Tumgik
#mechamato movie japanese dub
iiyanadesu · 3 months
Text
(This entry is written in Bahasa Melayu rojak / mixed.)
20240129. Mechamato Movie, Japanese dub! :D
So minggu ni ialah minggu pertama Mechamato Movie versi bahasa Jepun ditayangkan kat pawagam Malaysia. Kali ni sambutan agak kureng la makcik tengok, maybe sebab sekarang ni musim peperiksaan. Ataupun sebab Mechamato Movie ni ialah movie sama pernah tayang tahun 2022-2023, cuma tukar bahasa je.
So target audience mainly ialah yang dah tengok Mechamato Movie versi bahasa Melayu, dan jugak orang yang minat siri Mechamato versi Jepun. (Tapi kalau first time tengok pun boleh je, ada subtitle BM, BI ngan BC. Cuma tu la, sape suruh tertinggal banyak keretapi tengok versi Melayu - pawagam, Netflix, Astro First, dll. tahun lepas. Sekarang baru sibuk nak tengok versi Melayu. Dulu taknak tengok.)
Spoiler gila2 kat bawah. Sape tak pernah tengok, pergi tengok dulu baru baca spoiler ni.
Anyway. Perbandingan Mechamato Movie Japanese ngan Mechamato Movie BM:
1) Memandangkan VA untuk versi Jepun rata2 ialah non-Muslim, movie jugak ditayang kepada non-Muslim, memang mustahil la nak jumpa ucapan2 yang karekter2 Muslim ni sebut.
Assalamulaikum & Wa'alaikumsalam jadi "Ittekimasu" (saya pergi dulu) dan "Itterasshai" (selamat jalan) - diucapkan oleh Amato & makpaknya bila Amato keluar rumah.
The meremang-inducing Bismillah oleh Maskmana semasa nak buka jurus silat melawan Grakakus jadi "Kakugo shiro" (bersedialah kamu). Auto jadi tak remang.
Tapi kena faham. Audience untuk versi Jepun kebanyakannya ialah non-Muslim. Islam ialah agama minoriti kat sana. Dan banyak orang kat luar sana masih salah anggap Islam ni ialah... (faham2 sudah). So bagi hakak ni kira jalan selamat la supaya tak dicari point buruk oleh "nurtizen" (keyboard warriors) kat luar sana.
Tapi bila benda ni dibesarkan oleh team Monsta sendiri yang (1) sorang pun tak ada pergi tengok / pantau proses alih suara kat Jepun ke? dan (2) insist nak jugak ada Bismillah padahal benda dah siap ni, I be like "errr..." 🤦
2) Lagu "Temaniku" dinyanyikan balik ke bahasa Jepun dengan tajuk "Tomodachi". Suka versi ni. Hahaha jahat je
3) Lagu BBB (??? Beca Boys) dipotong so tinggal babak kejar-mengejar antara robot suruhan Grakakus dengan Amato + Mechabot versi Mechabeca. First timer maybe tak akan perasan, tapi mungkin perasan jugak sebab sebelum adegan kejar-mengejar ni, memang ada pertandingan beca tercantik dan Datuk Bandar ada umum persembahan oleh BBB (tapi benda ni tak berlaku).
4) Mid-credit scene pasal Boboiboy dipotong dan ditukar kepada secret ending team Maskmana jumpa Bago Go, tetiba abahnya Amato (Aba) muncul (movie BM tak ada benda ni, tapi YT Monsta ada kalau tak silap).
Ingatkan ada la versi Boboiboy kat end credit bila mid-credit ditunjuk secret ending team Maskmana + Aba tu, tapi takde. Hampa makcik. Hahaha
Maybe sebab BBB series, BBBM & BBBM2 tak sampai ke Jepun, idk. Atau maybe belum / kurang popular kat Jepun. Padahal boleh je guna mid-credit tu untuk (re-)introduce Boboiboy, cumanya faham2 je la, kena start daripada 1st season semasa 3-D animation belum canggih lagi.
5) Dari segi voice acting, Jepun ada ekspresi bagus. Tapi benda simple macam "Apakah??" dan "Tingginya!" dipanjang2kan.
So "Apakah??" jadi something like, "What the bloody hell is that???" dan "Tingginya!" jadi something like, "Whoaaaaaa it's too high, I'm falling!!!" (Bukan ayat Jepun sebenar. Makcik bukannya terer sangat bahasa Jepun boleh ingat ayat diorang sebiji-sebiji lol tapi memang panjang. Banyak pulak cakapnya.)
Sama la signature Amato, "Kan?" jadi "Da~yo na!"
So yeah, mulut tak sync dengan ucapan. (Kena faham, re-rendering mulut nak bagi sync dengan ucapan versi Jepun = belanja extra. Tak puluh ribu, juta. Sape nak bazir duit cenggitu 🤣😂🤣😂🤣😂)
Ha tu je la yang makcik nak cakap. Memang spoil gila2 la kalau korang tak tengok movie ni tapi pergi cari review dulu.
Dah baca spoiler ni, ha. Pergi tengok. Now. Sekarang. Sementara ada tayangan ni. Dah la tempoh terhad je.
1 note · View note