Tumgik
#sastera
bomatom · 27 days
Text
Aku Mengaku
aku mengaku hati ini telah dilanda suaramu
bagai sebutir pasir ditenggelami samudera
aku mengaku mata ini telah terpikat wajahmu
bagai seekor arnab dimabuk asmara
aku mengaku badan ini telah disembuh tanganmu
bagai arus sebatang jari mengejutkan kalbu
aku mengaku jiwa ini telah tersesat tanpamu
bagai nyala sesuatu api dijadikan abu
15 notes · View notes
mirakancil · 2 years
Text
GURAU SENDA DEWATA - GAMBARAN KAYANGAN
(DIVINNA COMEDIA - PARADISO I, DANTE ALIGHIERI)
Canto Pertama
Dengan keagungan diriNya, kudrat sendiriNya mampu digerakkan seluruh alam sekalinya.
Menusuk lah seluruh buana sekalian, di sebahagian huma alam dipancarkan cahayaNya agung sekali bersinar-sinaran.
Puncak keagunganNya kendiri hamba dijadikan saksi, saksi peristiwa yang tiadanya dihuni dunia tiada mampu dilawan.
Dipertama lagi dari wasiat dia yang hadirnya dari sana,
Sesungguhnya dikala mencapaikan syahdu tiada mampu ditelan ikhtiar akal, sayang tiada mampu disimpan ingatan peristiwa disana.
Sungguh sekali diri dicemburui keadaan, sisa-sisa ingatan mampu disimpan dek kudrat minda hambalah sahaja dijadikan lipurlara kali ini.
Hai Apollo yang Maha Mulia! Dipinta dikau ganjarannya sebagai beban buruh terakhir aku pintakan engkau,
  Jadikanlah jasadku untukku semampu-mampunya memikul kudrat dipunya engkau,
  Memandangkan dirimu itu berhutangkan anugerah diriku hina ini.
  Sedang sekali satu-satu kemuncak Parnassus telahpun menjadi lunas syahwatku, namun hendaknya diriku dengan bilangan dua sepasang harus dimulai perjalanan luas dibentangkan di hadapan pemandangan diriku ini.
Selamilah darinya tubuh dadaku, dan hembuslah senafas kedalam ruangnya serupa dahulukala lampau,
  tatkala daripada sarung lengannya itu dianjakkan kehadapan kelibat Marsyas dek kudrat dipunya engkau.
Hai Semangat Agung,
Dipintakan darimu meminjam ruh milikmu sekadar sementara sahaja, agar hamba mampu menayangkan kepada kendirinya hamba sebuah Taman Agung dimohorkan tersungguh dalam relung minda.
Ketemulah diriku dibawah sepohon agungnya itu, maka tabalkanlah diriku dimahkotakan dedaun, maka ijazahkanlah aku dihukumkan cukup layak.
Ya Allah, benar katanya jarang sekali hendak dicurahnya, diturunkan nikmat kemenangan seorang Caesar (angkara nafsu manusia, menyumbangkan malunya diri mereka sendiri),
Agar helaian dedaun Peneian mendatangkan sukacita keatas Dewa Delphi Maha Bahagia,
Sedang sekali kepada badan berlainan peri mendatangkan hanyalah dahaga sahaja keatasnya.
Sepetik anak api berikutkan bara api kembang;
Barangkali berqadha'kan hal-hal yang lebih bertuah dikiannya hari.
Pintalah dikedengarkan sembahku, hai Cyrrha yang Maha Agung.
Bagi makhluk duniawi Sang Nur Alam menembusi haluan segala lautan,
dari dimananya salib bertiga  mendatangkan sekali cincin berempat,
Maka mulalah peri perjalanannya bergerak halatuju bertuah sedikit sekali lebih tuahnya,
dinaung petunjuk bebintang lebih santun tunjuk hala darinya.
Dan lebih serupa lagi acuannya menyerupai gambaran lalu telahlah bekunya keluli semenjak cair logam dipejal.
Syahdan pernah sekali kembara serupa ini memfajarkan harinya di sana lalu menyudahkan malam di sini;
Lalu dicerahi siang sebelah sana manakan di sini pula dicerahi bebintang malam lampu alam;
Apabila hamba berlihatkan Beatrice memandang kirinya, hendak menung mentari;
Tiada pernah ku saksikan helang menatap seasyik begitu.
Syahdan walau semenjak azali pancaran kedua berkenan berangkat semula, dan dari atas mula kembali fatihnya,
Ibarat renjana Haji seorang berahi sungguh hendak kembali bertemukan Masjidil Haram.
Walau begitu sekali lagaknya, dengan dipampang hadapan biji mataku,
Mengasihkan khayalan daya empunya diriku,
Mentari siang hamba tatapkan membatasi perangai kehendakku.
Berbilang sekali lagak dihalalkan sana dimananya disini berhukumkan haram,         membolehkan perilaku azali kita dijadikan kampung halaman kemoyangan kaum Adam.
Hamba mengalaminya tiada cukup lamanya berselisih, tiada pula sekejap sehingga tiada menampakkan tamannya mengilau berkunang-kunang,
Ibarat perilaku keluli cair kala diluar relaunya,
Mula lagaknya mendidih, lalu dalam sekali harung umpama bercantum hari, bagaikan yang maha Esa telah menggantung dari sebiji mentari, sepasang dua jadinya, maka mencerahkan dua lipat kalinya keatas langit siang.
Dengan renungan dikurung tatapan roda abadi, kelibat Beatrice,
Dengan mataku mengurung jasadnya, tiada dayanya diriku hendak lagak laku bebas.
Detik dikala ku memandangnya sejenak sekali seumpama yang diperistiwakan kepada Glaucus,
semenjak merasakan cengkih, dalam selirat kekhayalan itu menjadilah dirinya sebagai segolongan Betara Dewa.
Sampuk yang tiada mampu diungkap kalimah, biarlah peristiwa, sekaligus dirinya memadai,
Bagi dirinya yang dijanji pengalaman daripada batin Rahmah sendiri.
Ya Allah, Raja Sekalian Alam, Dia yang bertakhta di syurga.
Barangkali aku hanya dihasilkan bahagian itu yang terakhir sekali dibangunkan Engkau,
Maka benarlah, dengan cahayaMu, aku dibangunkan berdiri.
Tatkala putaran Engkau, barang didamba makanya dijadikan dirinya abadi, menarik diriku kepadanya, dengan alunan dipancarkan lalu ditala dikona olehMu,
Tampak sekali langit kelihatan dibakar api dek mentari yang membara,
Sungguh tiada pernah hujan mahupun sungai membuahkan tasik selapangnya itu tasik yang telah muncul.
Gemersik hilai dikahwinkan cahaya membuta menzahirkan aku kali kedua dek berahi hendak mengenal tuju laku,
  Tiada pernah dengan sukacita sebegini dirasakan, melainkan apabila dirinya menampakkan diriku sedang-sedang dalam keadaan sebegitu,
Maka dia mengeluarkan sepatah dua kata hendak menenangkan rohani yang terselirat.
Lalu dirinya menanyakan sebarang soal pertanyaan keatas diriku,
"Dalam kesyahduan angan menjadikan dirimu tersungguh sepi, maka yang disaksikan engkau tiada sama seperti semampunya disaksikan engkau barangkali tiadanya engkau bersangkalan.
Salah barang engkau menyangka engkau makhluk bumi,
Adapun engkau kilat yang melarikan diri, hendak sahaja menunggukan pulang."
Adapun diriku sedikit pun sedikit sekali lebih lega rasanya, berikutan saat itu muncul pula rasa kegusaran, maka aku pun berkata:
"Telahpun kepuasan aku telahpun gapai, telah diketemukan kesenangan daripada gamak kekaguman, namun sekali apa dayakah hendak dariku hendak menjangkaui unsur-unsur agung ini?"
Maka berkeluhlah dirinya si Beatrice sehela keluh tatkala kedengaran sebegitu,
maka matanya memandang ke arahku umpama seorang bonda menderma sebarang tatapan kasih kepada anaknya terlalulah bertuah, lalu dia bertazkirah:
"Segala benda, apa-apapun bentuknya empunya dikalangan mereka sebarang turutan, dan dari penyusunan ini telah didirikan alam segala buana yang serupa Tuhan.
Dimana didalamnya segala makhluk memperlihatkan sisa-baki Punca Abadi,
iaitu menjadi hujung cetera bagi susunan demikianlah disebutkan.
Didalam keadaan tersusun demikian dikatakan, segala semangat empunya tempat mereka disusun mengikut bidang yang telah disediakan mereka, dimana dengan ditaburkan pelabuhan diserata pusat, mereka meramu jalan membadai lautan kewujudan, segalanya dibekalkan naluri, iaitu jadi waris pusaka keturunannya segalanya masing-masing.
Naluri membuak ini lah sesungguhnya menjadi punca memarakkan bara, jentera agung dalam atma makhluk, yang mengikat bersanding segala makhluk duniawi;
Tiadakan pula panah ini menggerakkan hanya sahaja mereka makhluk itu yang tiada diturunkan kecelikan, manapun mereka makhluk yang dikatakan empunya sayang dan kebijaksanaan.
Sang Dewa Agung, diriNya itu menjadi pengatur segala ini, dengan Dia empunya cahaya menyuburkan Taman Syurga dimana ada didalamnya ia yang berputar-putar tersungguhlah berahi kelajuannya sekali.
Dan kini kita berjaraknya jauh, sebuah tempat dititahkan kita diteraju kuasa benang panah itu, yang menembusi segalanya yang dijatuhkan qadha' berselisih dengannya.
Sesungguhnya, benarlah katanya, bentuk itu seringkali bercanggah dengan kedambaan seni, kerana perihal dijawabnya itu kosong;
Maka kesannya, daripada halatuju semulajadi ini,
Sebuah makhluk membelakanginya, hendak menujukan diri ke sebuah tempat yang lain,
(ibarat dinampakkan orang jatuhnya api daripada awan,)
Sekiranya, hati digerakkan kehendak yang tipu, naluri azali itu bakal menghalakan dirinya kepada bumi.
Tiada lagi hendak ditenungkan kamu,  seperti dikala berdepankan anak sungai, dikakinya jatuh dari puncak gunung Maha Tinggi.
Semana besar kekaguman dalam dirimu, barang saatnya dilunaskan halangan tindakan dikau hendak menundukkan dirimu, sesungguhnya beristirahat, di Dunia itu sama seperti dalam api Neraka.
Lalu dipalingkan kepalanya kembali sekali lagi menatap mentari.
18 notes · View notes
audifaliq · 2 years
Text
Jiwa
Andai diri tiada jiwa,Tandanya anda sudah gila. Jiwa itu sukar dibeli,Harganya terpulang pada empunya diri. Jiwa itu andai di tapak kaki,Jalan hidupnya akan sangat berdaki. Jiwa itu andai dijunjung tinggi,Nescaya segalanya berseri-seri. Jiwa yang penuh percaya,Bahagia terpancar serata dunia. Jiwa yang penuh kacau,Kiri kanan rasa seriau. Jiwa yang bersulam cinta,Tiada yang mustahil di depan…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
mazlizaothman · 1 year
Text
Hikayat Raja Muda
ULASAN BUKU: HIkayat Raja Muda
Raja Muda telah berkahwin dengan seorang puteri kayangan, iaitu Puteri Bidadari Segerba. Semasa tuan puteri pulang ke kayangan untuk bertemu ayahanda bondanya, Raja Muda tinggal di pondok nenek kebayan yang merupakan pengasuh tuan puteri. Apabila Raja Muda menghilangkan diri, nenek kebayan mengandaikan baginda telah naik ke kayangan kerana rindukan isterinya. (more…)
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
izz030izumiin · 2 months
Note
HIII LOVEEEEEE
HOWWW ARE YOUUU??? omaigod it's been so long since we last talk
now im in my stpm era, im a sem 2 student now!! how about you? my life been pretty good lately, i hope it's the same with you. wishing you the best all the time!! <33
BABYYYYYY AKSKSKSKSKSKSKSKSK I MISS YOUUUUUUU RAHHHH
Tumblr media
i wish nothing but all the best for your studies, girly ♡!!i finished my spm 7th March haritu. got into an accident two days after, and currently got hit with the seasonal flu 🫶🏻 but all is good(i go with the flow frfr)
if you don't mind me asking, what pakej did you choose for your stpm and where? i nak amik sastera inggeris tapi tak jumpa beb kat area semenanjung yang i tinggal 🪦
again, all the best for you, erin! take care 🍪
7 notes · View notes
Text
Seberapa terang pun gemerlapan pentas sastera dikemilau oleh sinar fikir dan zikir penulis buana, aku tetap senang di sini - menatap tulisan kalian dalam diam-diam tanpa ada yang mengenalku dan menikmati keindahan atur alur antara aksara dan diksi yang aku sendiri tak mengenal pemiliknya.
Begitu sejati.
3 notes · View notes
husnafdhly · 1 year
Text
Tumblr media
Entri 13: Tentang Diriku
Assalamualaikum dan selamat sejahtera para pembaca sekalian!
Hari ini, saya ingin memperkenalkan diri saya dengan lebih mendalam.
Nama saya Siti Husna binti Md Ikramfadhly. Saya anak kelahiran Batu Pahat, Johor. Saya lahir pada tanggal 29 Januari 2001. Saya anak sulung daripada dua adik beradik.
Semasa saya berusia lima tahun, saya telah berpindah ke Kuala Lumpur dari Batu Pahat secara tetap. Di sini, saya telah memulakan pendidikan di tadika Genius Aulad di Subang Jaya, Selangor. Saya juga telah menyambung pendidikan saya di Sekolah Kebangsaan Bukit Kuchai, Puchong.
Pada usia 13 tahun, saya telah memasuki Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium di Seri Kembangan, Selangor. Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya menyambung pengajian di Universiti Malaya selama dua tahun.
Sekarang, saya sedang mengambil program ijazah sarjana di Universiti Putra Malaysia dalam program Bacelor Sastera Pengajian Bahasa Jerman.
Saya gemar menulis, terutamanya cerita-cerita pendek dalam bahasa Inggeris. Saya juga gemar membaca novel dan buku-buku sejarah. Selain itu, saya selalu melukis untuk mengekspresikan diri saya. Saya telah menghasilkan banyak potret yang dilukis dengan hanya menggunakan pensil.
Antara minat saya adalah termasuk mempelajari bahasa dan mendalami ilmu astronomi. Sekarang, saya sudah menguasai tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris, dan Jerman. Saya juga boleh membaca huruf Korea dan Jepun.
Sekian sahaja kongsian saya.
Salam sayang,
H.
3 notes · View notes
mostlyepiphanies · 11 days
Text
My Malay poem "Mata dan Mati" (loosely translated as "Eye and Die") was published on Dewan Sastera's website last month. It is an homage to the late Prof. Refaat Alareer who was killed in the Israeli assault in Gaza on 6 December 2023, and is a nod to his poem "If I Must Die".
0 notes
mibeau · 1 month
Text
[Ulasan Buku] Saya, Sherlock & Lupin: Wanita Berkelubung Hitam
Skor: 4.3/5.0
Tumblr media
Novel ini bercerita daripada sudut pandang Cik Irene Adler, si protagonis utama. Sesiapa yang pernah menonton atau membaca kisah Enola Holmes, it has the similar vibes. Serancak pengembaraan Enola Holmes dalam filem lakonan Millie Brown dan penceritaan yang lebih menarik berbanding Enola Holmes versi buku. Siri ini merupakan fiksi dalam fiksi. Masih bertemakan penyiasatan dan pengembaraan, penulis mengambil karakter terkenal sedia ada iaitu Sherlock Holmes dan Arsene Lupin, kemudian ditambah karater baru; Irene Adler, dan membawa latar belakang masa kembali kepada zaman remaja mereka bertiga-tiga.
Tumblr media
“Wanita Berkelubung Hitam” berkisarkan tentang bagaimana kali pertama persahabatan terjalin antara Irene Adler, Sherlock Holmes dan Arsene Lupin. Pada musim panas tahun 1870, Irene, seorang gadis berasal dari Amerika yang kini menetap di Perancis bersama-sama keluarga beliau telah pergi bercuti buat pertama kalinya ke sebuah pekan bernama Saint Malo. Begitu juga dengan Sherlock Holmes dan keluarga, warga Inggeris yang bercuti di Saint Malo sudah beberapa kali. Keluarga Arsene Lupin pula merupakan sebahagian daripada rombongan sarkas yang sudah beberapa kali melawat pekan itu.
Asalnya, mereka sering meneroka Saint Malo bersama-sama. Dipendekkan cerita, suatu hari mereka, terjumpa sekujur mayat hanyut di tepi pantai. Peristiwa tersebut membuatkan mereka bertiga berbelah-bahagi yang akhirnya membuat keputusan untuk menyiasat lebih lanjut.
Tumblr media
Gaya penulisannya memang menarik! Mengimbau kembali kenangan masa remaja saya dengan koleksi Siri Salma. Tapi lebih baik! Saya suka pemilihan kata-kata dan susunan ayat penulis. Very descriptive, animated and full of emotions! Penterjemahan yang hampir sempurna. Saya sangat hargai ini kerana, banyak perkataan-perkataan tepat sebegini selalunya hanya dijumpai dalam karya sastera lama. Jadi, membaca ‘mereka” dalam buku yang agak moden dan kontemporari, buat saya rasa gembira. Like, “Ya, bahasa melayu kaya dengan kosakota, orang sekarang je yang jarang guna.” Terima Kasih Cik Penterjemah!
Tumblr media
Jalan cerita a.k.a, pengolahan kes pun sebenarnya lebih menarik daripada buku Arsene Lupin. Memang kisah-kisah buku Arsene Lupin pun menarik, tapi, kadang-kala rasa terbantut atau sedikit mengelirukan. Tambah pula, nada penulisan Maurice LeBlanc yang agak mendatar dan “control macho”. Karakter-karakter dalam buku Irene Adler ini lebih berwarna-warni!
Tumblr media Tumblr media
Dapatkan buku ini di BookCafe.com segera!
---
Find me on:
Instagram Facebook Goodreads.com
---
Follow me on Telegram for quick updates and more! ^^
1 note · View note
sundadigi · 4 months
Text
Tumblr media Tumblr media Tumblr media
Wawanohan sareng Ajip Rosidi!
.
.
Getol tulas-tulisna téh ti mangsa rumaja. Dumasar panalungtikan Dr. Ulrich Kratz dugi 1983, Ajip téh pangarang sajak sareng carpon Indonésia pangproduktifna. Lian ti nulis éta, nulis ogé roman, éséy, biografi, sareng mémoar. Waktos jumenengna, produktif nulis boh dina basa Indonésia boh dina basa Sunda.
.
Garapan budaya Ajip lianna téh deuih medalkeun buku sareng majalah. Aktif dina sawatara organisasi, antarana baé mupuhuan Ikatan Penerbit Indonesia (IKAPI) langkung ti sapériodeu. Ajip gé kalebet nu marajian penerbit Pustaka Jaya. Taun 2000, teras ngadegkeun penerbit Kiblat Buku Utama, anu seueur medalkeun buku-buku basa Sunda.
.
Kontribusi lianna, Ajip maparin Hadiah Sastera Rancagé nu ditaratas ti taun 1989.
.
.
.
Pilarian info lengkepna di SundaDigi!
.
𝘚𝘶𝘯𝘥𝘢𝘋𝘪𝘨𝘪, 𝘰𝘯𝘦-𝘴𝘵𝘰𝘱 𝘥𝘪𝘨𝘪𝘵𝘢𝘭 𝘴𝘦𝘳𝘷𝘪𝘤𝘦 𝘧𝘰𝘳 𝘚𝘶𝘯𝘥𝘢𝘯𝘦𝘴𝘦 𝘭𝘪𝘵𝘦𝘳𝘢𝘵𝘶𝘳𝘦.
SundaDigi, layanan panyungsian digital literatur Sunda.
.
#sundadigi #sunda #kebudayaansunda #unpad #pdpbs #pustakajaya #aplikasikesundaan #kamusbahasasunda #bahasasunda #ajiprosidi
Sumber foto: kompas.id
0 notes
aliffawan · 6 months
Text
Hal-Hal Healing Cuma Barang Dagangan Kapitalis (2023)
e-Dewan Sastera November 2023. Baca online.
0 notes
bomatom · 13 days
Text
Di Mata Sejarah
ladang zaitun diserang; rumah-rumah dibakar
dengan hembusan angin yang membawakan padah
dan sebarang rintangan telah dipijak sengsara
sampai cuma benih yang ada di tanah
tapi tak disangka benih bisa bercambah
impian di air mata, dikenang; dibawa
walau dipatah kaki; dicuri nyawa
namun masih berdiri di mata sejarah.
Cat. Tambahan :
Alangkah indah membaca sejarah kalau yang ditindas menang dan yang menindas kalah. Salam Perjuangan Kebebasan kepada semua golongan yang tertindas dan terpinggir. Kalian tidak akan dilupakan. Hanya ada belenggumu untuk hilangkan.
3 notes · View notes
mirakancil · 2 years
Text
yang like post sastera aku ni semua account porn... bantai je la babi asal dapat layanan... tah tah boleh tergerak hati nk dalami sastera melayu ke alamak mampos ah ... bak kata pepatah jangan menjadi kacang lupakan kulit
2 notes · View notes
bastianblog · 8 months
Text
Tentang Denny JA: Menguak Keberhasilannya sebagai Pahlawan Sastra Indonesia
Denny JA adalah salah satu tokoh penting dalam dunia sastra Indonesia. Melalui karyanya yang luar biasa, ia telah berhasil menginspirasi banyak penulis muda dan membawa kemajuan signifikan dalam perkembangan sastra Indonesia. Artikel ini akan mengeksplorasi kemampuan luar biasa Denny JA sebagai pahlawan sastra Indonesia dan melihat kebenaran di balik keberhasilannya. Denny ja adalah seorang penulis yang produktif dan multitalenta. Ia telah menulis lebih dari 30 Puisi Esai, termasuk Puisi Esai, esai, puisi, dan drama. Karyakaryanya mencerminkan kecerdasan dan pemikiran yang mendalam tentang berbagai aspek kehidupan. Denny JA seringkali mengangkat isuisu sosial dan politik yang relevan dalam karyanya, yang memungkinkan para pembaca untuk melihat dan memahami masyarakat Indonesia dengan sudut pandang yang berbeda. Salah satu alasan utama mengapa Denny ja dianggap sebagai pahlawan sastra Indonesia adalah kemampuannya untuk menantang status quo dan membangkitkan kesadaran sosial melalui karyakaryanya. Dalam Puisi EsaiPuisi Esainya, ia sering menggambarkan ketidakadilan sosial, korupsi, dan ketimpangan ekonomi yang ada di Indonesia. Dengan gaya penulisannya yang tajam dan jelas, Denny JA berhasil membuat pembaca terlibat emosional dan berpikir kritis tentang isuisu tersebut. Selain itu, Denny JA juga dikenal sebagai seorang orator yang hebat dan aktivis sosial. Ia sering memberikan ceramah dan seminar tentang sastra dan isuisu sosial di berbagai universitas dan acara publik. Dengan kehadiran dan kefasihannya dalam berbicara di depan umum, Denny JA telah menginspirasi banyak penulis muda untuk mengekspresikan diri mereka melalui sastra dan berperan aktif dalam perubahan sosial. Keberhasilan Denny JA sebagai pahlawan sastra juga bisa dilihat dari penghargaan yang ia terima dari dalam dan luar negeri. Ia telah memenangkan berbagai penghargaan, termasuk Penghargaan Sastra Pusat Bahasa, Penghargaan Kebudayaan Kompas, dan Penghargaan ASEAN Sastera. Pengakuan ini menunjukkan pengakuan luas terhadap kualitas dan pentingnya karyakarya Denny JA dalam memperkaya sastra Indonesia. Namun, keberhasilan Denny JA bukan hanya dalam hal karyakarya sastra. Ia juga merupakan pendiri dan ketua Lembaga Survei Indonesia (LSI), lembaga riset dan penelitian yang sangat dihormati di Indonesia. Denny JA adalah salah satu tokoh sentral dalam pengembangan ilmu pengetahuan politik dan sosial di Indonesia. Dengan LSI, ia telah memberikan kontribusi besar dalam pemahaman kita tentang perilaku pemilih, dinamika politik, dan perkembangan sosial di Indonesia. Dalam kesimpulannya, Denny JA adalah seorang pahlawan sastra Indonesia yang luar biasa. Karyakaryanya yang menginspirasi, kemampuannya untuk menantang status quo, dan peran aktifnya dalam memperjuangkan perubahan sosial telah membuatnya dihormati dan diakui di dalam dan luar negeri. Kita semua dapat belajar banyak dari Denny JA, baik sebagai penulis maupun sebagai seorang individu yang berkomitmen untuk menyebarkan kebenaran melalui sastra dan perubahan sosial. Melihat keberhasilan Denny JA sebagai pahlawan sastra Indonesia adalah langkah pertama untuk memahami pentingnya sastra dalam membentuk masyarakat yang lebih baik.
Cek Selengkapnya: Melihat Kebenaran tentang Denny JA: Menguak Keberhasilannya sebagai Pahlawan Sastra Indonesia
0 notes
mazlizaothman · 2 years
Text
Hikayat Gul Bakawali
Sultan Zainu’l-Muluk adalah pemerintah negeri Syarqastan. Baginda ada lima orang anak lelaki. Anak bongsunya adalah Taju’l Muluk. Sejurus selepas Taju’l Muluk lahir, ahli nujum memaklumkan sultan bahawa apbila Taju’l Muluk berumur 12 tahun, mata baginda akan menjadi buta bila memandangnya. Untuk mengelakkan hal itu berlaku, baginda mengarahkan supaya istana lain dibina. Taju’l Muluk dan ibunya…
Tumblr media
View On WordPress
0 notes
dilfsuzanneyk · 1 year
Note
☾ , ☯, ❀ ?
☾ : favourite word from your language?
susah untuk pilih,,, mungkin perkataan "cahaya"? bunyinya seronok pada saya ☯ : what do you love about your language? saya rasa bahasa melayu sungguh indah!!! bukan sastera atau seni sahaja tapi apabila disebut juga :]] tempat berbeza akan berbual melayu dengan berbeza
❀ : which language(s) would you like to speak fluently?
kalau boleh, saya nak dapat berbual dalam bahasa cina!! itu memang akan membolehkan saya untuk berkomunikasi dengan masyarakat negara saya :]
0 notes