Suruh suami pergi kedai beli barang.
Suruh orang beli produk.
Atau kata dekat orang kita boleh terbang.
Sangat susah untuk orang terpengaruh sebab kata-kata sekadar kata-kata.
Maka sebab itu ramai yang menggunakan pengaruh level-2 iaitu…
Peringkat-2: Orang Lain Kata Kita Hebat
Sambung contoh sebelum ini, kalau diri sendiri kata dekat orang lain yang diri boleh terbang.
Orang mungkin percaya, mungkin ada sesetengah kata gila.
Tetapi andai orang lain bagi testimoni yang kita memang boleh terbang maka mungkin orang akan percaya tetapi masih lagi was-was.
“Betul ke?”
Sebab itu cara paling berkesan untuk pengaruh orang dalam apa sahaja situasi ialah dengan…
Peringkat-3: Tunjukkan Kita Hebat
Tunjukkan terus kepada orang lain yang kita boleh terbang.
“Show don’t tell.”
Tak perlu explain panjang, demostrasi terus yang kita boleh buat apa yang kita claim. Lebih mudah daripada cuba meyakinkan orang dengan pelbagai cara.
Saya teringkat kisah Otis Elevator.
Tak silap saya masa era 1800, ramai orang takut naik lif sebab tali lif senang terputus dan ramai yang maut masa naik lif.
Hampir setiap minggu ada sahaja berita kematian daripada orang naik lif.
Jadi orang seram nak naik lif, disebabkan itu Otis ada ciptaan terbaru. Setiap kali lif terputus akan ada handbrake yang mencekam setiap tiang lif. Maksudnya anti-crash.
Masa Otis run iklan di majalah dan akhbar tak ramai yang percaya sebab orang masih lagi trauma dengan berita mati dalam lif.
Jadi, fikir punya fikir Otis memilih untuk demostrasi Otis Elevator dalam satu event.
Masa di event tersebut Otis upah sorang brader ni untuk potong tali lif lepas Otis naik elevator.
So orang ramai tengah berkumpul dan melihat Otis naik lif, lepas naik sahaja Otis kata ok kat brader tu terus brader tu potong tali lif.
Secara drastik terus terjunam lif semua orang takut melihat Otis nak mati tapi sebelum nak sampai tanah secara tiba-tiba lif berhenti dengan sendiri secara perlahan-lahan.
Semua orang terpegun melihat Otis Elevator, selepas itu Otis claim.
“As long As Otis Elevator.”
Lepas sahaja daripada demostrasi tersebut, ramai kontraktor guna teknologi lif Otis Elevator. Maka banyaklah bangunan pencakar langit terbina. Tamat.
Itulah sebaik-baik cara untuk pengaruh orang lain dengan demostrasi yang produk kita berkesan dan servis kita membantu.
Jadi macam mana kita nak demostrasi sesuatu produk atau servis kepada orang?
Cara untuk Demostrasi
Macam mana kita nak tunjukkan sesuatu yang kita boleh deliver apa yang dijanjikan?
Kebanyakkan masa cara paling mudah ialah dengan cerita.
Tak kiralah sama ada dalam bentuk video, audio atau text. Bila kita bercerita kita sebenarnya tengah memberi gambaran tentang sesuatu.
Dan manusia mudah ingat sesuatu bila ada gambaran. Atau pun perumpamaan.
Bila kita tonton, dengar atau lihat sesuatu yang familiar (biasa) maka lebih mudah untuk menerima melainkan kita belajar sesuatu yang baru lagi sukar untuk hadam.
Sebab itu cerita berkesan. Dan semua marketer yang hebat menggunakan cerita.
Andai anda nak belajar lebih dalam, maka saya syorkan anda belajar lebih dalam dengan Frank Kern.
Pergi sahaja YouTube dan cari channel beliau. Dalam video Frank Kern banyak sangat contoh-contoh yang beliau kongsikan.
Model sahaja apa yang berkesan.
Bila anda sudah bersedia, ini 2 cara saya boleh bantu anda:
1: Jika anda mahu dapatkan leads dan sales organik setiap hari, maka anda boleh sertai Online Coaching Marketing dengan Blog.
2: Jika anda mahu memiliki website yang convert, maka anda boleh dapatkan servis Buat Website yang Convert di sini.
Article source here: Cara untuk Pengaruh Orang
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
Laporan Bulanan September 2019
Bulan September adalah bulan paling terbaik buat saya.
Saya berjaya capai 3x kali ganda target sales yang ditetapkan. MasyaAllah. Sangat tak sangka, sangat luar biasa.
Walaupun begitu, saya tahu perkara ini berlaku bukan setiap bulan sebab dalan bisnes ada naik turunnya.
Bila naik maka wajib buat persiapan untuk bulan turun. Bila turun maka wajib fokus kembangkan aset.
Jangan pernah berhenti.
Jadi, ini sedikit sebanyak laporan untuk sepanjang bulan September 2019.
Saya mulakan dengan…
Baseline: Laporan Ogos 2019
Sebagaimana saya tuli dalam laporan sebelum ini, 5 metrik yang saya ukur iaitu:
Jumlah Jualan
Jumlah Klien/Pelanggan
Jumlah Prospek (Subscriber)
Jumlah Pelawat Unik
Jumlah Artikel
Laporan Julai OgosJualanRM 0RM XXXKlien/Pelanggan42Prospek (Subscriber)2257Pelawat Unik (UV)27451Artikel84
Anda boleh baca laporan penuh untuk bulan Ogos 2019 di sini.
Capai Target? Laporan Bulanan September 2019
Dalam laporan yang lepas ini target yang saya letak untuk bulan September 2019:
Sales: RM XXX. 2 kali ganda daripada bulan Ogos.
Artikel: Saya masih lagi nak maintain publish 4 artikel sebulan.
Pelawat Unik: Tetap nak target 1,000 pelawat sebulan. Sebenarnya memang sangat mudah nak capai pelawat sebanyak tu, dalam sehari pun boleh. Bila kita banyak share ke group-group FB dan profile FB sendiri (lagi-lagi FB yang ramai follower aktif, lagi mudah nak dapat pelawat yang banyak).
Subscriber: Target sehari 1 subscriber bersamaan 30 subscriber sebulan
Klien: Bulan september saya target 3 klien.
Berapa buruk, semua target yang saya tetapkan tidak berjaya dicapai. Tetapi berita baik target sales melebihi 3x daripada apa yang saya tetapkan.
Laporan Julai OgosSeptember (Target)September (Actual)JualanRM 0RM XXXRM XXXRM X,XXXKlien/Pelanggan4232Prospek (Subscriber)2257305Pelawat Unik (UV)274511,000238Artikel8443
Apa yang Berlaku Sepanjang September 2019?
Tak banyak yang berlaku dalam blog DanialAbdulRahim.com, bulan September saya banyak fokus kepada bisnes klien berbanding bisnes saya sendiri.
Saya banyak buat copywriting dan consult klien dalam pembinaan web. Dari SEO, Google Ads dan web conversion.
Sebab itu saya jarang hantar emel dan update artikel terbaru dalam blog sendiri.
Walaupun begitu, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada saya sehingga kini. Baru 3 bulan aktif sepenuhnya dalam pembinaan blog sendiri dah banyak perkara luar biasa berlaku.
Kebiasaannya kalau nak diikutkan pengalaman daripada pakar blog luar dan dalam negara, ramai yang kata blog ambil masa 3-6 bulan untuk dapat hasil. Ada sesetengah kata seperti Income School cakap blog ambil masa 2 tahun untuk betul-betul matang dan berikan hasil yang konsisten.
Bagi saya blog ialah game long-term. Ramai yang tak sanggup buat dan redah sebab ramai orang fikir kena banyak invest masa dan modal pada fasa permulaan.
Tetapi bagi saya memang betul blog leceh dan penat bila kita buat sesuatu tak nampak hasil, tak ada ganjaran. Cuma kalau bukan sekarang bila lagi? Sebab bila dah berhasil, bila dah matang maka ia tak berhenti menghasilkan buah.
Cuma jangan lupa renew domain dan hosting sudah, nanti jadi macam kisah saya. Habis semua usaha jadi sia-sia. Akan kongsikan pada pos akan datang
Tumblr media
Apa Seterusnya?
Sekarang dah bulan 10, 2019. Lagi 3 bulan masuk tahun 2020. Sebenarnya tahun 2019 saya decide untuk berehat selepas setup company dari zero to 6 figure per month.
Tahun 2020 baru buat kerja gila-gila balik.
Alhamdulillah, Insya-Allah awal bulan 11 saya dijemput lagi untuk setup company baru di Sungai Petani, Kedah. Kali ini lebih fokus kepada produk digital dan marketing agency.
Tak sabar saya nak grow company dari zero. Satu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.
Untuk blog DanialAbdulRahim.com saya masih lagi update seperti biasa. Selepas ini saya tukar gameplan. Saya akan fokus untuk banyakkan launch produk digital. Sekurang-kurangnya launch 1 produk setahun. Dan penghujungnya nanti saya follow bisnes model Ben Settle, one email per day.
Target Oktober 2020
Untuk bulan 10 ini mungkin juga saya kurang update blog sebab bulan 10 ini saya akan banyak fokus kepada launching produk bersama partner saya Insya-Allah.
Ini target saya untuk blog DanialAbdulRahim.com:
Jumlah Jualan: RM X,XXX
Jumlah Klien/Pelanggan: +3
Jumlah Prospek (Subscriber): +10
Jumlah Pelawat Unik: +500 Pelawat
Jumlah Artikel: +4
Jumpa lagi.
~Danial.
Bila anda sudah bersedia, ini 2 cara saya boleh bantu anda:
1: Jika anda mahu dapatkan leads dan sales organik setiap hari, maka anda boleh sertai Online Coaching Marketing dengan Blog.
2: Jika anda mahu memiliki website yang convert, maka anda boleh dapatkan servis Buat Website yang Convert di sini.
Article source here: Laporan Bulanan September 2019
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
Cara Tulis World-Class Copywriting Walaupun Masih Newbie
Bayangkan seorang copywriter yang totally zero.
Tak tahu langsung tentang copywriting.
Selepas beberapa bulan dilatih boleh tulis sales letter berpuluh muka surat yang menghasilkan sales jutaan dollar dan ribuan pembeli baru.
Dengar macam mustahil, tapi itulah yang berlaku dalam Agora Financial.
Sebuah syarikat yang menjual newsletter kewangan.
Macam mana Agora buat? Macam mana ketua copywriter atau Copy Cheif di Agora Financial train copywriter beliau?
Apa rahsianya?
Kuncinya terletak pada….
Copy Boarding
Copy boarding lebih kurang sama seperti StoryBoarding.
Setiap cerita boleh dipecahkan kepada scene.
Dan setiap satu scene merupakan satu kotak atau papan.
Bila digabungkan kesemua scene maka terjadilah sebuah cerita.
Sama juga dengan copy boarding.
Sebuah sales letter yang panjang dipecahkan kepada beberapa kotak.
Jadi itulah apa yang Copy Cheif buat dalam Agora Financial.
Proses Agora Financial buat untuk hasilkan sales letter yang padu ialah siapkan dahulu draf dalam copy boarding kotak demi kotak.
Selepas itu hantar draf copy boarding kepada copy chief untuk lihat sama ada lepas atau tidak.
Persoalannya sekarang…
Apa Kotak yang Penting dalam Copy Boarding?
Asas copywriting wajib ada?
Headline
Intro (atau sebenarnya dipanggil The Lead)
Offer
CTA = Call To Action
Penuhkan dahulu maklumat dalam 4 kotak tersebut. Barulah tambah lagi kotak tambahan jika perlu.
Bila dipecahkan begini maka mudah untuk buat copywriting.
Setelah siap kesemuanya kita camtumkan dengan segue supaya flow bacaan lancar dan mudah untuk dihadam.
Itu Je?
Sudah tentu banyak lagi teknik Agora Financial ajar kepada copywriter mereka. Copy boarding baru satu teknik yang diajar.
Kalau nak diikutkan sangat besar chapter copywriting ni. Saya sendiri pun masih belajar copywritin (atau lebih tepat direct-response advertising) daripada zaman awal 1900 sehingga kini tak pernah putus dengan ciptaan terbaru teknik copywriting.
Apapun asasnya tetap sama. Kita menjual kepada manusia dan manusia yang membeli.
Kenal manusia, faham kenapa manusia beli, faham kenapa kita membeli sesuatu sebab kita sendiri pun manusia juga.
Jadi kenal diri, kenal-lah manusia maka kenal-lah sesuatu market.
Sudah tentu lain orang lain sebab membeli. Sebab itu kita kena kenal-pasti apakah core desires orang membeli sesuatu.
Cara untuk tahu nak tak nak kena buat market research.
Lagi banyak kita kaji, lagi banyak buat persediaan maka lagi mudah untuk buat copywriting.
Bak kata Ben Settle:
“The answer always in the market.”
Jumpa lagi.
~ Danial Abdul Rahim.
Bila anda sudah bersedia, ini 2 cara saya boleh bantu anda:
1: Jika anda mahu dapatkan leads dan sales organik setiap hari, maka anda boleh sertai Online Coaching Marketing dengan Blog.
2: Jika anda mahu memiliki website yang convert, maka anda boleh dapatkan servis Buat Website yang Convert di sini.
Article source here: Cara Tulis World-Class Copywriting Walaupun Masih Newbie
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
5 Jenis Website – Yang Mana Satu Pilihan Anda?
Setiap kali ada klien yang nak bina website, soalan pertama yang saya selalu tanya ialah, “Website macam mana yang anda nak.”
Kebanyakkan masa majoriti klien tak tahu website apa yang dimahukan.
Saya faham bukan salah klien sebab mereka sendiri masih baru dan tak tahu jenis website apa yang sesuai lagi terbaik untuk dibina.
Saya terfikir, “Andai saya buat artikel untuk terangkan semua jenis website yang ada, dan klien sendiri boleh buat pilihan kan lebih mudah.”
Jadi ini 5 jenis website yang kita boleh buat.
1. Minisite
Kebanyakkan, inilah pilihan website yang paling popular dan ramai orang suka buat sebab ia single page dan terus fokus kepada produk atau servis yang dijual.
Nama lain minsite ialah sales page.
Kedua-duanya fungsinya sama untuk dapatkan prospek dan jualan.
Panjang pendek sesuatu minisite bergantung kepada apa yang dijual (market & product awareness). Jika yang dijual itu sesuatu yang kompleks, ramai orang tak tahu dan memerlukan penerangan yang panjang maka panjanglah.
Jika tidak andai kita jual servis seperti car wash, kereta sewa, cuci karpet maka penerangan ringkas sudah mencukupi sebab orang dah tahu apa yang ditawarkan.
Ini beberapa contoh Minisite + Payment Gateway yang saya buat:
Meeracle
Tinted Magic
Khaf Cosmetics
2. Blog
Web-Log atau blog ialah sebuah website yang sentiasa dikemaskini.
Kalau offline kita ada majalah atau surat khabar, dalam dunia online blog adalah peganti tersebut.
Terus terang saya katakan tak ramai yang fokus kepada pembinaan blog oleh kerana ramai yang tak tahu kelebihannya.
Blog sangat bagus untuk:
Tingkatkan kepercayaan prospek untuk membeli dengan mudah.
Untuk dapatkan prospek baru.
Bina awareness tentang produk.
Follow-Up – Setiap konten baru kita update ibarat follow-up prospek dan pembeli.
Enjin trafik – Bayangkan kita ada kedai yang setiap hari beratus dan beribu orang masuk secara percuma itulah kuasa blog.
Sudah tentu nak capai ke level tersebut ambil masa. Blog bukan dibina sehari dua terus dapat sambutan hangat melainkan kita dah banyak laburkan masa, konten berkualiti serta marketing-kan blog tersebut dari segi SEO, social media dan paid ads.
Ibarat kita tanam pokok buah. Kita labur masa 3-5 tahun untuk besarkan pokok tersebut. Tetapi bila dah matang terus-menerus ia memberikan hasil.
Malangnya tak ramai yang sanggup buat dan hadap. Dan ini adalah satu kelebihan kepada siapa yang sudi redah.
Contoh blog yang popular:
The Vocket
Amanz
Siakap Keli
Sirap Limau
TheAsianParent
Saya banyak nasihatkan klien fokus bina minisite terlebih dahulu selepas dah dapat hasil barulah fokus kembangkan blog.
3. Corporate/Company Website
Saya jarang bina website jenis corporate/company sebab ia banyak ambil masa untuk dibina dan kebiasannya harga website jenis ini mahal (bergantung kepada servis, kali terakhir saya buat bersama rakan RM5k)
Company website lebih kepada untuk mempersembahkan jenama sesuatu syarikat atau organisasi.
Contoh website seperti Tenaga Nasional Berhad, UniKL, Care.org.
4. E-commerce Website
Sebagaimana namanya commerce bermaksud perdangan. Website jenis ini fokus kepada jual banyak produk ibarat marketplace atau pasaraya.
Sebelum wujud internet kita banyak survey produk di katalog betul?
Jadi dalam dunia online katalog produk ialah e-commerce.
Contoh e-commerce yang popular di Malaysia sekarang ialah Shopee dan Lazada.
Sekarang sudah banyak platform yang menyediakan servis untuk buat website e-commerce sendiri seperti Shopify, EasyStore, OpenCart dan WooCommerce.
Lagi mahal sesuatu platform itu maka lagi mudah untuk digunakan.
Setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Setakat ini saya banyak guna WooCommerce yang intergrate dengan WordPress.
5. Funnel Website
Funnel dalam bahasa mudah ialah perjalanan dari pelawat menjadi pembeli.
Funnel = Flow.
Dan rahsia funnel terletak pada ayat ini:
“What they need to believe in order to buy.” ~ Todd Brown.
Maksudnya apa yang prospek perlu tahu dan percaya terlebih dahu sebelum membeli.
Dan seterusnya susun konten mengikut flow dan beri konten tersebut kepada propsek.
Kebiasannya website jenis funnel mengandung 2 atau 3 page.
Page pertama presell tentang masalah dan penyelesaian.
Dan page kedua fokus kepada produk atau servis. Kenapa mesti beli produk kita berbanding produk lain.
Berdasarkan kajian dan pengalaman saya sendiri, marketer pertama yang cipta funnel jenis begini ialah Andre Chaperon.
Beliau merupakan founder Autoresponder Madness dan Sphere of Influence. Anda boleh belajar funnel lebih dalam daripada beliau.
Ini antara contoh funnel beliau:
Manifesto: Product Launch Marketing
Manifesto: Empathy-Driven Marketing
Bagaimana Pula dengan Landing Page?
Landing page bermaksud sebuah page yang fokus kepada call-to-action.
Landing page ada 2 jenis:
Sales page (minisite).
Squeeze page (lead-magnet, lead-generation) – Page yang fokus untuk dapatkan leads, contoh Panduan Membina Tawaran Meleleh.
Website Jenis Macam Mana yang Sesuai untuk Anda?
Jika ada produk atau servis yang mahu dijual, maka minisite atau sales page sudah memadai.
Melainkan kalau ada banyak produk yang mempunyai pelbagai variasi maka website e-commerce paling sesuai.
Dan funnel, bagi saya sangat sesuai kalau kita mahu buat marketing breakthrough.
Produk dah mati tak lepas FB Ads dan mahu hidupkan semula?
Produk baru dalam market dan nak dapatkan ledakkan sales yang banyak?
Susah nak close? Kena follow-up banyak kali baru beli?
Maka funnel sangat sesuai.
Semua orang boleh buat funnel. Cuma nak dapatkan funnel yang convert bukan senang. Untuk dapatkan funnel yang convert kena buat banyak market research dengan mendalam. Sebab itulah kunci funnel yang convert.
Bila anda sudah bersedia, ini 2 cara saya boleh bantu anda:
1: Jika anda mahu dapatkan leads dan sales organik setiap hari, maka anda boleh sertai Online Coaching Marketing dengan Blog.
2: Jika anda mahu memiliki website yang convert, maka anda boleh dapatkan servis Buat Website yang Convert di sini.
Article source here: 5 Jenis Website – Yang Mana Satu Pilihan Anda?
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
Laporan Bulanan Ogos 2019
Masa saya setup company bersama partner dulu di Sungai Petani, hari yang paling seronok ialah ketika awal bulan yakni 1 hari bulan sebab hari tersebut saya banyak laporan bulanan.
Berapa total sales.
Berapa kos iklan.
Berapa Return on Ads Spend (ROAS).
Itu untuk , belum lagi kira bahagian setiap seorang staff sales.
Kalau ada 10 orang staff sales maka kena buat 10 report. Itu baru 10 orang. Saya pernah consult company yang handle lebih 50 orang team sales. Maksudnya seorang admin kena buat report untuk 50 orang staff.
Dan kena siapkan dalam masa sehari. Saya tak tahu macam mana admin tersebut boleh buat tetapi saya kagum sebab saya sendiri paling banyak pernah buat pun dalam 20 orang.
Saya suka buat laporan bulanan sebab banyak yang saya belajar daripada laporan tersebut.
Kalau sales naik mesti ada sebab, kalau drop juga mesti ada sebab.
Melihat punca, kenal-pasti apa masalahnya dan berikan beberapa solusi kepada masalah tersebut.
Kebanyakkan masa masalah utama dalam team sales ialah leads.
Sudah cukup sudah, sekarang kembali kepada asal.
Jadi habit saya masa setup company dahulu saya bawa ke DanialAbdulRahim.com.
Dan pesan Jay Abraham dalam buku How To Think Like A Marketing Genius:
“What get measured, get improved.”
Memang tak dinafikan, banyak perubahan saya nampak.
Laporan Bulanan Ogos 2019
Dalam membuat laporan bulanan saya selalunya pecahkan dalam 3 bahagian:
Baseline
Target/Projection
Achieve?
Baseline: Di Mana Sekarang
Sebelum kita nak pergi ke sesuatu destinasi, kita kena tahu dahulu di mana kita sekarang supaya kita nampak dengan jelas berapa banyak lagi langkah perlu diambil untuk capai ke destinasi yang ditentukan.
Baseline yang saya selalu ambil ialah bulan lepas vs bulan sekarang.
Dan data yang mahu diukur berbeza mengikut jenis bisnes.
Untuk blog DanialAbdulRahim.com ini data yang saya pilih untuk ukur:
Jumlah Jualan
Jumlah Klien/Pelanggan
Jumlah Prospek (Subscriber)
Jumlah Pelawat Unik
Jumlah Artikel
Laporan Julai 2019
Jumlah Jualan: 0
Jumlah Klien/Pelanggan: 0
Jumlah Prospek (Subscriber): 225
Jumlah Pelawat Unik: 27
Jumlah Artikel: 8
Saya beli domain DanialAbdulRahim.com pada 9 Januari 2019. Mula aktif sepenuhnya pada pertengahan Julai 2019.
Malangnya, saya dah install Google Analytics di Google Tag Manager tetapi terlupa install code GTM ke website. Sebab itu pelawat unik hanya 27 orang. Ikutkan mungkin lebih banyak daripada itu.
Untuk subsriber saya import daripada blog lama sebelum ini iaitu SeniBinaBlog.com.
Saya ada blog satu lagi, juga akan import database subsriber daripada blog tersebut.
Target/Projection: Ke Mana Mahu Pergi
Pada bulan Ogos 2019, baru saya betul-betul fokus untuk grow-kan blog DanialAbdulRahim.com.
Bulan pertama ini saya target tak banyak, sekadar ada penambahbaikan sedikit berbanding bulan sebelumnnya.
Blog baru (bulan pertama) sangat jarang untuk tiba-tiba dapat pelawat yang banyak melainkan dah ada artikel yang banyak dan banyak spend ke paid ads.
Jadi ini projection yang saya target untuk bulan Ogos 2019:
Jumlah Jualan: +RM xxx
Jumlah Klien/Pelanggan: +1
Jumlah Prospek (Subscriber): +30
Jumlah Pelawat Unik: +1,000
Jumlah Artikel: +4
Capai Target?
Ini apa yang berlaku pada bulan Ogos 2019:
Jumlah Jualan: +RM xxx
Jumlah Klien/Pelanggan: +2
Jumlah Prospek (Subscriber): +7
Jumlah Pelawat Unik: +451
Jumlah Artikel: +4
Saya berjaya capai target jualan dan klien. Malah lebih 2x daripada projection yang ditetapkan. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua klien yang sudi dapatkan Servis Bina Website yang Convert.
Untuk jumlah subsriber, saya berjaya peroleh 7 subsriber baru. Mungkin sebab tak banyak pelawat masuk ke lead magnet yang saya buat.
Unique visitor dapat 451 pelawat baru. Saya tak banyak promote ke Facebook, hanya sekadar fokus kepada SEO dan database sedia ada sahaja.
Dan saya berjaya publish 4 artikel sebulan.
Apa yang Berlaku Sepanjang Ogos 2019?
Pertama-tama, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Guru Suffian Salahuddin yang sudi mention saya di FB beliau.
Daripada situ banyak pelawat dan leads yang saya terima.
Tak dilupakan juga kepada 2 klien yang sudi dapatkan Servis Website yang Convert.
Banyak saya belajar tentang bisnes aksesori kereta dan team building camp.
Berjaya tulis 4 artikel baru:
Cara Nak Hidupkan Semula “Dead List” dengan 9 Perkataan Ini
Review Teknik SEO Algo Fixed (TeknikSEO.my) – Panduan SEO Bahasa Malaysia
Apa Itu SEO? Panduan SEO untuk Orang Baru
Review Kelas Google Ads Pahlawan Bisnes
Launch lead magnet baru iaitu Panduan Membina Tawaran Meleleh, bagaimana untuk buatkan prospek tak sabar membeli.
Tukar theme baru. Saya dapat tahu theme ini daripada blog Perry Belcher, co-founder Digital Markter.
Dan update homepage ke design yang baru.
Apa Seterusnya?
Saya teringat sub-tajuk buku The Laws of Lifetime Growth oleh Dan Sullivan:
Always make your future bigger than your past.
Sudah tentu saya mahu kembangkan lagi aset sedia ada. Kembangkan lagi artikel yang ada.
Pesan Tuan Guru Inche Hujan. Beliau pesan, fokus kembangkan 7 aset ini:
Blog
Untuk kembangkan blog ialah sentiasa tambah artikel atau konten baru.
Target 300, 500, 700 artikel. Lagi banyak artikel maka lagi banyak pintu masuk seterusnya lagi banyak trafik yang dijana.
Database
Sama juga fokus kembangkan database prospek, pembeli dan agen. 3000, 5000, 7000 dan 15000 database.
Knowledge
3, 5, 7 buku sebulan.
Meditasi
Gold
Outsource
Network
Bila saya fokus pada 7 aset ini baru saya faham setiap satu aset berkait antara satu sama lain. Kita tak akan boleh tulis artikel yang banyak melainkan kita tak ada knowledge baru. Sebab itu disarankan untuk baca buku. Dan tanpa artikel yang baru, maka tiada trafik yang masuk. Lantas memberi kesan kepada tiada database baru masuk.
Itu baru 3 aset utama, belum lagi masuk bahagian yang selebihnya. Bila kita dah ada kapasiti dan terus kembangkan aset sedia ada maka banyak miracle berlaku dalam kehidupan kita.
Jadi sekarang saya nak kekalkan bina habit tulis 4 artikel sebulan dan sekurang-kurangnya 3 emel seminggu.
Saya masih lagi sangkut untuk kekalkan menulis 300-500 patah perkataan sehari.
Mungkin tak tahu nak tulis apa? (Kena banyak baca buku atau kena bua market research) Atau masih lagi tak jelas apakah topik atau niche yang patut saya fokus.
Apapun, tujuan utama saya ialah untuk kembangkan aset sedia ada. Mulakan sekarang. Walaupun lambat, bila aset dah matang ia memberikan hasil yang banyak tanpa henti.
Dalam bahasa lain bina paip wang yang terus-menerus membawa masuk duit.
Dan tujuan saya grow blog DanialAbdulRahim.com adalah untuk melihat berapa lama masa yang diambil dan apa yang perlu dibuat untuk bina blog yang jana RM 6 angka setahun secara konsisten yang sumber utama pendapatannya daripada affiliate atau menjual produk digital.
Saya tahu ramai blogger underground yang dah berjaya capai level ini terutama dalam niche kerjaya. Tetapi bagaimana pula untuk niche yang lain? Mungkin ada cuma saya masih tak tahu lagi.
Doakan saya berjaya.
Juga, saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.
Jumpa lagi.
~ Danial Abdul Rahim.
Article source here: Laporan Bulanan Ogos 2019
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
Review Kelas Google Ads Pahlawan Bisnes
Dalam artikel ini saya kongsikan Review Kelas Google Ads Pahlawan Bisnes.
Pada ahad lepas, saya pergi kelas Google Ads yang dianjurkan oleh Pahlawan Bisnes di Ipoh, Perak.
Kelas ini diajar oleh salah seorang Google Ads Partner iaitu Tuan Adlan Khalidi.
Bila saya kaji tentang Google Ads Partner, baru saya tahu bukan senang nak jadi Google Ads Partner.
Syaratnya kita kena spend ads minima RM40,000 dalam masa 90 hari dan lulus ujian yang diberikan.
Dalam kelas Google Ads ni banyak yang saya belajar dan sangat rugi siapa yang tak join sebab Tuan Adlan tak kedekut ilmu. Share habis apa yang beliau tahu.
Ini 3 Perkara Saya Belajar daripada Kelas Google Ads Pahlawan Bisnes.
1: Google Ads Conversion
Sebelum ni saya memang pernah buat Google Ads (atau AdWords). Tapi majoriti saya banyak fokus kepada Click-Through-Rate (CTR) semata-mata.
Saya ingat lagi tinggi CTR, maka lagi bagus. Tetapi sebenarnya tidak.
Sebab ada keyword yang CTR tinggi yakni ramai orang tengok iklan kita di Google dan banyak masuk ke website. Bila tengok balik sebenarnya tak ramai yang convert kepada leads.
Ada juga ads yang CTR rendah tetapi bila tengok kepada conversion. Orang yang jadi leads lagi ramai berbanding ads yang CTR tinggi.
Contoh untuk mudah faham:
Iklan-A: 100 orang view iklan-A > CTR 20% > 20 orang masuk ke website > 1 orang yang jadi leads.
Iklan-B: 100 orang view iklan-B > CTR 10% > 10 orang masuk ke website > 5 orang yang jadi leads.
Jadi mana satu fokus kita? Sudah tentu ads dan keyword yang beri conversion yang paling banyak iaitu iklan-B betul?
Kita spend iklan supaya kita dapat sales atau leads. Supaya kita dapat sesuatu yakni kita invest RM1 dapat balik pulangan RM2 atau lebih.
Itu fokus kita betul? Jadi sebelum ni saya hanya tahu iklan yang CTR tinggi bagus, tetapi sebenarnya tidak. Sekarang saya dah tahu apa yang penting dan macam mana nak pasang conversion dalam website.
2: Pasang Custom Conversion
Kebiasannya untuk website ecommerce, pasang tracking conversion dalam website lebih mudah. Terutama yang guna platform seperti EasyStore, Shopify dan WooCommerce.
Tetapi macam mana pula untuk orang yang main conversion-nya ialah ke WhatsApp? Macam mana kita nak track orang yang masuk ke WhatsApp?
Solusi mudah yang diajar semalam ialah dengan guna redirect page.
Dalam page tersebut kita letak kod conversion dan auto re-direct ke WhatsApp.
Baru faham macam mana nak buat.
3: Fungsi Ad Group
Saya mengaku, sebelum ini buat Google Ads main bedal je. Ad Group ni saya tak tahu pun fungsinya untuk apa.
Tapi bila saya belajar dan belajar. Belajar Facebook Ads. Baru faham Ad Group dengan Ad Set fungsinya lebih kurang sama.
Kalau di Facebook Ads, Ad Set digunakan untuk setup targeting. Kita boleh setup targeting yang macam mana untuk sesuatu Ad Set.
Maksudnya, lagi banyak ad set maka lagi banyak targeting yang kita boleh buat.
Jadi, sama juga seperti Ad Group.
Untuk Ad Group kita guna untuk pecahkan targeting dengan keyword yang kita mahu target.
Jadi kita boleh tahu keyword mana yang lebih keyword dan rupa-rupanya boleh kita susun ikut targeting masing-masing ia memberi kesan kepada Qualiti Score (maksudnya qualiti iklan) lalu jika Quality Score kita baik dan bagus maka iklan kita boleh dapat murah serta rank dan CTR yang tinggi.
Kesimpulan: Patutkah Anda Sertai Kelas Ini?
Jawapan ringkas: Ya, anda patut sertai kelas ini.
Walaupun begitu, sekurang-kuragnya anda kena biasakan tengok interface Google Ads terlebih dahulu.
Explore dahulu Google Ads ni apa dan apa lagi boleh buat dengan Google Ads. Bila dah biasa dan rasa stuck tak tahu apa lagi boleh buat, maka sertailah kelas ini.
Sangat berbaloi bagi saya dengan harga yang murah. (Mungkin sebab saya newbie tu yang teruja.)
Dan diksempatan ini, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada guru AdWords pertama saya iaitu Tuan Azrain Alaman yang banyak ajar saya pada awal pengenalan Google Ads pada tahun 2016.
Beliau sangat pemurah. Setiap kali terjumpa beliau di kedai makan, tak pernah tak belanja. Saya sangat berterima kasih atas jasa yang beliau berikan.
Terima kasih juga kepada Tuan Adlan Khalidi yang sudi mengajar. Daripada pagi sampai ke petang.
Sudah tentu juga kepada Tuan Azham Zanal yang sudi invite saya ke Kelas Google Ads Pahlawan bisnes ini. Banyak yang saya belajar daripada beliau.
Dan tak disangkakan mentor yang saya hormati daripada Sungai Petani Tuan Guru Suffian Salahuddin turun padang belajar bersama.
Jika anda mahu sertai Kelas Google Ads Pahlawan Bisnes pada masa akan datang, boleh lawati website:
PahlawanBisnes.com
Bila anda sudah bersedia, ini 2 cara saya boleh bantu anda:
1: Jika anda mahu dapatkan leads dan sales organik setiap hari, maka anda boleh sertai Online Coaching Marketing dengan Blog.
2: Jika anda mahu memiliki website yang convert, maka anda boleh dapatkan servis Buat Website yang Convert di sini.
Article source here: Review Kelas Google Ads Pahlawan Bisnes
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
[Ebook Percuma] Panduan Membina Tawaran Meleleh
Tawaran Meleleh? Untuk apa ini?
Jika anda mengalami masalah:
Bila tengah bulan je sales slow
Prospek susah nak membeli
Pesaing selalu main harga
Sales drop
…dan mahu buatkan prospek tak sabar nak beli produk atau servis yang anda jual walaupun jual lebih mahal daripada pesaing.
Maka saya jemput anda dapatkan ebook percuma ini di sini: Ebook Panduan Membina Tawaran Meleleh
Article source here: [Ebook Percuma] Panduan Membina Tawaran Meleleh
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
Apa Itu SEO? Panduan SEO untuk Orang Baru
SEO dalam bahasa mudah ialah mengoptimasikan web supaya mendapat ranking dalam carian apabila ada orang cari sesuatu keyword.
Saya bagi contoh supaya mudah faham.
Katakanlah setiap bulan ada 9,900 orang cari: resepi kek coklat, di Google.
Dan web kita ada menulis tentang resepi tersebut.
Andai ada 9,900 orang cari maka sepatutnya kita dapat 9,900 pelawat dari Google betul?
Tapi, kenapa kita tak dapat pun pelawat sebanyak itu dari Google. Sekadar belas-belas pelawat sahaja dari Google.
Maksudnya web kita tak SEO-kan sebaiknya. Sebab itu kita tak dapat pelawat yang banyak.
Jadi wujudlah SEO untuk membuatkan web kita mendapat pelawat yang banyak dari Google.
Cara untuk mendapat pelawat yang banyak sudah tentulah web kita mesti berada di 1st page dalam Google.
Dan mendapat tempat 3 teratas.
Kenapa 3 teratas? Berdasarkan kajian yang dibuat oleh pakar SEO web bila kita berada pada kedudukan 1st page dan 3 teratas maka kita berpotensi untuk mendapat 50% daripada carian bulanan.
Bayangkan ada 9,900 orang cari setiap bulan maka 50% yakni 4950 pelawat sebulan berpotensi masuk ke web kita.
Paling best pelawat tersebut semua adalah percuma dan selagi mana ada tiada pesaing berjaya mengalahkan SEO web kita maka selagi itulah kita berada di tempat teratas.
Sekarang pertanyaan yang ditunggu-tunggu ialah…
Bagamana kita nak SEO-kan website kita?
…dan apa faktor yang menyebabkan web kita berada di kedudukan yang tinggi di dalam carian?
Cara dan faktor ada banyak dan sangat banyak (lebih 200 faktor ranking), tetapi bagi saya dalam dunia SEO 3 asas SEO ini yang perlu kita kuasai:
#1: Content (Keyword) Optimization
Dalam SEO segala-galanya bermula dengan keyword.
Kenapa mula dengan keyword? Saya bagi perumpaan supaya mudah faham.
Bayangkan kita mahu memancing ikan. Kita mengail ikan di tempat A. Guna umpan yang terbaik, joran yang banyak tapi selepas berjam-jam lamanya seekor ikan pun langsung tak dapat.
Dan keesokkan harinya mancing pula di tempat B. Apa yang menariknya baru je mengail tak sampai 10 minit dah dapat seekor ikan.
Sekarang apa kaitan dengan keyword? Kaitannya kalau kita salah pilih keyword yang mahu rank dalam contoh tadi salah pilih tempat memancing maka seorang pelawat pun kita tak dapat.
Jadi bila memilih keyword, pastikan kita pilih keyword yang ramai orang cari.
Andai carian bulanan keyword kita target tiada orang cari, maka kita buat kerja sia-sia.
Jadi macam mana kita nak tahu carian bulanan sesuatu keyword?
Mula-mula sekali kena buat keyword research. Kita kena faham…
Jenis Keyword
Keyword ada 3 jenis:
Short-tail keyword: Keyword yang 1-2 patah perkataan.
Mid-tail keyword: Keywod yang kurang 3 patah perkataan.
Long-tail keyword: Keyword yang lebih 3 patah perkataan.
Kebiasaannya lagi panjang sesuatu keyword itu, maka lagi spesifik sesuatu carian seterusnya lagi mudah nak di-ranking dan lagi senang nak convert pelawat kepada pembeli.
Namun kekurangannya tak ramai orang cari keyword yang long-tail berbanding keyword yang short-tail.
Tumblr media
Sumber rujukan: Neil Patel.
Walaupun begitu, bagi permulaan kita fokus ranking long-tail keyword sebab mudah untuk di-ranking.
Dan majoriti yang cari keyword long-tail mempunyai niat yang jelas.
Mengenal-Pasti Niat Sesuatu Keyword (Keyword Intent)
Dalam setiap carian atau keyword yang dicari ada niat atau tujuan disebaliknya. Adakah keyword yang dicari itu untuk mencari maklumat? Menyelesaikan masalah? Atau untuk membeli sesuatu?
Atau dalam SEO kita pecahkan niat pelawat kepada 3 jenis:
1) Informational Keyword: Kebiasannya orang cari keyword ini untuk mencari sesuatu maklumat.
Contoh keyword: tips, petua, cara dan sewaktu dengannya.
Keyword jenis informational ini bagus untuk ditarget dan di-ranking oleh kerana ramai orang cari dan bila ramai orang cari sangat bagus untuk kumpul audience/pixel di retarget iklan semula kepada pelawat yang pernah masuk ke website kita.
2) Navigational keyword: Keyword untuk mencari sesuatu jenama, syarikat atau produk.
Contoh keyword: facebook, youtube, siti nurhaliza dan sewaktu dengannya.
Kebiasannya keyword jenis navigational ini agak sukar untuk diranking sebab ia lebih kepada keyword short-tail (1 perkataan sahaja) bermaksud orang yang mencarinya hanya sekadar mahu tahu tentang sesuatu contohnya keyword baseball.
Jadi sebaiknya elakkan untuk fokus ranking keyword begini.
Buying (Transactional) Keyword: Keyword untuk mencari sesuatu tawaran.
Contoh keyword: kupon kereta axia, review seo algi fixed, bonus, diskaun, testimoni, beli, perbandingan, produk, skincare terbaik dan sewaktu dengannya.
Majoriti yang mencari keyword jenis transcational fokus nak membeli. Orang yang mencari keyword ini kebiasaannya dah tahu tentang produk atau servis tinggal nak cari tawaran yang terbaik sahaja dan sudah tentu tak ramai yang cari sebab ia keyword long-tail. Walaupun begitu conversion rate tinggi.
Jadi kita boleh fokus untuk ranking keyword ini.
Cara untuk Buat Keyword Research
Sekarang kita masuk ke bahagian praktikal.
Di sini kita akan belajar, macam mana kita nak kenal-pasti berapakah carian bulanan sesuatu keyword, macam mana nak tahu sesuatu keyword itu bagus untuk di-ranking dan apakah indikator keyword yang mudah untuk di-ranking.
Jadi, bila mana nak buat keyword research kita lihat 3 perkara ini
Carian Bulanan: Adakah keyword yang kita rank ramai orang cari?
Nilai CPC: Berapakah nilai Cost Per Click (CPC) keyword tersebut?
Pesaing: Adakah kita boleh buat konten yang lebih baik daripada website yang berada dalam top 5?
Untuk melihat berapakah carian bulanan dan nilai CPC sesuatu keyword, boleh guna keyword tools seperti:
Google Keyword Planner
Keyword Everywhere
Atau Ubersuggest daripad Neil Patel
Carian Bulanan
Kalau ramai yakni lebih seribu carian bulannya maka itu adalah petanda yang bagus.
Bagi saya walaupun carian bulanan tiada data keluar atau kosong tetap ada orang cari. Sebab tools ini hanya sekadar petunjuk atau anggaran bukan data yang tepat.
Sebab saya sendiri ada rank keyword yang tiada orang cari tetapi tetap ada order masuk. Sebab saya fokus kepada keyword yang convert (long-tail/buying keyword).
Tumblr media
Contoh carian bulanan (volume) daripada Keyword Everywhere
Nilai Cost Per Click (CPC)
Bila kita buat keyword research dan ada nilai CPC bermaksud ada orang buat iklan Google Ads untuk keyword tersebut. Di sini bermaksud bila ada orang buat iklan maka ada orang jual produk seterusnya ada orang membeli.
Dalam bahasa mudah nilai CPC menunjukkan keyword tersebut ialah buying keyword. Ia petanda yang bagus.
Website Pesaing
Seterusnya kita lihat kepada top 5 website pesaing. Di sini apa kita nak kaji dan lihat?
Tumblr media
Top 5 ranking untuk keyword resepi kek coklat.
Konten: Adakah kita boleh buat konten yang lebih panjang (lebih daripada 700 patah perkataan), lebih dalam dan terperinci berbanding website pesaing? Atau boleh buat sesuatu yang unik berbanding pesaing?
Backlink: Tak pasti apa itu backlink? Saya akan terangkan dibawah. Buat masa sekarang lihat backlink pada top 5 web page pesaing, berapa banyak backlink pada page pesaing. Lagi banyak backlink bermaksud lagi sukar untuk di-ranking. Kita boleh lihat backlink sesuatu website guna Ubersuggest.
Tumblr media
Contoh jumlah backlink
Setelah melihat konten dan backlink website pesaing dan tahu boleh buat lebih baik daripada pesaing maka kita masuk bahagian kedua iaitu…
#2: Web Page Optimization
Setelah selesai bab keyword, kita masuk pula bahagian mencipta konten yang mesra SEO. Atau dalam SEO kita panggil On-Page SEO Optimazation.
Di sini ada dua page yang perlu kita optimasikan. On-page SEO dan Off-Page SEO.
Apa Itu On-Page SEO?
On-page ialah page yang berada di dalam website(domain) kita. Setiap page yang berada dalam website kita boleh dioptimasikan sepenuhnya.
Apa yang boleh kita optimasikan agar mesra SEO?
Cara Optimasi On-Page SEO:
HTTPS – Google lebih mengutamakan website yang ada HTTPS website yang HTTP sahaja. Kerana website HTTPS lebih secure di mata Google. Kita boleh pasang HTTPS menggunakan Let’s Encrypt(kebiasaannya ada dalam web hosting panel) atau pun guna CloudFlare.
URL mesra SEO – URL selepas nama domain kita. Contohnya: danialabdulrahim.com/apa-itu-seo adalah URL yang mesra SEO, elakkan guna URL seperti ini danialabdulrahim.com/adf142123 sebab tiada keyword utama dalam URL tersebut. Dan elakkan juga guna breadcrumbs kerana ia sorokkan keyword kita pada URL.
Tajuk ada keyword utama – Andai buat konten tentang resepi kek coklat, letak keyword tersebut di depan bukan di belakang. Contohnya: Resepi Kek Coklat Moist yang Lazat Lagi Gebu.
H1-tag pada tajuk – Kebiasannya setiap theme yang kita guna sudah di-optimasikan untuk SEO. H1-tag pada tajuk utama hanya digunakan sekali sahaja. Elakkan guna secara berlebihan kerana ia boleh beri kesan negatif kepada SEO.
Letak keyword utama pada 160 patah perkataan pertama dan pada setiap sub-tajuk jika boleh.
Guna pelbagai media gambar, video dan audio yang sesuai dan ringan (kurang 100 KB). Dan setiap media letak keyword utama jika boleh.
H2-tag pada sub-tajuk – Guna sub-tajuk h2-tag ke bawah pada sub-tajuk.
Responsive view (mesra mobile) – Kebanyakkan theme terbaru sudah mesra mobile.
Letak keyword pada gambar – Terutama pada alt text.
Letak social sharing pada page – Supaya mudah untuk pelawat share dan seterusnya boleh tingkatkan ranking di dalam carian.
Tulis artikel yang panjang 700 patah perkataan ke atas.
Letak internal dan external link – Internal link ialah link-kan semula kepada domain/website asal kita. External link ialah domain/website selain domain asal kita.
Apa Itu Off-Page SEO
Off-Page ialah page yang berada di luar website(domain) kita.
Dalam bahasa mudah off-page memberi tahu kepada Google apakah website lain kata pada kita.
Macam mana Google tahu apa orang lain kata pada website kita? Berdasarkan backlink. Lagi banyak backlink berkualiti lagi relevan maka ia memberi tahu off-page SEO kita bagus seterusnya lagi tinggi ranking di dalam carian.
Kunci off-page SEO terletak pada backlink yang berkualiti dan releven.
Backlink dalam bahasa yang mudah ialah vote atau sharing, saya akan terangkan lebih dalam pada bahagian Links Optimization.
Backlink berkualiti ialah backlink daripada website yang lebih popular, lama serta tinggi domain authority.
Backlink releven ialah backlink yang sama niche. Website tentang diet backlink ke web tentang kurangkan lemak.
#3: Links Optimzation
Faktor paling terbesar dalam SEO ialah masaih lagi links atau orang SEO selalu panggil backlinks.
Backlink ialah vote atau dalam bahasa mudah share.
Contoh backlink: danialabdulrahim.com, kalau kita mention sahaja nama domain tak dikira sebagai backlink tetapi danialabdulrahim.com, yang ada hyperlink baru dikira sebagai backlink.
Lagi banyak backlink (share) maka lagi tinggi ranking website.
Kualiti VS Kuantiti
Fokus pada backlink yang berkualiti berbanding kuantiti.
Cara untuk kenal-pasti backlink berkualiti ialah website tersebut lagi popular (higher domain authority) daripada website kita.
Contoh website yang popular seperti Wikipedia, Quora dan sewaktu dengannya.
Jenis link:
Internal link – Link yang link-kan semula ke domain/website asal. Sebagaimana yang saya bagi contoh sebelum ini
External link – Link yang link-kan ke domain/website luar. Bukan ke domain asal.
Dofollow backlink – Backlink yang ada dofollow atau tiada nofollow pada link.
Nofollow backlink – Backlink yang ada nofollow pada link.
Cara untuk Bina Backlink
Cara cepat dan mudah sudah tentu share website kita ke social media yang ada. Facebook, Twitter, Pinterest, LinkedIn dan lain-lain.
Share ni tidak terhad kepada social media semata-mata, termasuk jugak share ke web, blog, forum mahupun di mana sahaja web online di internet.
Seterusnya cara lama yang masih lagi berkesan dan cara ini akan terus berkesan sampai bila-bila ialah blog walking. Dalam bahasa mudah ialah komen ke blog/website lain.
Dan banyak lagi cara untuk bina backlink, kita boleh bina secara percuma dan organik atau pun cepat dengan berbayar.
Tetapi jika website kita masih baru, usia 6 bulan ke bawah elakkan beli backlink berbayar sebab Google akan lihat ia tidak organik seterusnya melabel website kita sebagai spam dan website kita boleh kena ban.
Bonus: Domain Age & Google Sandbox
Dan sebagai tanda terima kasih kepada anda yang sudi baca sampai habis, saya mahu bagi bonus tambahan tentang Domain Age & Google Sandbox. Sebab ini antara topik yang perlu tahu andai website kita masih baru.
Apa Itu Domain Age?
Domain age ialah usia domain/website kita.
Kebiasaannya jika usia domain kita lagi lama lebih 6 bulan ke atas kebarangkalian untuk dapat ranking lagi tinggi daripada website yang usianya lagi muda daripada kita, lebih mudah.
Sebab itu jika kita mahu dapatkan ranking dengan cepat untuk website baru sebaik-baiknya beli expired domain, jika tidak kita terpaksa lalui fasa Google Sandbox.
Apa Itu Google Sandbox?
Google Sandbox dalam bahasa mudah fasa berpantang untuk domain(website) baru.
Kebiasannya dalam 3-6 bulan pertama website kita akan dikuarantin dan tidak keluar dalam carian.
Dalam fasa ini elakkan untuk bina backlink yang berlebihan. Sekadar share ke social media sudah mencukupi.
Tujuan Google Sandbox untuk melihat sama ada website kita spam, fake, scam atau sebenarnya website kita bersih dan selamat untuk pelawat. Maka selepas itu barulah keluar di dalam carian.
Masa Depan SEO
SEO akan datang terletak pada user experience. Ha apa tu? Maksudnya bila orang guna Google, Google mahu berikan pengalaman terbaik kepada penggunanya apabila menggunakan servis mereka.
Kenapa user experience penting bagi Google? Sebab lagi tinggi user experience maka lagi suka pengguna menggunakan produk atau servis mereka maka lagi lama (setia) pengguna menggunakan servis yang ada.
Dalam bahasa mudah, syarikat carian pun nak bisnes tahan lama. Jadi, mestilah kena jaga customer supaya customer setia menggunakannya, kalau tidak customer lari pada pesaing yang lebih menjaga dan mengutamakan user experience customer.
Ini hanya ringkasan kecil sahaja mengenai SEO, jika anda mahu belajar lebih dalam saya sarankan anda:
Baca Review SEO Algo Fixed.
Mahu Optimasi Website Supaya Mesra SEO?
Jika anda mahu membina website yang convert lagi mesra SEO, maka saya menjemput anda dapatkan Servis Optimasi Website di sini.
Article source here: Apa Itu SEO? Panduan SEO untuk Orang Baru
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
Review Teknik SEO Algo Fixed (TeknikSEO.my) – Panduan SEO Bahasa Malaysia
Anda sedang mencari review Teknik SEO Algo Fixed dan mahu beli panduan ini tetapi masih ragu-ragu?
Sebab ada beberapa persoalan di bermain di minda?
“Perlu ke saya beli panduan ini?”
“Apa yang menarik dalam Teknik SEO Algo Fixed”
“Betul ke Teknik SEO Algo Fixed ni berkesan untuk ?”
“Berapa cepat boleh dapat result?
Maka saya akan jawab segala persoalan yang bermain di fikiran anda sebab saya sendiri sudah memiliki Panduan Teknik SEO Algo Fixed ini.
Jom kita mulakan.
Apa Itu Teknik SEO Algo Fixed
Tumblr media
Teknik SEO Algo Fixed adalah panduan SEO bahasa Malaysia dalam bentuk video yang di mana dalam video tersebut kita akan belajar teknik SEO terbaru yang disukai Google sendiri.
Panduan ini tercipta oleh kerana Tuan Arham Zanal pengasas TeknikSEO.my mengalami beberapa masalah sebelum ini, iaitu:
Banyak website beliau dapat trafik daripada Google tetapi tiba-tiba hilang dari carian.
Guna teknik lama tetapi tak berjaya untuk ranking semula.
Trafik yang tak konsisten. Kejap ok, kejap tak ok.
Maka beliau cari jalan penyelesaian terbaru pada hujung tahun 2018, dan akhirnya beliau berjaya jumpa teknik baru yang proven dan cepat untuk ranking di Google.
Dan terbitlah Panduan Teknik SEO Algo Fixed untuk membantu usahawan ranking website dengan mudah.
Senarai Modul Teknik SEO Algo Fixed – Panduan SEO Malaysia
Ini apa anda akan belajar dalam Teknik SEO Algo Fixed. Terdapat 11 modul dan 5 bonus modul tambahan.
Modul-1: Pengenalan Keyword & Niche
Dalam modul-1 kita akan belajar 4 jenis keyword dan keyword jenis yang mana satu patut kita fokus
Tambahan lagi kita akan belajar apa itu niche dan kenapa niche sangat penting dalam SEO.
Modul-2: Keyword Tools & Keyword Research
Dalam modul-2 kita akan belajar cara untuk buat keyword research menggunakan tools tertentu.
Kita akan tahu keyword jenis macam mana yang senang untuk rank dan apakah keyword yang ramai orang cari.
Modul-3: Cara Buat Website WordPress & Setting Mesra SEO
Dalam modul-3 pula, jika anda tiada website atau blog sendiri akan diajar cara untuk beli domain dan hosting.
Setelah itu, Tuan Azham Zanal tunjukkan cara yang lengkap untuk setting WordPress yang betul dan page apa yang perlu dibuat.
Modul-4: Google Analytics & Search Console
Di sini kita akan belajar cara untuk pasang tracking Google Analytics untuk tahu berapakah jumlah pelawat yang masuk ke website/blog kita.
Seterusnya kita akan belajar cara untuk submit website ke Google dan setting search console & sitemap yang betul.
Modul-5: Google Learning Machine & Format Artikel LSI
Bahagian ini sangat penting kerana kita akan belajar perbezaan SEO masa dulu dan sekarang.
Dan kenapa kita kena fokus untuk hasilkan artikel yang LSI dan bagaimana untuk menulis artikel LSI yakni artikel yang mendapat kedudukan tinggi di carian.
Modul-6: Google Sandbox & Faktor Ranking
Apa itu Google Sandbox? Kenapa ada sesetengah website cepat ranking dan kenapa ada sesetengah lagi walaupun SEO-nya dah lengkap tetapi masih berada di page ke-2?
Apakah faktor ranking untuk tahun terbaru? Di sini kita akan belajar semuanya.
Modul-7: One-Way Link
Bagi saya ini perkara baru yang saya belajar, sebelum ini tiada orang yang pernah kongsikan tentang perkara One-Way Link.
Di sini kita akan belajar apa itu One-Way Link dan bagaimana ia sangat membantu dalam ranking SEO.
Modul-8: LSI Keyword & Contoh Artikel Mesra SEO
Modul ke 8 ini lebih kepada sambung daripada modul 5 hingga 7. Serta contoh artikel yang mesra SEO.
Dalam modul ini juga Tuan Arham Zanal ada tunjuk contoh website klien yang beliau buat yang di mana artikel tersebut berada dalam 1st page di Google.
Serta cara linking yang sebenar.
Modul-9: Backlink
Di sini kita akan belajar 2 jenis backlink dan macam mana nak tingkatkah ranking dengan backlink.
Modul-10: Email Marketing
Kita akan belajar untuk buat optin box sendiri dengan menggunakan plugin email marketing yang percuma.
Cara mencari buyer persona serta bagaimana untuk susun email follow-up yang betul yakni nak hantar email follow-up apa? Di sini kita akan belajar.
Modul-11: Action Plan
Setelah habis belajar semua modul maka kita akan diberikan action plan mengikut situasi tertentu.
Jika website baru? Di mana mahu mula?
Jika website lama? Apa perlu buat?
Di sini kita akan tahu apa nak buat.
Modul Bonus
Google My Business (GMB) – Google My Business ini apa? Macam mana kita nak ranking guna Google My Business? Serta macam mana nak optimize GMB supaya mesra SEO? Dalam bahagian ini kita akan belajar.
Google Adsense – Nak buat buat dengan Adsense tapi tak tahu niche/keyword apa yang berbaloi serta menguntungkan? Di sini kita akan belajar untuk cari adsense yang high paying keyword.
VPS – Website slow dan mahu lajukan website? Maka pindahlah ke VPS. Di sini Tuan Arham Zanal tunjukkan tutorial untuk pasang VPS dan pindah ke VPS.
Shopee – Percaya atau tidak kita sebenarnya boleh ranking menggunakan Shopee. Tetapi bagaimana? Di sini kita akan belajar cara untung ranking menggunakan Shopee.
Dapatkan Panduan SEO Algo Fixed di sini.
Kelebihan Teknik SEO Algo Fixed
Untuk kita berjaya dalam apa sekali pun kita perlukan ilmu, guru dan support.
Kebanyakkan orang jual panduan, ebook atau produk digital tidak ramai sediakan support yang aktif. Dan kebanyakkan yang membeli panduan akan rasa terbiar selepas memilikinya.
Tetapi tidak untuk pembeli panduan Teknik SEO Algo Fixed, kelebihan terbesar yang saya perhatikan ialah group support Facebook & Telegram yang disediakan, banyak membantu user berjaya dalam SEO.
Kekurangan Teknik SEO Algo Fixed
Tidak dinafikan panduan Teknik SEO Algo Fixed sangat berbaloi untuk dimiliki, cuma kekurangannya ialah jika anda totally zero dalam SEO, maka saya tak berapa sarankan panduan ini.
Oleh kerana teknik yang diajar di dalamnnya lebih kepada orang yang dah ada website atau blog sendiri. Walaupun anda masih tiada website sendiri, jangan risau di dalam panduan ini akan tunjuk untuk setup website yang mesra SEO buat kali pertama.
Sekurang-kurangnya anda tahu website & blog itu apa maka anda boleh dapatkan panduan ini.
Teknik SEO Algo Fixed Sesuai untuk Siapa?
Untuk orang yang ada website atau blog sendiri, terutama pengguna WordPress. Blogspot juga boleh guna.
Untuk orang yang mahu belajar Teknik SEO yang baru.
Untuk orang yang mahu dapatkan trafik, lead dan sales organik dari Google.
Untuk orang yang sedang mencari alternatif selain Facebook Ads, Google Ads.
Dan bagi saya, jika anda peminat tegar SEO seperti saya maka anda patut dapatkan panduan ini sebab anda akan belajar perkara baru.
Adakah Teknik SEO Algo Fixed Berkesan?
Dalam satu video Panduan SEO Malaysia ini ada tunjuk contoh salah satu website klien yang Tuan Arham Zanal buat, niche ubat kuat. Saya Google keyword tersebut dan jumpa website klien beliau dalam first page.
Dan berada ranking 3 top!
Tumblr media
Untuk keyword carian bulanan 2,900 dan CPC ada value sangat hebat bagi saya.
Sebab website yang ranking top 2 merupakan authority site yakni website yang ada brand(proper), jadi agar sukar untuk lawan.
Jadi untuk menjawab persoalan anda, ya Teknik SEO Algo Fixed ini berkesan.
Berapa Cepat Kita Boleh Dapat Hasil?
Jawapan popular. Ia bergantung.
Jawapan yang selalunya pakar SEO kata dalam 3-6 bulan.
Tetapi lihat juga sama ada website kita baru atau lama, jika website baru memang akan ambil masa untuk ranking, tiada jalan mudah sebab Google akan sandbox (quarantine) website kita dalam 3-6 bulan untuk menentukan sama ada website kita spam atau tidak.
Jadi jika website usianya lebih 6 bulan tidak mustahil untuk ranking dengan cepat & pantas yakni dalam sehari melainkan kita tak buat dengan betul.
Kesimpulannya: Perlukah Saya Dapatkan Panduan Teknik SEO Algo Fixed Ini?
Saya sebenarnnya dah biasa dalam dunia SEO. Bukan pakar tetapi banyak uruskan website sendiri dan klien sejak tahun 2013 lagi. Jadi sedikit sebanyak saya tahu tentang SEO.
Sebelum ini jika ada orang tanya kat mana nak belajar SEO bahasa Malaysia? Saya akan syorkan Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang banyak bantu bisnes mak dan abang saya hasilkan RM 4-5 angka setahun dengan blog yang dibina.
Tetapi sayangkan kitab SEO tersebut dah tak jual, jadi saya cuba cari alternatif baru dan saya boleh katakan Teknik SEO Algo Fixed alternatif terbaik setakat ini.
Jika anda mahu belajar SEO dalam bahasa Melayu, maka saya sarangkan anda dapatkan Panduan SEO Algo Fixed ini.
Dapatkan Panduan SEO Algo Fixed di sini.
Article source here: Review Teknik SEO Algo Fixed (TeknikSEO.my) – Panduan SEO Bahasa Malaysia
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
Cara Nak Hidupkan Semula “Dead List” dengan 9 Perkataan Ini
Saya suka belajar.
Dan baru-baru ini saya mula kenal dan masuk dunia Dean Jackson.
Banyak yang saya belajar daripada beliau.
Perkara ketara yang beliau kongsikan ialah 9 words email.
Apa 9 Words Emel Ni?
Secara asasnya ialah kita ada senarai prospek yang dah mati atau lama tak contact.
Dan kita nak contact semula prospek tersebut sebab kita tahu setiap prospek yang kita ada dan simpan sangat bernilai.
Jadi kita nak hidupkan semula perhubungan dengan prospek lama supaya mereka aktif dan membeli.
Jadi macam mana nak buat? Apa nak buat?
Dean Jackson cadangkan dengan guna 9 emel ini…
“Are still looking for XXX?”
Dalam bahasa melayu:
“Anda masih sedang mencari XXX?”
Contohnya jual produk kurus:
“Anda masih mencari cara nak kurus?”
Atau,
“Anda masih menghadapi masalah berat berlebihan?”
Itu sahaja, adakah ia berkesan?
Berdasarkan cerita yang beliau kongsikan, salah seorang klien beliau generate sales sehigga $100 juta dollar.
Ya, dengar macam merepek tapi tak mustahil andai kita jual yacht yakni sesuatu yang nilainya mencecah juta hingga puluh juta dollar.
Itu kalau emel. Kalau kita guna WhatsApp? SMS? Call? Lain-lain personal medium yang ada?
Adakah lebih tinggi respon-nya?
The only way nak tahu ialah dengan buat testing sendiri, tak buat tak tahu data yang sebenar, betul?
Jadi, fikir macam mana nak apply 9 words emel ini dalam bisnes yang ada.
Mungkin kita boleh buat lebih personal dengan sebut nama misalnya…
“Danial,
Anda sedang mencari jodoh idaman?”
Kenapa perlu buat lebih personal? Sebab saya percaya lagi personal dan ‘rapat’ mesej yang dihantar maka lagi tinggi respon yang diterima.
Bayangkan parent kita contact, adakah kita buat tak tahu atau serta merta beri perhatian sepenuhnya kepada parent? Sudah tentu beri perhatian sepenuhnya, betul?
Jadi itulah sebabnya.
Saya teringat dalam satu video live yang dibuat oleh Tuan Guru En Khairul.
Beliau ada sebut tentang cara follow-up yang betul, beliau share cara follow-up salah seorang top sales yang buat sales RM50k/month.
Apa yang top sales tersebut buat ialah sambung semula perbualan yang ada.
Tengok stuck kat mana dan sambung semula. Follow-up tanya kembali, adakah masalah yang dihadapi sekarang dah selesai atau belum. Atau masih lagi mencari jalan penyelesaian?
Kebanyakkan akan balas jika mereka masih mengalami masalah dan mahu selesaikan dengan segera.
Tak semestinya cara ini digunakan dalam follow-up semata-mata.
9 words emel ini juga boleh diadaptasi dalam buat FB Ads.
Saya pernah bagi nasihat kepada rakan saya yang jual selimat kereta.
Beliau tanya saya, iklan yang macam mana nak buat?
Saya kata cara yang paling mudah ialah tanya direct, filter terus buyer yang macam mana yang kita nak.
Tengok semula buyer pakai kereta apa yang senang close? Beliau kata pakai kereta Vellfire.
So, headline-nya boleh buat,
“Bos tengah cari selimut kereta Vellfire?”
Alhamdulillah orang yang masuk mostly owner kereta Vellfire.
Sebenarnya, di Malaysia dah ada Direct-Response Marketer yang share tentang benda ni.
Beliau banyak share dalam ebook free.
Beliau ialah Tuan Guru Suffian Salahuddin.
Siapa yang pernah baca ebook En Pian maka tahulah apa yang saya share di sini.
Dan sekiranya anda mahu belajar lebih dalam lagi tentang 9 Words Email oleh Dead Jackson boleh baca 2 ebook free beliau di sini:
EmailMastery.com MoreCheeseLessWhiskers.com
Saya doakan anda sekeluarga semakin kaya, berjaya dan bahagia selalu.
~ Danial Abdul Rahim DanialAbdulRahim.com
PS:
Bila anda sudah bersedia, ini 2 cara saya boleh bantu anda:
#1: Jika anda mahu dapatkan leads dan sales organik setiap hari, maka saya sarankan anda sertai Online Coaching Marketing dengan Blog.
#2: Jika anda mahu memiliki website yang convert, maka saya tawarkan servis Buat Website yang Convert di sini.
Article source here: Cara Nak Hidupkan Semula “Dead List” dengan 9 Perkataan Ini
0 notes
danialabdulrahim · 5 years
Text
Why Your Online Marketing Strategy Needs To Cater To Millennials And Gen Z
In 2019, Gen Z will surpass Millennials as the most populous generation, comprising roughly 32% of the population. Since the birth of the Internet, brands have looked to Millennials for advice on the latest trends and influences. But with the influx of Gen Z, brands must now revamp their marketing strategies to cater to both generations.
Neglecting to look at the world through the lens of a Millennial or member of Gen Z will lead to the slow death of a brand. Online advertising in the form of social media — and even in more blunt tactics such as remarketing — creates truly addressable and trackable collective experiences. While this may make some large brand marketers squeamish, online is where everything is consumed for the rising generations. And it’s where brands need to exist to make their voices heard.
Reaching and engaging with different audiences is where online advertising truly excels. Marketers afraid to experiment and innovate are more at risk by trying to reach these generations with a broad message on traditional channels, instead of targeting them with personalized ads based on available data about them and their friends. Today’s customers aren’t watching “must-see” network programming, but these programs are most definitely advertising their favorite brands: Starbucks, not McDonald’s or Wendy’s, and Glossier, not L’Oréal or Maybelline. Instagram can target truly based on the interests of their tribe — and they are acutely aware of it.
The Power Of Social Advertising For Gen Z
Gen Z spends an average of 2 hours 43 minutes a day on social media. All of Gen Z’s population have grown up with technology and are comfortable with sharing their lives online. They want their network to engage with their content and live in a world where a ‘like’ is equivalent to a compliment in real life (IRL). In order for marketers to successfully engage with this group, it’s important to be equally relevant both online and offline — hence, the power of social advertising.
The biggest distinction for the Gen Z generation is that they want their favorite brands to stand for something. We’ve seen it with Nike and Colin Kaepernick. Airbnb and the ‘We Accept’ campaign. P&G’s ‘Like a Girl’ and ‘We See Equal’ initiatives. This audience responds better when the brands they favor are speaking out on social media on the social issues that affect their communities, through online advertising. But the biggest point to remember is the message must be truthful. Gen Z customers are discerning, and can easily sniff out a brand’s disingenuous messaging. Moreover, not only will they call out a brand for hypocrisy or a contrived marketing scheme, but they may likely band together to boycott the brand.
Similar to how groups of customers can be segmented into generational audiences, so can companies. As e-Commerce continues to dominate shopping habits, direct-to-consumer (DTC) companies have sprouted in droves. These companies excel not only at social media engagement but at online advertising and owning customer relationships, specifically targeting Gen Z. Brands like Casper, Warby Parker and Dollar Shave Club are working with influencers to drive the brand message, and are creating seamlessly integrated ads. The DTC model reflects the Gen Z way of marketing: know your audience and create a genuine connection with them.
The Millennial Advantage: Online And Offline
Whereas Gen Z has grown up with technology and the Internet, Millennials have lived in a world before it existed. They understand how traditional marketing and advertising works, whether through a direct mail or TV ad. Millennials are also slower to post their lives on social platforms, averaging 6 hours and 19 minutes on social media each week. Employed Millennials between the ages of 25 and 34 spend 6.4 hours a day checking their email, while more than a third check their work mail before leaving the bed.
Because of this distinction, marketers must cater to understand how to directly connect with Millennials outside of social platforms. Yes, they exist on social, and yes, they want to connect with brands there. But they also value a personalized email blast or anything that demonstrates that you understand their interests.
Additionally, Millennials tend to value the relationship and experiences that brands are creating. They love to participate and are candid about their feedback. As a brand, it’s important to create an outlet for a Millennial to connect, either through a social media contest or a product review. La Croix is a great example of a brand that is bringing the product into a social conversation. By asking customers to tag their Instagram photos with #lacroix, the brand is creating a one-to-one connection with its fans.
Putting It All Together
There are more insights into target audiences than ever before. Marketers know exactly how customers are engaging with social content and which types of ads or messages lead to purchases. Millennials and Gen Z are telling marketers exactly what interests them, across the platforms they use the most. Instagram and Snapchat ads work because it’s where these customers are.
If marketers are not targeting Gen Z and Millennials with personalized online ads based on what you know about them and their friends, on the social platforms they’re using, you risk being completely left behind. Consumers live in a digital era. These audiences are unlikely to respond to a broad message delivered in a TV commercial or on the side of a highway.
As Gen Z continues to attract and retain media attention and drive social media usage, savvy brands should tailor their online advertising strategies to stay ahead of the curve. As for Millennials, with their over $1 trillion in purchasing power, it’s vital for marketers to speak to this generation’s interests and needs.
Source: Why Your Online Marketing Strategy Needs To Cater To Millennials And Gen Z
1 note · View note