Tumgik
#tumis.my
tumismenumis · 4 years
Text
Tempe Ikan Bilis
Bahan-Bahan:
10 bungkus tempe 1 cawan ikan bilis 90 gm cili (digiling) 3 ulas bawang merah Serbuk perasa 2 ulas bawang putih Minyak Garam Gula
Cara-Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng tempe sehingga separuh garing. Angkat dan tuskan. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan tuskan. Pada minyak yang sama tumiskan cili giling, bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan tempe dan ikan bilis. Kacau rata, angkat dan hidangkan. Taburkan daun bawang.
from Tumis.my - Tempe Ikan Bilis Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
1 note · View note
tumismenumis · 4 years
Text
Terubuk Bakar Ala Sultan
Bahan-Bahan:
Ikan Terubuk (Dibelah belakang dan tidak tidak dibuang sisiknya) Daun Kunyit Daun Pisang (Untuk membungkus ikan) Bahan Kisar: Cili Kering Kelapa parut Bawang Merah Kunyit hidup/ Kunyit serbuk Sedikit air asam jawa Sedikit garam Bahan untuk membuat air asam : Buah Mangga Muda / Buah Tomato (dihiris) Bawang Besar (dihiris) Air Asam Jawa / Air perahan limau nipis Bahan untuk ditumbuk: Cili Api Belacan Garam Cara Menyediakan Air Asam : Gaulkan kesemua bahan yang dikisar dan dihiris bersama air asam jawa/ air limau nipis di dalam sebiji mangkuk yang besar. Sedia untuk dicicah bersama ikan terubuk bakar Ala Sultan.
Cara-Cara:
1. Hiris daun kunyit dengan begitu halus dan nipis. Kemudian digaulkan bersama dengan bahan kisar. 2. Lumurkan ikan terubuk dengan garam dan diletakkan di atas daun pisang yang telah disediakan. Kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar ke dalam perut ikan dan sekitar luarannya seperti dibungkus. Gunakan kesemua bahan sehingga habis. Kemudian bolehlah dibalut dengan sebaik-baiknya menggunakan daun pisang tersebut. Bakar di atas bara api sehingga masak. Selamat Mencuba.
from Tumis.my - Terubuk Bakar Ala Sultan Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
1 note · View note
tumismenumis · 4 years
Text
Laksa Johor
Bahan-Bahan:
Bahan Kuah: 600 gm isi ikan tenggiri (direbus & dikisar) 2 liter air rebusan ikan 1 sudu besar pes udang 1 sudu kecil cili kisar 2 batang bunga kantan 2 tangakai daun kesum 2 keping asam gelugur 4 ulas bawang merah (dikisar) Sedikit halia (dikisar) 600 gm laksa (direbus) 1 biji timun (dihiris) 1 biji bawang besar (dihiris) 1 tangkai daun salad (dihiris) 1 batang bunga kantan (dihiris) 1 tangkai daun kesum (dihiris)
Cara-Cara:
Masukkan semua bahan kuah ke dalam periuk. Masak hingga mendidih & kuahnya pekat. Masukkan laksa ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Kemudian bubuhkan sayur-sayuran.
from Tumis.my - Laksa Johor Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
1 note · View note
tumismenumis · 5 years
Text
Ayam Bakar Ala BBQ
ANDA BOLEH LAYARI TUMIS.MY UNTUK LEBIH BANYAK RESEPI
DOWNLOAD KOLEKSI RESEPI TUMIS.MY
Bahan-Bahan:
1 kg ayam (dipotong 16 bahagian) 500 gm bawang merah 49 gm kunyit basah 40 gm halia 4 batang serai 30 gm bawang putih 3 sudu kecil madu lebah 3 sudu kecil jintan putih 3 sudu jintan manis Sedikit minyak jagung 3 sudu serbuk kunyit Garam secukup rasa
Cara-Cara:
Ayam dipotong 16, dibasuh serta tuskan airnya. Masukkan bawang merah, kunyit basah, halia, serai, bawang putih, jintan manis dan jintan putih, cili yang telah dikisar halus, serbuk kunyit, madu dan garam. Gaul sehingga ia sebati. Tuangkan sedikit minyak jagung, kemudian peramkan bahan-bahan tadi selama satu jam. Selepas itu, bolehlah dibakar di atas pembakar sehingga ia masak. Hidangkan panas-panas dengan sos cili dan sebagainya.
from Tumis.my - Ayam Bakar Ala BBQ Download Koleksi Resepi TUMIS.MY via tumis.my
from tumis.my
1 note · View note