Tumgik
al-aajily · 8 years
Photo
Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Bajrangi Bhaijaan (2015)
12K notes · View notes
al-aajily · 9 years
Text
Tadabbur Surah al-Muzzammil - masalah bagi yang bekerja syif malam
Dalam usrah hari ni, berbincang tentang awal surah al-Muzzammil, di mana perintah Allah swt untuk menunaikan solat malam (beribadah selepas solat Isyak dan sebelum Subuh). Perintah ini adalah sebagai bekalan bagi menanggung bebanan tanggungjawab menyebarkan deen yang diwahyukan.
Persoalan yang timbul ialah, bagaimanakah mereka yang bekerja syif malam dapat menunaikan solat malam ini?
Contohnya seorang doktor yang on-call, jurutera yang menjaga perjalanan mesin-mesin dan sebagainya. Mereka yang berjaga malam bagi menyiapkan kerja seperti arkitek, mungkin boleh berhenti sebentar dan menunaikan solat. Tetapi bagaimana yang bekerja seperti doktor dan sibuk?
Jawapan terbaik yang dibincangkan dalam usrah ialah, solat malam itu sebolehnya dilaksanakan. Ia adalah bekalan untuk beramal dan berdakwah dan juga melakukan kerja-kerja berbakti buat manusia. Adapun jika tidak berkesempatan, haruslah diingat perintah yang tersirat dan bukannya yang tersurat semata-mata..
Perintah tersirat ialah ‘qum’ (قم) bangunlah!
Beramallah! Jangan terlalu banyak berehat.
Oleh itu bagi yang bekerja syif malam, janganlah berehat berlebihan apabila siang menjelma. Gunakan masa dan kesempatan yang terluang pada waktu siang itu untuk beramal dan melaksanakan kerja dakwah. Contohnya kerja-kerja dakwah atau amalan untuk kepentingan umum ada yang hanya boleh dilaksanakan semasa waktu pejabat. Contohnya berurusan dengan bank, dengan pejabat kerajaan, dan sebagainya. Ini adalah penting untuk melaksanakan kerja-kerja organisasi Islam, jamaah Islam, ngo dan juga mana-mana pertubuhan yang memelihara kepentingan masyarakat awam.
Wallahu a’lam.
Originally posted at Nazril.com website
0 notes
al-aajily · 9 years
Text
Tadabbur Ramadhan #7 - Surah Al-A’raf
1. Surah ini diturunkan di Makkah semasa perubahan fasa dakwah terbuka. Dalam fasa ini berlaku konfrontasi, sebahagian kaum muslimin menjadi gentar dan bimbang 2. Konflik antara haq dan batik, perjuangan ini berkekalan dan bersifat universal, sejak hari pertama penciptaan sehinggalah hari Kiamat
3. Surah dimulakan dengan pertembungan antara Adam a.s. dan Iblis, diikuti dengan perbicaraan antara ahli syurga dan neraka
4. Seterusnya, surah ini melakar garis-garis masa yang memaparkan pertembungan para nabi a.s. Dan umat-umat mereka. Kesudahannya para penentang kebenaran pasti tewas. Para pembaca seolah-olah ditanya: di mana kedudukan kamu dalam konflik ini?
5. Objektif surah ini sangat menepati situasi para sahabat r.a. di Makkah. Tentu sahaj menepati juga setiap manusia di setiap peredaran zaman. Pertembungan antara haq dan batil berlaku di setiap era, di peringkat negara dan bangsa, serta di peringkat peribadi antra manusia dan dirinya sendiri
6. Surah ini menyatakan pemisahan antara mukmin dan kafir, namun tidak dinyatakan golongan pertengahan kerana manusia haruslah mengambil kedudukan antara dua golongan tadi. Di hari Keadilan, wujudnya al-A’raf yang menempatkan manusia-manusia yang timbangan amal mereka seimbang dan mereka juga seolah/olah terseksa kerananya
7. Awal-awal lagi surah ini telah menyebut tentang gagasan ini. Kita seharusnya mengembangkan dakwah Islam, dan tidak perlu bimbang dan gusar serta malu atas cemuhan manusia lain
Originally posted at Nazril.com website
2 notes · View notes
al-aajily · 9 years
Text
Tadabbur Ramadhan #6 - Surat Al-An’am (Ternakan)
1. Surah Makkiyah pertama mengikut turutan al-Quran
2. Seluruh surah diturunkan dalam satu malam sekaligus diiringi oleh 70 ribu malaikat. Surah-surah panjang biasanya diturunkan beransur-ansur.
3. Objektif surah adalah berkenaan tauhid, mengesakan Allah, menolak berbilang Tuhan, dan mengisi hati pembaca dengan kasih sayangNya. Ayat berkenaan tauhid diulang dalam 49 ayat, lebih kurang 30% daripada surah ini.
4. Menjawab persoalan berbilang ideologi, kaum, warna kulit dan juga kepercayaan. Kekuasaan dan kehebatan Allah dipaparkan, dan membuktikan kegagalan dan kepalsuan penyembahan berhala, kuasa alam, paganis, polytheis, materialis dan juga atheism.
5. Surah ini juga menyebtuh tentang orang yang mengaku beriman namun tersasar daripada jalan kebenaran.
6. Surah-surah sebelum ini menyebtuh pelbagai persoalan berkaitan ahli kitab (yahudi dan nasrani). Surah ini khusus menyentuh tentang penyembah berhala, paganism, polytheism dan atheism.
7. Tema ayat terakhir surah sebelumnya membawa maksud yang sama dengan ayat pertama surah ini, terasa seolah-olah masih dalam perbicaraan yang sama namun dalam bab yang berbeza
8. Mengandungi corak dan pattern tertentu; beberapa ayat tentang kekuasaan Allah yang dimulakan dengan ayat “Dialah Allah yang…”
Kemudian dituruti dengan ayat-ayat yang mencabar fahaman lain yang bercanggah dengan Tauhid, ayat-ayat ini dimulakan dengan “Katakanlah: …” Dituruti dengan ayat cabaran dan persoalan logik akal
Seolah-olah memberi satu fakta dan kemudian disambung pula dengan soalan kefahaman, satu kaedah pembelajaran yang mudah diterima akal.
Originally posted at Nazril.com website
0 notes
al-aajily · 9 years
Text
Tadabbur Ramadhan #5 - surah al-Maidah (hidangan)
1. Satu-satunya surah yang dimulakan dengan seruan “Wahai orang-orang beriman..” 2. Objektif surah ini sangat jelas dari ayat pertama lagi, menggesa umat Islam memenuhi ikatan janji (kontrak). Hakikatnya menyeru orang beriman memenuhi ‘kontrak syahadah’ mereka, akujanji terbesar dalam hidup manusia – mematuhi Allah dan Rasul. Pelbagai peraturan dan syarat tertulis dalam surah ini untuk dipenuhi
3. Seruan “wahai orang-orang beriman” paling banyak disebut dalam surah ini lebih banyak daripada surah-surah lain termasuk surah al-Baqarah. Disebut sebanyak 16 kali, 2/11 daripada seluruh al-Quran (88 kali)
4. Surah yang menggariskan halal dan haram. Mengandungi ayat ketiga yang menngisytiharkan kesempurnaan Islam sebagai cara hidup, diturunkan pada khutbah terakhir baginda s.a.w. semasa Haji Wida’
5. Terdapat penekanan besar tentang halal dan haram makan minum, penyembelihan, dan berkaitan dengan tajuknya al-Maidah yang bermaksud hidangan (walaupun sebenarnya berkenaan hidangan makanan buat Nabi Isa a.s)
6. Corak yang sama dengan surah-surah sebelumnya tentang isu ahli kitab dan penyelewengan mereka
7. Juga penekanan tentang hak perundangan dan hukum hakam Allah s.w.t. Bermula sejak ayat pertama dan juga ayat tiga serangkai tentang tidak berhukum dengan peraturan yang telah Allah gariskan
Originally posted at Nazril.com website
0 notes
al-aajily · 9 years
Text
Tadabbur Ramadhan #4 - Surah an-Nisa' (Wanita)
1. Surah an-Nisa’ menyeru ke arah keadilan dan kasihan belas, terutama bagi kaum yang lemah dan mudah tertindas 2. Selepas surah al-Baqarah – konsep ketuanan manusia sebagai khalifah
Ali Imran – peringatan agar tidak sesat selepas beroleh hidayah
Kemudiannya surah an-Nisa’ mengajar bahawa manusia sebagai khalifah mestilah memiliki sifat keadilan dan belas kasihan dalam hubungan terhadap kaum yang lemah dan mudah ditindas.
Oleh itu keadilan adalah ciri pertama seorang pemimpin
3. Hak kaum yang lemah dalam surah an-Nisa': anak yatim, hamba, pembantu, keturunan, minoriti bukan Islam, orang yang bermusafir, ibu bapa, dan yang paling penting adalah kaum wanita.
4. Mengapa wanita? Sekiranya seseorang boleh berlaku adil dan belas kasihan di rumah, dia akan memiliki rasa kasihan belas dan adil terhadap kaum yang lemah dalam masyarakat. Inilah dia surah yang melindungi hak-hak kaum yang lemah itu. Seolah-olah Allah mengisyaratkan: “sebelum Aku mewariskan bumi dan isinya untuk mau, buktikan kamu adalah seorang pemimpin yang berkemampuan dalam rumahtanggamu”.
5. Ramai yang mendakwa Islam menindas kaum wanita. Ini adalah dakwaan yang tidak dapat mengabui mata para pembaca al-Quran, terutama yang membaca surah an-Nisa’.
6. Menariknya, surah an-Nisa’ didahului oleh surah Ali Imran yang menampilkan kisah Maryam dan ibunya (isteri Imran) sebagai model dua wanita yang beriman dan istiqamah dalam iman mereka.
Originally posted at Nazril.com website
1 note · View note
al-aajily · 9 years
Photo
Tumblr media
“Did he not realise that Allah is watching?” [96:14]
It was narrated from Abu Hurairah that the Messenger of Allah (ﷺ) said: “O Abu Hurairah, be cautious, and you will be the most devoted of people to Allah. Be content, and you will be the most grateful of people to Allah. Love for people what you love for yourself, and you will be a (true) believer. Be a good neighbor to your neighbors, and you will be a (true) Muslim. And laugh little, for laughing a lot deadens the heart.”
حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ أَبِي رَجَاءٍ، عَنْ بُرْدِ بْنِ سِنَانٍ، عَنْ مَكْحُولٍ، عَنْ وَاثِلَةَ بْنِ الأَسْقَعِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ ‏ “‏ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ كُنْ وَرِعًا تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ وَكُنْ قَنِعًا تَكُنْ أَشْكَرَ النَّاسِ وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا وَأَحَسِنْ جِوَارَ مَنْ جَاوَرَكَ تَكُنْ مُسْلِمًا وَأَقِلَّ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ ‏"‏ ‏.‏
Grade : Da’if (Darussalam) English reference : Vol. 5, Book 37, Hadith 4217 Arabic reference: Book 37, Hadith 4357
22 notes · View notes
al-aajily · 9 years
Photo
Tumblr media
If the Angel of Death (Malakul Mawt) was to knock on your door, will you be ready to go?
Abu Hurairah (May Allah be pleased with him) reported: Messenger of Allah (ﷺ) said, “Remember more often the destroyer of pleasures - death.”
[At-Tirmidhi].
وعنه قال‏:‏ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ “أكثروا ذكر هاذم اللذات” ‏(‏‏(‏يعنى الموت‏)‏‏)‏ ‏(‏‏(‏رواه الترمذى وقال‏:‏ حدث حسن‏)‏‏)‏‏.‏
Arabic/English book reference : Book 1, Hadith 579
34 notes · View notes
al-aajily · 9 years
Photo
Tumblr media
Narrated `Abdullah:
Allah’s Messenger (ﷺ) said, “Do not wish to be like anyone, except in two cases: (1) A man whom Allah has given wealth and he spends it righteously. (2) A man whom Allah has given wisdom and he acts according to it and teaches it to others.”
حَدَّثَنَا شِهَابُ بْنُ عَبَّادٍ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ حُمَيْدٍ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ، عَنْ قَيْسٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم “ لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ، رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَآخَرُ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهْوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا ”.
Reference : Sahih al-Bukhari 7141 In-book reference : Book 93, Hadith 5
46 notes · View notes
al-aajily · 9 years
Text
Tadabbur Ramadhan #3 - Surah Ali Imran
1. Sebut surah Ali Imran, ingat dua perkara: orang Kristian dan juga Perang Uhud 2. Intipati utama sifat istiqamah. Istiqamah dari segi aqidah dan istiqamah dalam beramal
3. Istiqamah aqidah – jgn jd mcm kristian. Beriman dgn Tuhan dan Isa a.s. tapi akhirnya anggap Isa anak Tuhan
4. Istiqamah amal – buat bersungguh sehingga tugas selesai. Peristiwa pemanah yang meninggalkan bukit Uhud jangan diulang
5. Ali Imran bermaksud keluarga Imran, datuk Nabi Isa a.s. Dihiasi dua wanita hebat: isteri dan anaknya Maryam. Penghormatan kepada wanita, surah seterusnya an-Nisa’ bermaksud wanita
6. Terdapat banyak doa mohon teguh pendirian dan istiqamah dalam surah ini
7. Surah ini berkaitan dgn perkataan terakhir dalam surah al-Fatihah – orang-orang yang sesat. Kaum nasrani yang percaya Isa anak telah tersesat dalam aqidah
8. Ketiga-tiga surah al-Fatihah, al-Baqarah dan Ali Imran diakhiri dengan doa. Kesemua doa ini menggunakan ganti diri ‘kami’, bermaksud doa untuk umat bukan sekadar beriman sendiri-sendiri
Originally posted at Nazril.com website
11 notes · View notes
al-aajily · 9 years
Photo
Tumblr media
Ramadhan is like the rain… It nourishes the seeds of good deeds…
You don’t stop your amal, we must be istiqamah (steadfast). #ramadan like a school, college, or any learning institution. What you learn and train is to be continuously practiced for the rest of your life.
May the seeds grow trees of good deeds, and bear fruits in jannah.
Wallpaper http://i.spreadsalam.com/r Artworks http://i.spreadsalam.com/1m
9 notes · View notes
al-aajily · 9 years
Photo
Tumblr media
It is the first day of Ramadhan! Lets recite this du’a, may Allah make this Ramadhan better than our previous
اللهُمَّ سَلِّمنِي لِرَمَضَانَ وَسَلِّم رَمَضَانَ لِي وَسَلِّمهُ لِي مُتَقَبَّلاً
“Oh Allah! Safeguard me for the Month of Ramadhan (by making me see the Month of Ramadhan healthy and fit so that I can take maximum benefit from it), and safeguard the Month of Ramadhan for me (by making tha conditions in it such that I can take maximum benefit from it) and accept it from me.”
(Kanz-ul-Ummal, Vol. 8, Pg. 548, Hadith 24277)
Print it as a posters or postcard! http://i.spreadsalam.com/1h
On our blog: http://i.spreadsalam.com/A
12 notes · View notes
al-aajily · 9 years
Photo
Tumblr media
Ramadhan is like the rain… It nourishes the seeds of good deeds…
You don’t stop your amal, we must be istiqamah (steadfast). #ramadan like a school, college, or any learning institution. What you learn and train is to be continuously practiced for the rest of your life.
May the seeds grow trees of good deeds, and bear fruits in jannah.
Wallpaper http://i.spreadsalam.com/r Artworks http://i.spreadsalam.com/1m
9 notes · View notes
al-aajily · 9 years
Text
Pengalaman Mengundi di United Kingdom
Serentak dengan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, jutaan rakyat United Kingdom keluar mengundi Pilihanraya Umum Britain hari ini. Selaku rakyat negara Komanwel, rakyat Malaysia yang tinggal di United Kingdom layak mengundi. Apa yang perlu ada ialahNational Insurance Number (NIno). NIno ni diperlukan jika anda mahu bekerja di United kingdom (dan visa anda jelas menunjukkan anda layak bekerja di United Kingdom).
Jika anda memiliki NIno, anda dikehendaki untuk mendaftar dengan Electoral Commission sekurang-kurangnya kira-kira 3 minggu sebelum pilihanraya. Tahun ini tarikh tutup pendaftaran adalah 20 April. Sistem pendaftaran tahun 2015 juga telah berubah di mana orang lain tidak lagi boleh daftarkan untuk anda. Kena daftar sendiri.
Di UK tiada sistem kad pengenalan. Oleh itu pengundi mengundi mengikut alamat rumah.. Tiada istilah ‘balik mengundi’ sebab wakil rakyat anda menentukan kehidupan anda bukan kehidupan orang kampung anda.
Alamat rumah calon juga tertera di kertas undi. Jadi tiada istilah ‘orang luar’ bertanding di kerusi kawasan anda.
Perbelanjaan kempen juga turut diaudit. Oleh itu kempen-kempen kebanyakannya hanya berbentuk leaflet. Tiada poster-poster dan bendera-bendera merata-rata. Mungkin juga tak boleh sebab majlis tak benarkan sebab nanti bersepah tiada orang nak bersihkan.
Istilah pengundi hantu juga tidak ada di UK kerana semua alamat rumah adalah disahkan oleh majlis kerajaan tempatan.
Apabila datang ke tempat mengundi, tiada pondok panas dan sebagainya. Tak perlu beratur panjang2 dan lama-lama. Boleh masuk terus dalam dewan mengundi.
Ada 3 pekerja. Sorg jaga pendaftaran, sorang jaga kertas undi, sorang jaga peti undi.
Oleh kerana tiada sistem IC di uk, pengundi hanya beritahu nama dan alamat rumah. Selain itu adalah kejujuran rakyat sendiri tak datang ke tempat pengundi ambil kertas undi orang lain. Tiada dakwat calit pada jari tidak kira samada dakwat kekal ataupun tidak.
Kat luar juga tiada suasana bergaduh2 samada perang mulut mahupun perang tangan dan kaki apatah lagi perang baling kerusi.
Kesimpulannya, sistem pengundian di Malaysia menjadi sangat kompleks rentetan sejarah yg panjang.
Originally posted at Nazril.com website
0 notes
al-aajily · 9 years
Text
Tadabbur Ramadhan #2 - surah al-Baqarah (Lembu)
1. Kenapa Lembu??? ia adalah simbol kegagalan Bani Israel. Arahan yang mudah untuk menyembelih seekor lembu menjadi kekecohan yang dikenang sepanjang zaman. Setiap kali kita menyebut surah al-Baqarah, kita harus ingat kekecohan itu sebagai panduan.
2. Surah terpanjang ini turun selepas Hijrah, tatkala iman para sahabat sudah mendalam, tiba masanya untuk diuji iman secara kolektif pula. Ujian sebagai satu umat. Asas pembinaan tamadun. Maka disebut tentang umat-umat terdahulu.
3. Awal surah disebut 3 golongan, ini golongan yang akan wujud sehingga kiamat. Pilihlah untuk jadi salah satu daripada 3 golongan – mukmin, kafir, atau munafiq. Ia juga satu amaran buat Nabi s.a.w. bahawa selepas hijrah akan muncul satu golongan munafiq yang tidak pernah wujud sebelum hijrah.
4. Surah ini mengajar manusia siapa mereka, dan mengapa mereka dicipta. Sejarah peradaban manusia dirakam dalam kisah Adam a.s, dan diteruskan dengan kisah para Nabi dan juga nama-nama mereka. Allah memberitahu kita tamadun bersilih ganti, setiap tamadun akan diuji sebagai satu umat, bukan sekadar iman individu.
5. Adam telah gagal kerana ditipu oleh Syaitan. Ini untuk ajar manusia bahawa syaitan itu sangat hebat, sedangkan Adam yang tinggal di syurga pun boleh dihelah. Apatah lagi kita manusia yang tidak pernah melihat syurga neraka. Namun Allah memberi peluang yang adil bagi setiap umat bagi membuktikan keimanan mereka.
6. Kisah Bani Israel diceritakan dengan panjang lebar, ini satu umat paling gagal dalam sejarah manusia. Mereka dikurniakan dengan para Nabi yang ramai, terutama Nabi Musa a.s, namun mereka tetap engkar. Malah, kini mereka menjadi musuh Islam.
7. Al-Baqarah juga mengisahkan kejayaan Ibrahim dalam mematuhi perintah Allah (kisah sembelih Ismail a.s. dan juga bina Kaabah). Baginda dimuliakan dengan nama yang harum beserta keturunan yang mulia. Inilah standard tinggi yang Allah jadikan objektif bagi Nabi Muhammad s.a.w. dan umatnya.
8. Setiap kali baca surah al-Fatihah ayat ‘ghayril maghdubi alayhim’ – orang-orang yang dimurkai Allah – kita harus ingat kita sedang berdoa ya-Allah jgn jadikan kami seperti Bani Israel. Jadikanlah kami hambaMu yang patuh.
Originally posted at Nazril.com website
0 notes
al-aajily · 9 years
Text
Tadabbur Ramadhan #1 - surah al-Fatihah
1. Apabila kita membaca doa ayat ke-6 ‘ihdinas siratal mustaqim’ kita memohon hidayah dan huda (petunjuk) daripada Allah, Allah jawab semula pada awal surah al-Baqarah ayat 2 dan ayat 5:
“Al-Quran itu keseluruhannya adalah hidayah/huda bagi org bertaqwa”
“Mereka yg di atas jalan huda/hidayah (kerana mengamalkan ayat 3 dan 4)”.
Ini bermakna bagi mendapat hidayah hendaklah rajin membaca al-Quran dan solat dan infaq dan beriman kpd isi kandungan wahyu.
2. Apabila kita membaca doa ayat terakhir al-Fatihah – bukan jalan orang yang dimurkai bukan pula jalan orang sesat – 
Org yg dimurkai merujuk kepada sifat2 dalam surah al-Baqarah manakala sifat orang2 yang sesat diceritakan dalam surah Ali Imran. Seluruh 4 juzuk pertama sebenarnya menghuraikan ayat terakhir ini sebagai panduan agar kita terselamat drpd kemurkaan dan kesesatan.
Oleh itu hendaklah berusaha membaca terjemahan al-Baqarah dan Ali Imran pula selepas ini.
3. Ayat pertama Al-Fatihah dimulakan dengan ‘rabb sekelian alam’
Ayat terakhir an-Naas yg juga ayat terakhir dlm al-Quran diakhiri dengan kalimah ‘jin dan manusia’
4. Surah al-Fatihah merupakan antara surah yang paling mudah dibaca dari segi hukum tajwid.
Originally posted at Nazril.com website
0 notes
al-aajily · 9 years
Text
Parti Buruh Menguasai Liga Perdana Inggeris, Namun Parti Konservatif Menjuarainya
Liga Perdana Inggeris merupakan liga bolasepak yang mempunyai ramai peminat di Malaysia. Keputusan Pilihanraya Umum Britain 2015 yang berlangsung pada awal bulan ini menyaksikan satu fakta menarik berkenaan liga tersebut – kesemua pasukan Liga Perdana Inggeris berasal dari kawasan parlimen yang dikuasai oleh Parti Buruh kecuali satu, iaitu kawasan sang juara; Chelsea FC.
Warna jersi kelab tersebut juga adalah biru, sama dengan warna rasmi Parti Konservatif yang turut dikenali sebagai Tory.
Fakta ini – samada kebetulan ataupun mengandungi maksud tersirat di sebaliknya – turut mencerminkan realiti sistem ‘First Past the Post’, di mana Parti Konservatif hanya mendapat 36.9% daripada jumlah undi keseluruhan, namun menguasai lebih separuh daripada jumlah kerusi Parlimen British. Parti Buruh tidak jauh ketinggalan daripada jumlah undi keseluruhan dengan 30.4%, namun realiti kemenangan terlihat agak jauh kerana hanya menguasai kira-kira sepertiga kerusi yang ada.
Parti Konservatif yang diwakili oleh Greg Hands berjaya mempertahankan kerusinya di kerusi parlimen Chelsea and Fulham di Barat London buat penggal kedua. Ini adalah penggal ketiga beliau sebagai ahli parlimen jika dikira kerusi beliau sebelum persempadanan semula. Sejak beliau menjadi ahli parlimen pada 2005, pasukan Chelsea telah menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak 4 kali termasuk musim ini.
Kejayaan ini pastinya menjengkelkan peminat-peminat pasukan berwarna merah yang ternama seperti Liverpool, Arsenal dan Manchester United. Warna merah adalah warna Parti Buruh, dan kerusi-kerusi ini merupakan kubu kuat parti tersebut.
Di Barat Laut England, Parti Buruh mendominasi kelab-kelab gergasi berjiran seperti Liverpool dan Everton serta kedua-dua kelab Manchester. Steve Rotheram mempertahankan kerusi Liverpool Walton dengan peningkatan majoriti kepada 27,777 undi, meraih 72.3% daripada jumlah undi keseluruhan! Parti Konservatif sangat dibenci oleh penduduk Liverpool, terutama semasa pemerintahan Margaret Thatcher. Tories hanya meraih 4.7% daripada jumlah undi, merosot sebanyak 1.8% daripada pilihanraya terdahulu. Begitu kebalnya kerusi ini sehingga akhbar Liverpool Echo melabelkannya sebagai ‘kerusi yang boleh dimenangi oleh Buruh walaupun dengan meletakkan calon keldai‘
Dua kelab berjiran di Manchester pula diwakili oleh dua ahli parlimen wanita. Manchester United diwakili oleh Kate Green yang mempertahankan kerusi Stretford & Urmston dengan majoriti bertambah sebanyak 2,750 kepada 11,685. Kawasan parlimen ini mengandungi taman industri pertama di dunia – Trafford Park – yang menyediakan peluang pekerjaan kepada puluhan ribu rakyat Manchester. Kelab Manchester City pula terletak di bawah kawasan parlimen Manchester Central. Lucy Powell memenangi kerusi ini dengan undi majoriti sebanyak 18,639. Kerusi ini sentiasa dimenangi oleh Parti Buruh sejak diwujudkan pada 1974.
Di Utara London, kerusi Islington North yang mengandungi kelab Arsenal telah dipertahankan selama 32 tahun oleh Jeremy Corbyn dengan peratusan undi sebanyak 54.5%. Ini jauh meninggalkan parti Tory dengan jumlah sebanyak hampir 20,000 undi. Tidak jauh dari situ, kerusi Tottenham pula dipertahankan oleh calon Parti Buruh, David Lammy dengan peratusan sebanyak 67%. Jumlah majoriti undi adalah sebanyak 23,564, meningkat sebnayak lebih kurang 7,000 undi.
Di Timur London, secara ironinya kelab West Ham terletak di kawasan parlimen yang bernama East Ham. Salah satu kerusi Buruh paling selamat, Stephen Timms meningkatkan peratusan undinya daripada 70.4% kepada 77.6%. Walaubagaimanapun pada 2016 nanti West Ham akan berpindah ke Stadium Olimpik London. Kawasan yang menempatkan Elizabeth Olympic Park ini bersesuaian dengan nama pasukan tersebut, iaitu kerusi parlimen West Ham. Namun kawasan ini tetap dipertahankan oleh Buruh dengan peratusan undi sebanyak 68.4%. Lyn Brown telah menang dengan majoriti 27,986, antara yang tertinggi di United Kingdom tahun ini.
Di barat London, kerusi Hammersmith yang diasingkan daripada Fulham kini mengandungi kelab yang dimilik oleh Tony Fernandes, Queens Park Rangers yang menduduki tangga tercorot dan bakal jatuh ke divisyen Liga Kejuaraan musim depan. Berjersi biru, parti biru Konservatif pernah memiliki kerusi ini sebelum ahli parlimennya Greg Hands memilih untuk kerusi Chelsea dan Fulham. Nampaknya pilihan beliau adalah tepat.
Buruh juga mempertahankan 9 kerusinya di Birmingham yang mengandungi populasi muslim terbesar di United Kingdom. Shabana Mahmood telah meningkatkan majoriti lebih sekali ganda di Birmingham Ladywood yang mengandungi kelab Aston Villa dan Birmingham City. Namun Birmingham City kini berada di satu tangga divisyen liga di bawah. Shabana Mahmood telah memperoleh undi yang banyak ini akibat perpindahan undi daripada Parti Liberal Demokrat.
Kejatuhan Parti Liberal Demokrat ini turut diterjemahkan dalam bola sepak. Tiada satu pun pasukan dari empat divisyen teratas liga Inggeris diwakili oleh parti tersebut. Kekalahan Liberal Demokrat di kawasan Burnley pula turut mengiringi kejatuhan kelab tersebut ke divisyen kedua iaitu Liga Kejuaraan musim hadapan.
Kajian berkenaan kaitan antara politik dan bolasepak England telah dijalankan oleh Profesor Philip Cowley, pakar Kerajaan Berparlimen di University Nottingham. Menurut beliau, sukan bola sepak di England adalah dikuasai oleh golongan pekerja, dan ini diterjemahkan oleh kelab-kelab besar yang terletak di kawasan parti Buruh.
Dari segi sejarah sukan tersebut, pada kurun ke-19 kelab-kelab di Utara England dan Selatan England terpecah dari segi ideologi, di mana kelab-kelab di Utara telah memulakan karier pemain professional dalam bola sepak. Ini kerana mereka tidak dapat bekerja sepenuh masa akibat menceburi sukan ini. Kelab-kelab di Selatan pula lebih gemar kepada liga amatur. Tidak hairanlah jika Selatan England kini dikuasai oleh Parti Konservatif, kerana dari sudut sejarah kelab-kelab bola sepak mereka juga berpendirian begitu.
Jika diperhatikan corak keputusan pilihanraya di kawasan-kawasan parlimen yang mengandungi kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris, seolah-olah Tories meminggirkan mereka atau langsung tidak menumpukan perhatian bagi memenanginya. Mungkin kerana jurang yang terlalu besar menyebabkan Konservatif memfokuskan kerusi-kerusi rakan sekutu Liberal Demokrat, sementara membiarkan Parti Nasional Scotland mengambil alih kerusi-kerusi Buruh. Mungkin juga kerana sejarah pemerintahan Konservatif yang lalu menyebabkan keretakan hubungan antara kawasan-kawasan parlimen tersebut tidak dapat dibaiki lagi.
Jika diperhatikan peta kerusi-kerusi Parlimen British, kelihatan parti Buruh menguasai kawasan-kawasan yang mengandungi lombong arang batu. Sudah pastinya ini turut berkaitan dengan tindakan Margaret Thatcher yang menutup 20 lombong arang batu pada 1984 yang menyebabkan berlakunya demonstrasi oleh para pekerja arang batu yang berlanjutan selama setahun. Dendam para pekerja ini terhadap pimpinan konservatif sememangnya tidak dapat dibendung lagi.
Jika ditinjau semula kawasan-kawasan parlimen yang menempatkan pasukan-pasukan Liga perdana Inggeris ini, jelas kelihatan beberapa pola yang sama:
Golongan pekerja terutama buruh kasar dan kolar biru
Masyarakat berbilang kaum dan imigran
Masalah pengangguran
Kemiskinan
Kawasan kilang dan industri
Kawasan perumahan rakyat
Kawasan peratusan muslim yang agak signifikan
Penulis kini menetap di Liverpool, dan akan cuba merungkai isu sosio-politik ini dari perspektif bandar Merseyside ini.
Bandar Liverpool pernah dinobatkan sebagai ibu negara kedua Empayar British pada pertengahan kurun ke-19, dan merupakan pusat kegemilangan pelabuhan Britain dan juga kemakmuran serta kemajuan teknologi. Walaubagaimanapun kemakmuran ini tidak kekal lama dan kemerosotan ekonomi dunia pada 1930-an serta Perang Dunia Ke-2 menyebabkan Liverpool dibedil dengan dahsyat dalam peristiwa The Blitz. Kejatuhan teruk ini menyebabkan parti Buruh mula mendapat tempat di kalangan rakyat kerana polisi-polisi kerajaan Konservatif dikatakan menjadi punca rakyat merana.
Pada 1980-an, keadaan menjadi amat teruk dan kadar pengangguran meningkat sehingga melebihi 20%. Rusuhan Toxteth 1981 menjadi kemuncak keganasan akibat kemiskinan dan kadar jenayah yang tinggi. Masalah ketagihan dadah melarat sehingga ke hari ini. Munculnya para penyangak ataupun samseng yang digelar ‘scallies’. Satu-satunya cara mereka dapat melupakan kesesakan hidup ini adalah dengan kehebatan dua gergasi bola sepak Merseyside, Liverpool dan Everton yang mendominasi sukan tersebut pada 1960-an sehingga 1980-an.
Pada 1989 tragedi Hillsborough yang menyaksikan 96 orang penyokong bola sepak dari Liverpool maut akibat kecuaian Polis South Yorkshire dalam menangani jumlah penyokong yang terlalu ramai semasa perlawanan separuh akhir Piala FA. Pasukan keselamatan juga langsung tidak memberikan bantuan dan membiarkan mangsa tanpa sebarang bantuan. Meninggalkan kesan trauma yang amat mendalam, kesedihan ini menjadi dendam apabila kerajaan Konservatif Margaret Thatcher bukan sahaja enggan mengakui kesalahan malah menyalahkan para penyokong sendiri sebagai punca masalah ini. Walaupun terguris, kedua-dua pasukan Merseyside ini akhirnya berentap sesama sendiri pada perlawanan akhir pada bulan berikutnya, membuktikan dominasi wilayah tersebut dalam sukan bola sepak pada zaman itu.
Ini menambahkan lagi barah sediada di mana Tories sentiasa memberikan layanan buruk kepada kerajaan tempatan Liverpool yang dikuasai seteru politik mereka, Parti Buruh. Kesan akibat siri-siri rusuhan begitu mendalam, namun kerajaan Thatcher berpendirian bahawa kerajaan Buruh Liverpool sepatutnya ‘menyelesaikan sendiri masalah mereka’. Antara polisi yang dicadangkan ialah membiarkan bandar tersebut merudum secara berperingkat dan menggalakkan penduduk Liverpool agar berpindah keluar tinggal di bandar lain. Ini termasuk pelbagai lagi polisi-polisi yang membebankan golongan dan kesatuan-kesatuan sekerja yang sehingga hari ini dikenali sebagai ‘Thatcherisme’.
Apa yang berlaku di Liverpool juga turut berlaku di kawasan-kawasan Buruh lain. Tekanan-tekanan hidup menyebabkan mereka menjadi cemerlang di atas padang. Walaupun kemakmuran mula muncul akibat kejayaan-kejayaan pasukan ini terutama dari segi pelancongan, rata-rata tekanan ekonomi masih lagi menjadi masalah utama. Kekayaan kelab-kelab bola sepak ini gagal mengimbangi jurang kemiskinan rakyat. Kadar jenayah tinggi yang dipelopori oleh belia-belia tempatan kini mula menjadi masalah para imigran. Ini menyebabkan suara-suara anti imigran yang dipelopori oleh UKIP mula kedengaran.
Bagaimana pula dengan kejohanan musim hadapan? Konservatif yang mula mahir dalam seni menjuarai liga, turut menguasai dua tangga teratas dalam Liga Kejuaraan menerusi kelab Bournemouth dan Watford, menempah dua slot automatik ke Liga Perdana. Sekali lagi parti Buruh dibiarkan bercakaran sesama sendiri, kelab Norwich dan Middlesbrough akan bersaing untuk merebut satu lagi slot terakhir menerusi perlawanan kalah mati di Wembley minggu hadapan.
Penulis merupakan pekerja separuh masa di Liverpool Football Club dan aktivis Pertubuhan IKRAM United Kingdom dan Eire.
Chelsea – Chelsea and Fulham Manchester City – Manchester Central Arsenal – Islington North Machester United –Stretford & Urmston Liverpool – Liverpool Walton Tottenham Hotspur – Tottenham Southampton – Southampton Test Swansea – Swansea East Stoke – Stoke-on-Trent South Everton – Liverpool Walton West Ham – East Ham (akan berpindah ke West Ham) Crystal Palace – Croydon North West Brom – Warley Leicester – Leicester South Aston Villa – Birmingham Ladywood Sunderland – Sunderland Central Newcastle United – Newcastle-upon-Tyne Hull City – Hull West and Hessle Burnley – Burnley QPR – Hammersmith
Bournemouth – Bournemouth East Watford – Watford Norwich City – Norwich South Middlesbrough – Middlesbrough
Originally posted at Nazril.com website
0 notes