Tumgik
projekbonafide-blog · 13 years
Text
#01 Perasaanku Tentang Engkau
Sebuah puisi yang ditulis dikala writers block seperti sudah sebati. Hampir separuh tahun tanpa puisi baru, jiwa seperti sudah mati. Malam itu perkataan mengalir bagaikan sungai dan aku seperti seorang bayi yang baru dilahirkan.
Perasaanku Tentang Engkau.
Aku kira perasaanku tentang engkau
seperti perasaanku tentang 
aiskrim Paddle Pop rainbow yang pernah aku gilai suatu waktu dulu
Aku kira perasaanku tentang engkau
mungkin juga seperti perasaanku tentang aiskrim Malaysia 20 sen 
perisa Milo dan asam boi yang ternyata menggetarkan
dicari cari dikala matahari buat ku kepanasan
dirindui dikala kedewasaan mengingatkan 
tentang indahnya alam persekolahan
Dan hakikatnya kini aku sedikit mampu
lalu aku kira perasaanku tentang engkau
ada juga seperti perasaanku tentang
setiap 10 ringgit yang aku kerap kali bazirkan 
untuk sorbet se-scoop-dua di NZ Natural
atau Baskin Robins dan Haagen Dazs
atau mungkin perasaanku tentang engkau
seperti setiap 30 ringgit lebih yang aku bazirkan 
pada satu pint kecil Ben & Jerry's Peppermint Chocolate Chip Cookies
yang hati kecilku gelarkan, "pembaziran berbaloi."
Aku kira perasaanku tentang engkau
seperti lagu lagu Siti Nurhaliza yang aku hanya
dengar dan nyanyikan dalam gelap dan dalam diam
"Kekasih tulis namaku, di dalam diari hatimu."
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti juga setiap lagu lagu Siti Nurhaliza 
yang aku hafal dengan hati
yang buat aku cuba mengenal dan mencari diri
"Terciptalah seorang insan, lembut hati bak redup pandangan."
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti perasaanku tentang California
seperti setiap langkah-langkah yang pernah aku jejaki
hampir setiap hari satu ketika dulu
meredah lebih 20 blok antara Hollywood dan Santa Monica 
mengejar pengalaman, belajar erti kematangan
memahami sebetulnya makna 'rejection'
dan 'assimilation'
hinggakan aku pernah dipersoal dan dilabelkan
kau lebih "mereka" daripada "mereka" sendiri
dan "oh lihat itu dia si lupa diri."
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti sesi luncheon seorang diri di Astro Burger
dan ritual fries-in-between yang takkan pernah mati
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti perasaanku tentang road trip down south to Coachella
seperti pengalaman ganja pertama
seperti getarnya jiwa bila terkandas di Union Station pada jam 3
dan bila dikejutkan police officer
saat itu kau terus sedar kau jujurnya tiada sesiapa
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti perasaanku tentang Malaysia
bila ditanya aku dari mana, aku akan kata aku dari Malaysia
dan bila mereka mula terkebil kebil seperti 
cuba memproses peta dunia dalam kepala
aku dengan bangga berkata
Malaysia terletak di Asia Tenggara
dua pulau utama bersatu
jika dirapatkan terhasillah satu imej
seakan tangan manusia memanjat doa.
Aku kira perasaanku tentang engkau
seperti perasaanku tentang Palestin
seperti setiap kesengsaraan mereka di sana 
terus sampai menusuk ke dalam jiwa
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti amarahku pada Israel
pada British yang memunca semua
dan pada Amerika yang terus membisu
hanya bertindak bila sendiri mula terancam.
Aku kira perasaanku tentang engkau
walau tidak banyak namun serba sedikit
seperti perasaanku terhadap Mak
Perasaan yang tidak pernah terang-terangan dilafazkan
malah ada masanya seperti takkan mungkin diungkapkan.
Seperti perasaanku tentang nasi lemak sambal udang
lengkap dengan kangkung goreng belacan dan rendang ayam
Inilah hasil air tangan Mak yang buat aku rasa bahagia
seperti chicken caserole yang rasanya seperti syurga
seperti setiap pelukan dan belai manja 
yang jarang jarang aku terima
seperti kagumku pada Mak dan pengetahuan sejarahnya.
Pada aku jangan kau kira Khoo Kay Kim sejarawan ulung
kerana kau belum kenal bondaku sejarawan yang satu ini
Yang mahu terus mendidik anak bangsa 
walau gaji tidak setinggi mana
tanpa pangkat, darjat dan nama 
dan kini berdepan celaka 
di sekolah budak-budak lelaki nakal yang boleh buat kau jadi gila.
Aku kira perasaanku tentang engkau 
sedikit sebanyak seperti perasaanku tentang Abah
intelektual, hamba Allah dan lelaki paling aku puja
sedikit sebanyak seperti adik adikku
Adib, Hakim, Nabilah dan Aiman.
Juga seperti perasaanku tentang Aatif
adik bongsu yang Allah lahirkan seistimewa itu
yang akan aku gadaikan nyawaku jika perlu.
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti kegelisahan dan rasa jijikku memikirkan 
Perdana Menteri dikaitkan dengan satu pembunuhan
Oh bukan, bukan, jangan kau fikir bukan bukan
Aku bukan gelisah jika Perdana Menteri bakal ditangkap 
kalau disabit bersalah
Aku cuma cukup malu melihatkan nama negara tercinta 
yakni Malaysia tercalar di mata dunia 
atas pembunuhan kejam seorang wanita Mongolia bernama Altantuya
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti rasa bersalahku kepada ahli keluarganya Altantuya
malah seluruh warga Mongolia
seperti rasa kasihan ku kepada ahli keluarga Arwah Abg Faizul
yang mati sebagai wira di Somalia
seperti amarahku pada
kekejaman dan ketidakperimanusiaan 
si celaka Petknode terhadap kucing kucing kesayangan Nabi.
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti amarahku pada kos sara hidup tinggi di Kota Lumpur kini
seperti gaji minima bullshit yang digeneralisasi corporate entity
walau cemerlang kelas pertama sewaktu graduasi
Seribu lapan juga lah gaji basic yang terpaksa kau akui
dan setiap hari kau memikirkan bagaimana dapat kau 
teruskan hidup dengan 
imej masa depan yang sedikit... blurry.
Aku kira perasaanku tentang engkau
seperti perasaanku tentang coffee
Americano atau Nescafe 3-in-1 tanpa henti
mungkin double-shot low fat vanilla latte peneman sejati
Aku kira perasaanku tentang engkau
seperti perasaanku tentang cinta pertama
seperti perasaanku tentang lelaki lelaki Melayu 
yang unpredictable namun ganteng ganteng rupanya
seperti perasaanku tentang black American men who are so fine
yang pernah memandang aku seperti the Queen
Dan ini pernah membuat teman temanku persoalkan 
tentang kegilaanku yang lain macam terhadap Frank Ocean
Mos Def atau Lamar
Ada masanya Lupe Fiasco tapi yang pasti bukannya Flizzow
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti perasaanku tentang hip hop dan rock & roll
seperti perasaanku tentang Californian indie rock
tentang Rilo Kiley
kugiran paling bermakna dan paling dekat dengan jiwa
bila mana journey anthem paling serasi berbunyi
"It's sixteen miles to the promised land,
and I promise you I'm doing the best I can."
Aku kira perasaanku tentang engkau
seperti perasaanku tentang tahun tahun terakhir Rilo Kiley
bila Jenny dan Blake tidak bersama lagi
bila tidak lagi wujud kolaborasi serasi 
seperti perasaanku tentang pengakhiran Rilo Kiley 
yang breakup-nya aku tangisi seperti dunia sudah berakhir
yang lagu lagunya tak mungkin aku sentuh lagi
yang tangisan aku diawal pagi itu menghiasi
ruangan letters-to-editor di majalah Filter
katanya aku 'malaise'. Itu nyata benar sekali.
Aku kira perasaanku tentang engkau
seperti perasaanku tentang Bon Iver
tentang Seven Collar T-Shirt dan lagu "War Is Over"
tentang The Narcicyst dan "Hamdulillah"
tentang Philip Seymour Hoffman dan lakonannya dalam Capote
tentang State of Play juga All the President's Men
tentang arwah Yasmin's bestest work in Mukhsin
tentang puisi Suheir, Shaira Amira dan Miss Fynn.
Aku kira perasaanku tentang engkau
seperti perasaanku tentang dunia kewartawanan
yang sejak usia 13 tahun sudah aku kejar
dan kini, belum pun masuk tahun kedua
aku seperti terpaksa akur dengan realiti hidup,
(kononnya) tuntutan progres diri, kerjaya dan masa depan
lalu aku ambil keputusan untuk tinggalkan
cinta dan cita cita untuk survival key paling utama
dipanggil wang, duit atau moolah.
Kini aku persoal prinsip diri. Boo-yah.
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti perasaanku tentang dunia kewartawanan
seperti analisis-analisis dilempar pujian
juga bila menerima panggilan berupa teguran
yang disebalik malu, telah mengajar
dan kerana mahu, aku belajar.
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti perasaanku tentang epic conversations
penuh intelektual dan membuka mata
penuh emosi dan lebih dari sekadar airmata
seperti perasaanku tentang persahabatan 
yang tak pernah mengenal rupa, darjat dan harta
yang berada di situ tak pernah mengenal masa
A friend in need is a friend indeed
Perasaanku tentang kawan, teman, sahabat 
yang aku panggil cinta.
Aku kira perasaanku tentang engkau 
seperti setiap perkara-perkara paling 
penting, istimewa, signifikan
mulia, gila, teguh, celaka,
terinspirasi, mengajar, bermakna
cool, random, mengarut
sukar, sedih, indah
cantik, stylo, kreatif
penting, penting, penting
paling penting tentang diri ini.
Nazirah Ashari
November 9, 2011
6 notes · View notes