Tumgik
#Menyusuri Lembah Sungai Nil
mibeau · 1 year
Text
Menyusuri Lembah Sungai Nil - HAMKA
Tumblr media
“Jauh perjalanan, luas pemandangan.”
Buku bertema travelog tulisan HAMKA jarang mengecewakan para pembaca. Pemerhatian dan buah fikiran beliau luas, jauh kedepan sebelum masa. Ditambah lagi dengan nota-nota kaki oleh pihak penerbit, buku ini bagai sebuah khazanah tak lapuk dek zaman. Membakar semangat pembaca tanpa bahasa yang keras atau suara yang lantang. Sentiasa ramah mesra dan buat kita selesa.
.
Sabar itu sukar, tapi boleh dilakukan. Itulah yang saya simpulkan daripada cara beliau menjawab soalan dan melayan karenah banyak orang mengenai Islam dan isu semasa dengan tenang, tapi tidak membosankan itu, amat saya dikagumi. A skill that not everyone possessed. Namun, ada senda gurauan beliau yang mungkin agak sensitif untuk dunia hari ini, tapi niat beliau baik rasanya, so dimaafkan je lah.
Seronok baca penelitian dalam setiap perjalanan beliau, kaya dengan kata-kata adjektif dan peribahasa. Banyak belajar bahasa Belanda juga. Ramai tokoh-tokoh penting dalam pembangunan masyarakat Islam dan perjuangan kemerdekaan bangsa diperkenalkan. Pelbagai mazhab dan aliran dikongsikan secara umum, supaya kita sedar dan tahu. Bertambah ilmu sejarah saya.
Antara peribadi/perjuangan tokoh-tokoh yang terkesan buat saya:
■ Dr. Taha Hussein Pasha
■ Ahmad Amin Bey
■ Syeikah Rahmah al-Yunusiyyah
■ Muhammad Ali Alluba Pasha
.
---
● Carousell (RM28) : https://carousell.app.link/Tcitc3Vvkyb
Tumblr media Tumblr media
Layari juga Book Cafe , lebih banyak Travelog untuk diterokai!
0 notes
mibeau · 6 months
Text
[Ulasan Buku] Menjejaki Firmanmu di Langit Amerika: Catatan 22 Hari di Negara Uncle Sam
Skor: 3.9/4.0
Tumblr media
■ Perkongsian penulis menjadi inspirasi dan motivasi untuk para pembaca, terutama anak muda agar tekad menjadi bangsa berjaya. Agar terus menuntut ilmu, bergiat aktif dalam masyarakat dan jangan segan merebut peluang.
■ Format isi kandungan naskhah inimengingatkan saya kepada karya-karya Buya HAMKA seperti “Menyusuri Lembah Sungai Nil” dan “Di Tepi Sungai Dajlah”. Gaya penulisan rehlah ini lebih berfokuskan fakta, bukannya penceritaan. Ayat-ayat kurang elemen emosi dan tidak berbunga. Macam tesis mungkin? Jadinya, tiada satu frasa yang benar-benar melekat di minda.
Tumblr media
■ Naskhah ini penuh dengan informasi dari pelbagai sudut. Geografi, isu semasa, sejarah dan budaya. Banyak trivia menarik dikongsikan. I would say he is a very observant person. His personality and interests are reflected.
■ Diselitkan puisi-puisi yang menemani “pengembaraan” beliau. Penulisan beliau membakar semangat patriotisme, melestarikan konsep bahasa jiwa bangsa dan memberi pandangan budaya yang boleh diterapkan agar kita menjadi masyarakat contoh. Dalam setiap hujah juga, disertakan hadis dan ayat quran utk direnung dan ditadabburkan.
■ Kisah yang disampaikan tidak terhad hanya kota-kota di Amerika Syarikat. Seringkali, beliau kaitkan dengan tempat-tempat yang pernah beliau kunjungi sebelumnya, seperti Jepun.
■Antara kandungan yang menurut saya menarik adalah:
Trivia,
Perbezaan Street & Avenue
Asal-usul Masjid Bilal.
Tasik Erie
Sejarah & Cerita Rakyat Malaysia
Perbincangan,
Islamofobia
Kerukunan masyarakat Asia Tenggara
Kepentingan Ilmu dan Bahasa yang berkualiti
Perbezaan Etika & Akhlak
Perbezaan Budaya dari serata tempat.
Tumblr media
■ Masukan di sesetengah bahagian agak berlebihan. Contoh, teks penuh ucapan seseorang tokoh, yang pada pendapat, saya petikan sebahagian sahaja, sudah memadai. Mungkin penulis benar-benar mahu berkongsi apa yang dilihatnya dengan orang ramai. Kandungan karya ini sebenarnya, seperti masukan jurnal peribadi orang sains, bukan pujangga. Kurang elemen estetik untuk pemasaran.
■ Beliau ada juga berjenaka, adakala saya tersenyum sedikit, tapi secara garis besar, kurang terkesan buat saya. Tetapi yang sayangnya, banyak kesalahan ejaan. Yang paling berkesan buat saya negara Ethiopia dieja menjadi Utopia!
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Walaubagaimanpun, terima kasih atas perkongsiannya. Banyak ilmu yang saya dapat. Pastinya, “Jauh perjalanan, luas pemandangan.”
---
Follow me on Telegram for quick updates! -- https://t.me/ReviuBukuIcha
0 notes