Tumgik
adikitik · 1 month
Text
Insan ini, IQ beliau tinggi sekali.
Tutur bicaranya tulus dan telus.
Tumblr media
Katanya kami akan sembuh, aku percaya.
Bagaimana? Tidak pasti.
Namun aku percaya katanya, bahawa kami akan sembuh.
31 March 2024
23.18pm
0 notes
adikitik · 3 months
Text
Dari rasa sentiasa mahu dimahukan,
Kini sentiasa bimbang diperlukan.
Setiap dari rasa yang muncul,
Ada tanggungjawab yang perlu dipikul.
Biarlah jiwa berkelana,
Biarlah tenang roh bertapa.
Rasa yang mati untuk semua,
Pasti Dia lebih tahu mengapa.
5 February 2024
22.05pm
1 note · View note
adikitik · 6 months
Text
Buat kamu yang tidak lagi aku tunggu untuk kembali,
Yang telah aku redhakan untuk pergi,
Akhirnya aku kuat untuk akui,
Bahawa tentang kita telah pun tiada lagi,
Terima kasih kerana pernah menjadi penyeri hari,
Semoga sentiasa didalam jagaan Ilahi.
23 Oct 2023
14.33pm
2 notes · View notes
adikitik · 7 months
Text
Tidak pernah sebegini terbuka,
Tidak pernah juga sebegini percaya,
Namun dek kerana trauma,
Aku biarkan tentang kita menjadi bersahaja.
Walaupun sebenarnya ingin sekali mendalami banyak perkara,
Walaupun sebenarnya ingin sekali adukan banyak kejadian,
Tetapi biarlah tentang kita kekal sederhana,
Biarlah sederhana membuatkan ia kekal sampai bila-bila.
14 Oct 2023
18:17pm
1 note · View note